Dragon Quest Episod 23-25

Dragon Quest 

Ibu n ayah ada kat rumah ni ziarah kaklong sekeluarga. Tadi tido awal sebab macam penat je. Penat sebab apa pun tak tau la, maybe sebab minum teh ais 3x hari ni.

Tengah malam terjaga lalu kaklong tengok Episod 23-25. Sebenarnya rasa nak tunda tengok tapi cari² juga citer kat kat internet macam takde je. Hulu macam ada (tapi kadang tu nampak je ada, bila dah subscribe rupa-rupanya takde kat negara kita. Dah beberapa kali dah kena macam tu).

Maka paksa diri juga tonton walaupun penat je otak ni catch-up citer cepat². Kaklong suka citer ni dan citernya sangat entertaining. Cuma tengok beberapa siri waktu tengah malam ni buat otak penat. 

Jom tengok intipati episod 23-25. Kaklong cuba tulis ringkas2 okay.

Negara seberang sedang di serang naga. Popp dan Dai melawan naga² tu. Sebelum ni kan ada nenek peramal dan cucunya. Cucunya tu nama Merle. Merle nampak ada orang terkambus dia nak pergi tolong tapi neneknya halang. Pastu Merle rant dia cakap disebabkan kita ramal Raja Kegelapan nak serang kita berjaya lari, tapi kita biar orang lain kene serang. Cukup la, saya taknak buat macam ni lagi. Saya nak tolong orang!

Masa Dia lawan² tu pedang Dai patah, maka Dai takde senjata nak lawan. Dai kene belit dengan naga. Pada masa tu ada naga lain menerpa ke arah Leona, tapi Leona tak elak sbb tengah tolong orang yg kene kambus. Melihat detik cemas itu, tiba² logo naga dia dahi Dai bersinar dan belitan naga tu hancur. Dai berjaya pickup senjata pemusnah naga (yg jatuh dari tangan membeli masa tengah lari²) dan dengan mudahnya dia libas² naga tu. Tenaga Dai bertambah berpuluh kali ganda dan magic yang Dai lancarkan pun kuat berpuluh kali ganda bila dahinya bersinar ditambah pula guna senjata pemusnah naga. Akhirnya rentung naga² tu Dari kerjakan.

Lepas menang tu Dai cepat2 pergi kat budak yang terkambus tadi tu tanya awak tak apa2. Tapi budak tu lari. Budak tu takot dan cakap Dai ni menakutkan. Dai tergamam melihat reaksi tu dan tak semena² dia nampak semua orang ramai yang melihat kejadian dia musnahkan naga tu, semua mereka kelihatan takot pada Dai. Dai tertanya-tanya kenapa orang takot pada dia?

"Sebab kau bukan manusia" tiba² terdengar suara ntah dari mana.

Killvearn tiba² muncul dan bagitau Dai ni sebenarnya Satria Naga sebab tu kuat. Rupa-rupanya Killvearn hantar naga tu sebab nak uji kekuatan sebenar Dai. Pastu dia hilang.

Nenek peramal tu bawa Dai dan kawan²nya ke negara (kot) dia dan tunjuk satu tempat naga apa ntah. Dai kene siasat sendiri pasal Satria Naga kat situ. Dia pun menyelam dalam air dan nampak satu bangunan dalam air tu dan dia diserap masuk ke dalam. Kat dalam ada sebiji bola kristal yang tanya apa tujuan Dia masuk situ. Dai nak tahu betul ke saya ni Satria Naga?

Bola Kristal tu cakap memang betul awak Satria Naga sebab Satria Naga je bole masuk dalam bangunan ni. 

Tiba-tiba pintu bangunan tu dipecahkan dan muncul la seorang lelaki yang kemas daan menggerunkan. Lelaki itu ialah Baran, salah seorang Komander Legion Bala Kegelapan (sama seperti Hyunckle, Buaya, Hadlar dan Flazzard). Dia datang nak kuasa Dai.

Dia pun bercerita, pada awal kejadian dunia ni ada 3 jenis kaum iaitu manusia, syaitan (lepas alih bahasa) dan naga. 3 kaum ni selalu berperang sebab nak menguasai dunia. Akhirnya mereka sepakat untuk cipta satu makhluk special yang mempunyai hati seperti manusia, magic seperti syaitan dan kekuatan seperti naga. Makhluk ni dinamakan Satria Naga dan tugasnya ialah menghapuskan kaum yang cuba menguasai dunia.

Rupa-rupanya Baran pun Satria Naga, dia tunjuk logo di dahinya.
Baran bagitau yang sekarang ni manusia sedang menguasai dunia, jadi kita sebagai Satria Naga wajib hapuskan manusia. Tapi Dai cakap Raja Kegelapan sebenarnya nak kuasai dunia, manusia baik je. Baran cakap manusia sebenarnya yang menguasai dunia, Raja Kegelapan cuma nak elak perkara tu terjadi sebab tu dia kumpulkan kita semua. Dai langsung tak percaya

Dorang pun lawan sampai naik ke darat. Popp cuba bantu tapi kuasa Popp langsung tak efek Baran. Akhirnya Dai kalah sebab Baran terlampau kuat. Baran nak bawa Dai pergi tapi Leona tak bagi sebab Baran takde hak. Baran cakap aku ada hak sebab aku ayah dia. Semua orang tergamam. Baran bagitau nama sebenar Dai ialah Dino. 

Tiba-tiba Buaya muncul nak lawan dengan Baran. Tapi Buaya sebenarnya menggigil. Dia tahu Baran tak boleh dikalahkan sebab dia Satria Naga. Takde orang boleh kalahkan Satria Naga. Lawan punya lawan akhirnya Buaya kalah.

Tengok Buaya kalah Popp pun suruh Leona cepat2 sembuhkan Dai dgn menggunakan magic. Popp cuba lengah²kan Baran sementara Dia pulih tapi Buaya suruh ke tepi sebab Popp takkan bole menang pun tapi Popp sanggup mati sama2.

Akhirnya Dai pulih dan buat serangan mengejut dengan bantuan Buaya. Serangan tu membuatkan dahi Bahan berdarah. Baran terkejut sakan tengok darah kat dahinya. Masa ni Baran realized yang Dai ni terlampau kuat, sebab Satria Naga masa kecik sepatutnya sama je macam kanak-kanak lain. Lepas besar baru la ada kuasa macam². Tapi Dai kecik lagi dah kuat macam. Dan punca kekuatan Dai tu ialah kawan² manusianya yang sentiasa support, berkasih sayang dan bekerjasama untuk hapuskan kejahatan.

Lalu dia pun buat satu magic. logo dahi Dai bercahaya secara tiba2. Dai meronta-ronta kesakitan. Lepas selesai tu, Baran cakap dia akan mai lagi amik Dai lepas ni, lalu dia pergi.

Dorang terpinga-pinga dengan kejadian yang tiba². Masa tu Dai kelihatan blank. Tiba-tiba Dai cakap "awak semua siapa? Dimana saya?"

Rupa-rupanya Baran dah buang memori interaksi manusia dalam otak Dai. Dai kini masam macam budak 11 tahun lain yang tak tahu apa2. 

Mereka balik ke rumah. Mereka bincang² pasal Dai. Dai langsung tak ingat siapa mereka sampai Leona marah² dan nanges. Melihat Leona nagisi, dahi Dai bercahaya lalu terkeluar darah. Popp balut kain kat luka tu dan Dai ucap 'terima kasih onii chan' . 

Dengar je Dai panggil dia oniichan, terus Popp mengamuk. Kau langsung tak ingat nama aku ke hah? Popp membebel-bebel sambil heret Dai ke luar dan hempas Dai ke tanah. Dia campakkan pedang kepada Dai dan paksa² Dia buat Libasan Avan. Popp kata walaupun otak kau tak ingat, mesti badan kau ingat. Kau berjaya kuasai teknik Libasan Avan sedangkan Hyunckle yang genius tu pun tak berjaya. Takkan la tak ingat langsung?!

Tengok Popp mengamuk² Dai nanges² ketakutan lalu lari peluk Leona. Dalam teresak² Dai mengadu 'abang tu buli saya'. Popp terduduk lalu menangis. Nampaknya tak ada sesiapa mampu kalahkan Bala Kegelapan selepas Dia hilang ingatan.

Baran pula balik ke tempatnya lalu seru orang suruhannya 3 Pendekar Naga. Pendekar Naga Bumi, Laut dan Air. Apa tujuannya tidak diketahui.

Sampai situ je la episod 25. Ada 25 episodes more to go dalam tempoh 4 hari. Kaklong dah overwhelmed.

Sebenarnya overwhelmed sebab tengok banyak terus tu satu. Satu lagi sebab kaklong sebok tulis balik intipati cerita ni. Tulis ni pun dekat 2 jam tau. Tulis tengah malam, otak tengah tingtong tapi paksa diri menulis.

Tulis ni sebab kaklong suka, tu je. Takde tujuan lain selain suka.

Okay, esok jumpa lagi yer dengan 5 episod lagi in shaa Allah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer