Daftar Half Marathon

Saya baru teringat yang pada Januari lepas saya ada daftar half marathon yang bakal berlangsung pada akhir Ogos. 
Time tu fikir ada 8 bulan lagi. Sempat ni dah turunkan berat dan training. 
Pada Januari tu saya walking santai-santai je nak amik mood. 
Pastu tak buat dah. 

Tetibe harini teringat pasal half marathon tu. 
Alamak, tinggal 4 bulan je lagi. 
Dah la berat naik 4 kg pastu tak training. 

Saya dah give up dah. 

Namun saya paksa diri untuk be positive.
Bulan ni start training.

Hasilnya tu jangan fikir, yang penting start dan show up.

Bila saya cakap training, saya maksudkan training untuk tamatkan larian sebelum cut-off time; bukan training untuk beat masa.

Itu target untuk saya yang bukan pelari dan tak pernah join larian."
Kita pernah jon funwalk je pernah.

Alhamdulillah.

Semalam berjaya walking atas walking pad dua kali.
Petang sekali. Malam sekali. 
30 minit setiap sesi.

Kali ni saya naikkan pace ke 4-4.2km/jam.
Nampak perlahan je kan.
Tapi untuk  yang dah lama sedentary dan gendut macam saya, memang mengah dibuatnya.

Harini badan saya rasa segar dan bertenaga. 
Lutut saya pun dah kurang sakit dah dan rasa cergas je bengkokkan lutut bila buat kerja. 
Postur berjalan pun rasa ringan dan cergas. 
Patut la orang suruh briskwalk, bukan jalan perlahan.

Saya takut nak briskwalk, sebab lepas briskwalk biasanya saya akan lapar (lebih kepada kebulur) pastu saya akan makan banyak. 
Itu akan merosakkan program diet saya.

Saya pernah briskwalk selama 3 bulan. 
Berat saya tak berubah. 
Pastu saya stop sebab rasa sia-sia (sebenarnya tak sia-sia pun, tapi frust punya pasal).

Apapun saya kene pilih priority.

4 bulan lagi saya ada half marathon.
Saya perlukan tamatkan 21km dalam tempoh 4 jam (max).

Jadi pace saya kene 11min/km (min).
Sekarang pace saya cuma 14min/km.
Saya tau kita kene slow jog juga sambil jalan tapi saya tak pandai jog (haha).
Saya ingat nak maintain brisk-walking je sepanjang 21km. 

Jadi kalau saya berjaya dapat 11min/km (5.4km/jam) inshaa Allah saya akan dapat medal.

Maka priority saya sebenarnya ialah naikkan pace la kan, bukan kuruskan badan (sobs..sobs..)

Selamat tinggal kurusss...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^