Rekod April

Hai bulan Mei.

Bulan bermula rutin sihat, InshaAllah.

Sebelum tu kita recap dulu bulan April punya walking progress.


April punya walking memang manja-manja je. Paksa diri untuk pergi walking. Semasa walking tu hati meronta-ronta nak balik, nak tido, nak makan, nak rehat. Tapi sebenarnya kaklong rasa kaklong sebenarnya nak balik buka tudung dan tukar kepada baju kelawar. Mungkin ke sebab cuaca panas. Baju pula material polyester.

Semasa jalan tu kaklong bagitau diri 1 round je. Pastu kaklong lajak 2 round pastu balik. Memang takde hati nak jalan tapi paksa diri.

Dapat 16km dan dekat-dekat 5 jam bulan lepas. Alhamdulillah, buat juga dari tak ada. 

Bulan ni kaklong target 40km in shaa Allah. 

Progress diet pula, April memang diet rakyat Malaysia. Pagi nasi lemak ayam dan teh o ais. Tengahari nasi campur dna teh o ais. Malam nasi goreng dan teh o ais. Ditambah lagi lepas raya mulut nak makan dan minum manis-manis je. Tu yang berat naik tu.

Cakap tentang berat, berat hari ini ialah 81kg :

Naik lagi. Hahahaa.
Haritu timbang 79kg. Harini dah naik.

Camtu la kaklong kalau makan macam biasa. Kalau diet baru berat tak naik. Tapi nak bagi turun tu yang payah selagi minum air bergula dan makan kudapan. 

In shaa Allah bole, cuma ambil masa.

Kita jumpa lagi bulan depan, tengok berjaya ke capai 40km dan turun sikit dalam 10kg hew hew

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer