Beli Redmi Watch 5

Memandangkan saya akan join half marathon tak lama lagi, saya kene la training bersungguh-sungguh.
Maka saya beli smartwatch baru.
Yang murah je tau. Bukan Garmin.

Alamak gambar blur pulak

Redmi Watch 5

Sebenarnya saya dah ada smartwatch. 
Oppo band 2.
Dan saya puas hati je dengan dia.

Baru-baru ni saya sync OppoHealth dengan STRAVA, dan didapati jarak dia semua tak sama. Strava baca jarak tu lebih pendek berbanding jam. Bukan sikit, besar juga la beza dia.

Bila saya research rupa-rupanya Oppo band 2 tiada GPS.
Dia bergantung kepada GPS phone.
Bila connect dengan STRAVA, STRAVA baca jarak tu lebih accurate.
Saya pun tak berapa faham bagaimana boleh jadi macam tu.

Ini membuatkan saya down.
Selama ni saya berjalan lebih pendek dari yang saya sangkakan.
Saya banyak join virtual run dan apa yang saya submit selama ni sebenarnya tak capai pun target.
Saya betul-betul rasa down masa tu.

Saya pun search smartwatch yang ada GPS dan harga mampu bilik serta spec dia tak perlu advance sangat sebab saya cuma nak tengok jarak dengan lebih tepat (selain steps, masa, HR dan function basic yang lain).

Akhirnya saya pilih Redmi Watch 5.
Sebab harga dia mampu dan function dia hampir sama dengan Oppo band 2, cuma dia ada GNNS. GNNS tu ialah ada beberapa GPS dalam jam ni, jadi kalau 1 tak dapat baca lokasi, yang satu lagi dapat baca. Lebih kurang macam tu la yang saya faham. Saya pun tak mendalami sangat. Tak sempat nak mendalami.

Saya baru je pakai dua hari dan rasa agak kekok.
Sebab dah lama dengan Oppo band 2 sampai tali dia dah tukar 4 kali dah.
Selain tu Redmi Watch 5 ni gedabak kat tangan. Rasa segan pula orang tengok gedabak macam ni. 
Namun begitu tulisan dia besar, jadi saya yang dah rabun dekat ni nampak tulisan. Tak perlu saya strain mata untuk kuruskan tulisan.
Satu lagi jam dan app dia ni ada lag sikit bila swap dan tap. 
Mungkin saya rasa begitu sebab selama ni pakai jam dan app Oppo smooth je. Redmi ni kene tunggu sesaat sebelum paparannya muncul.

Apapun saya tak komplen part tu sebab saya sendiri pilih yang murah.


Ini dia punya app.

Saya pakai hampir setiap masa. Masa tidur pun saya pakai.
Kali ni saya nak monitor steps harian dengan jelas dan juga nak check berapa jam sebenarnya saya tidur setiap hari.

Sebenarnya, bila difikirkan balik saya tak perlu pun beli jam ni.
Saya boleh je guna strava kat phone.
Lepas convert kita dapat agak berapa beza jarak tu dah boleh agak-agak je.
Lagipun saya cuma berjalan je, bukan berlari pun nak accurate sangat.

Tapi dah beli dah pun.
Mana la tau kan dari pejalan upgrade jadi pelari pula bila dah pakai jam yang  bergaya ni.

Saya nak je tanya korang pakai smartwatch apa...
Tapi mesti korang pakai Apple Watch tak pun Garmin kan..
Itulah, tak jadi tanya.. Hew hew...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^