Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Digimon Evolve

Imej
Hai. Digimon Kaklong dah besar sikit. Comel tak? Rasanya ni umo masuk tadika kot. Hari-hari Kaklong training dia tau.. Ceh, padahal baru sehari.. XD Tak sabar nak evolve lagi. Bye

Tak Dapat Pokemon, Digimon pun Bole la.

Imej
Hai.. Kaklong frust jugak tak dapat main Pokemon Go.. Walaupun nanti main seminggu dua je pastu uninstall. Excited kejap je, nak merasa. Apapun, adik Kaklong iaitu Uda yang merupakan peminat tegar game, installkan  Digimon dalam phone Kaklong. Uda ni free lance. Keje dia lukis-lukis utk game. Game orang lain buat, dia lukis karakter, objek, background macam tu la. Kaklong pun tak berapa faham. Kalo Pokemon tu stand for Pocket Monster; Digimon ni stand for Digital Monster. Bukan Saya Sayang Yahudi tau. Ntah apa-apa je.. XD Ni la Digimon Kaklong. Eh, dia poo poo yer.. Lupa nak cuci.. Haha.. Jom tengok biodata dia.. Masih baby lagi. Kaklong tak begitu paham main benda ni. Mainan budak lelaki kan. Kene banyak menuntut ilmu dari dorang ni.. Bye.

Kad Raya 2016

Imej
Hai.. Tahun ni Kaklong dapat 2 kad raya dari rakan blogger. Aik, baru 3 entry dah ada rakan blogger? Hello, Kaklong start blogging sejak 2009 hokay.. Malangnya ramai rakan blogger yang dah lost contact dan stop blogging. Yang ni datangnya dari Brader YeopMaz. Dia ni rakan baru Kaklong. Aritu nampak ada orang share link kad raya dari blog dia, Kaklong pun saja-saja join. Tak sangka pula tiba-tiba sampai kad raya ni kat rumah. Terkejut kau.. Suka sangat! Yang ni pula datang dari Sis Ayuni. Kaklong dah lama kenal dia dan sentiasa ikuti perkembangan dia di media sosial. Bagi Kaklong dia ni unik, talented dan menyeronokkan. Tengok kad raya tu.. Dia la yang lukis tu.. Dan yang ketiga.. Aik, tadi kata dapat dua je? Ya, memang dapat dua kad raya. Tu la, orang tengah bercakap dia menyampuk. Ni la nak citer ni.. Yang ketiga ni bukan kad raya, tapi balasan dari kad raya yang Kaklong hantar kpd sorang kartunis indie ni. Dia tak bagi dedahkan nama sebab tak

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Imej
Hai.. Lunch Kaklong harini. Bukan spaghetti. Tapi mee tarik goreng. Sebenarnya Kaklong cari milidi. Tapi tak jumpa kat sini. Haritu nampak kat pasaraya ala-ala milidi juga, cuma cap 3 orang dewa cina. Pastu Abang Long belek-belek dan tak bagi beli sebab takde tanda halal (bukan tak halal tau, tapi takde tanda halal). Dan Abang Long suruh beli mee tarik cap budak gemuk tarik mee (haha.. Sori, lupa nama) sebab ada tanda halal. Kaklong tak pernah makan mee tarik maka tak berapa suka la kene beli cap lain pulak. Karang tak sedap macam mana? Harini try masak, dan yaaaaa sedap! Sebenarnya Kaklong yang masak sedap (hew hew mintak puji..) Resepi dia simple giler. 1. Rebus separuh paket mee tarik tersebut sampai lembut. Tos kan. 2. Ketuk bawang putih 3 ulas, mayang 2 biji bawang sederhana besar, beberapa hiris halia (kuantiti ni adjust sendiri ikut kegembiraan hati). Saute dalam minyak yg sikit. 3. Dah naik bau tu, masukkan udang banyak ekor pun takpe. 4. Udang da

Aplikasi Email yang Paling Best

Imej
Hai. Kaklong ada dua email. Satu untuk peribadi dan satu lagi untuk bisnes. Gmail app yang dah automatically installed dalam phone ni macam tak berguna je. Dah ler takde noti bila email baru masuk, pastu bila send email tak sampai-sampai pula tu. Banyak kali Kaklong reply order customer melalui gmail app. Sudahnya malam karang baru dorang dapat. Patut la petang asyik tanya banyak kali. Bila check, pending je memanjang. Geram Kaklong tau.. Antara email apps yang pernĂ h Kaklong try, inilah yang terbaik setakat ni. mail.ru app - Interface dia kemas dan smooth giler. - Senang check 2 email serentak. - Notification on the spot (takde delay) - Takde loading lama-lama. - Senang nak attach file. - Reload pun cepat. - Pendek kata memang best la. Korang yang super busy macam Kaklong bole terai guna app ni. In shaa Allah puas hati.. Bye

Pasal Kaklong

Hai, Kaklong lahir kat Kemaman, rumah nenek. Bidan sambut tau.. Dibesarkan kat Kuantan. Sekolah kat Assunta pastu masuk SMART pastu matrik kat IKIP. Time tu matrik Gambang belom buka. Kaklong blaja aliran Sains Tulen masa kat skolah, pastu Sains Hayat time kat matrik. Pastu kaklong amik degree kat KUSTEM (sekarang UMT) jurusan Marine Biology Sepanjang 3 tahun tu Kaklong seronok giler. Rasa taknak grad je.. Keseronokan terhenti sesudah grad Kaklong tak dapat keje yang berkaitan.. Ye la, kalo pegawai kat Jabatan Perikanan pun tak tau keje apa yang sesuai dengan kita, apatah lagi kita yg fresh grad ni. Pastu sambil-sambil cari keje tu, Kaklong amik kursus Tourist Guide. Tapi malangnya Kaklong gagal.. Kitorang masuk kursus untuk jadi English Language Tourist Guide, tapi minggu2 terakhir tu management tukar bagi jadi Malay Language Guide bile tengok rata-rata anak Terengganu ni teruk sungguh Bahasa Inggeris mereka (termasuk Kaklong la) Tapi, ada beberapa antara kami (termasu

Sejarah Pembukaan Blog

Salam... Ni bukan blog pertama kaklong. Blog pertama ialah "Langit Pertama" Blog tu started tahun 2009. Time tu kaklong baru2 start kenal internet dan blog tu khas untuk kaklong merapu-rapu dan meluahkan rasa marah serta tak puas hati.. Pastu merepek yang bukan-bukan. Pada tahun 2010, kaklong mula berjinak-jinak dengan craft dan kaklong selalu update pasal kraf yang kaklong buat dalam tu.. Dan alhamdulillah, ntah dari mana-mana je orang datang tempah.. Pastu rasa cam tak sesuai pula, sebab previous post ada banyak marah-marah dengan kehidupan. Karang kastemer baca tak syok la pulak kan.. Pastu kaklong pun tulis la blog baru bernama Krafty. Dan 2 hari lepas genap 6 tahun kaklong bersama Krafty. Kaklong dah lama jugak la rasa overwhelm dengan Krafty. Terlalu banyak keje nak dibuat. Semuanya gara-gara susah betul orang nak nampak kita.. Follower kaklong kat fb dah dekat 8k; tapi setiap kali naik post cuma 100 org je dapat baca. Nak bagi r

Kawan-kawan