Pengalaman Jual Semula Emas

Semalam dah beli kan, harini nak share pengalaman saya jual emas pula. 

Bukan jual kepada consumer. 
Tapi jual semula/cairkan emas untuk cash.

Saya rasa pengalaman ni penting juga untuk awak tahu.

Setahun selepas beli emas pertama dari kawan saya yang merupakan ejen company emas yang popular, saya nak kahwin.

Bila nak kahwin ni banyak pakai duit. Simpanan saya pula tak banyak. Jadi saya fikir jual dulu la emas ni, nanti beli semula lepas kahwin. 

Saya pun walk-in ke cawangan terdekat. Pengalamannya memang tak best ye kawan-kawan.

Pertama, saya disuruh tunggu lama kat bangku menunggu walaupun takde orang kecuali saya. Haha.

Akhirnya nama saya dipanggil. Pegawai tu (saya anggap dia pegawai) cantik sangat macam artist tapi masam mencuka, sombong nak mamp ditambah dengan pakej berlagak. 

Lepas duduk kat depan dia tu, tunggu lagi. 

Kemudian dia tanya tujuan datang apa semua dan minta emas dengan gaya nak taknak je layan. 

In case korang ingat kaklong datang berlagak menyebabkan dia layan kaklong gitu, tak ye. Kaklong datang dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Muka ni senyum je.

Pastu dia tanya siapa yang jualkan saya emas ni dan bila saya beli. Saya tak ingat nama kawan saya tu sebab saya panggil dia nama panggilan. 

Saya pun bagitau la nama dia Roslan ke, Azlan macam tu, tak pasti pula. Perempuan tu buat muka menyampah dan suruh saya cakap betul-betul nama siapa. 

Saya pun terus call kawan saya tu, tanya nama dia. Masa saya call tu, perempuan tu menyampah lagi dan bagi gesture untuk saya tak payah call. Tapi kawan dah angkat telefon, saya tanya je la nama dia.

Kawan saya pelik kenapa tanya, saya pun cakap saya kat ofis emas nak jual balik emas haritu. 

Lepas tu perempuan tu masih lagi muka cold dan kerek masuk ke bilik lain untuk uji ketulenan emas. 

Kemudian dia keluar dan duduk balik ke meja dia, menaip kat komputer. Saya pun tunggu je la depan dia lama-lama. 

Pastu selesai, dia bagi resit/dokumen dan bagitau duit akan masuk ke akaun dalam beberapa hari.

Ok dah.

Saya sebenarnya malas nak cerita kisah ni sebab pengalaman ni memang tak best. Saya nak cepat-cepat je selesai urusan tu tapi lambat betul. Ditambah pula dengan suasana yang cold dan tense tu. 

Memang tak rasa nak pergi dah.

Peristiwa tu agak mengganggu saya sampai saya duk fikir apa yang tak kene haritu, atau apa yang saya buat sampai dia buat muka macam tu sepanjang masa.

Mungkin dia tak suka beli emas? Biasa orang datang beli, tapi saya datang jual pulak?
Tapi katanya senang je jual balik emas. Bila datang jual balik, buat muka pulak.

Ataupun dia memang badmood haritu. Orang yang moody dan tak pandai hide mood ni better jangan la kerja berurusan dengan pelanggan. Cari la kerja belakang tabir. Takde la pelanggan perlu hadap mood awak tu.

Okay...

Beberapa bulan lepas kahwin, kaklong ada duit sikit, kaklong contact kawan kaklong tu, bagitau nak beli emas.

Dia punya respons lebih kurang, "nak beli ke? Tak payah la beli kalau nak jual balik" - atau "nak beli buat apa kalau nak jual balik". Camtu la lebih kurang.

Intonasi dia bukan kasar atau marah. Lebih macam kecewa.

Kaklong macam, "eh?" Pastu kaklong confuse. Kenapa kaklong tak disarankan beli? Kenapa dia taknak jual?

Sampai sekarang kaklong masih tak faham. Maybe ejen-ejen emas faham la kot kenapa tak suka kita jual balik emas yang kita beli. 

Pastu kaklong tak jadi la beli bila dia cakap camtu.

Tu yang kaklong turn-off nak beli emas dengan company tu walaupun popular.

Masa tengah tak jadi beli emas tu, tup tup kawan online pula yang promote emas. Kaklong pun beli melalui dia (sebenarnya jadi ahli bawah dia supaya dapat harga ahli, last² dia - dan kawan²nya guide kaklong recruit ejen pulak dah).

Kali kedua kaklong beli emas berlaku beberapa tahun kemudian. Time tu kaklong ada peluang beli barang niaga secara pukal. Harga jadi lebih murah tapi kene beli banyak. Jadi modal tu tebal.

Disebabkan cash tak cukup, kaklong decide nak jual emas yang kaklong kumpul tu. 

Time tu kaklong nak test jual kat tempat lain, nak kepastian betul ke senang jual emas ni. Kaklong nampak beberapa iklan tempatan yang promote emas. Kaklong call dan cakap nak jual emas. Dorang cakap dorang cuma beli emas jenama sendiri je. Huhuuuuu...

Bukan ke emas ni laku di mana-mana? Rupa-rupanya tak juga la yer.

Pastu kaklong pun decide jual balik kat company emas yang kaklong beli ni. Kaklong cari ofis terdekat untuk kaklong pergi, rupa-rupanya dia ada satu je ofis dalam Malaysia ni dan lokasinya jauh dari tempat kaklong. Hahahaa...

Kalau nak jual, kaklong kene pos emas tu kat HQ. Kemudian dia akan bank in duit. Kaklong rasa tak yakin pula nak pos emas berkeping-keping. Sekali hilang, atau dia cakap dapat 3 padahal kaklong pos 5 atau dia senyap macam kes beli emas haritu camana?

Tak jadi.

Kaklong pun contact dealer lain dalam groups emas tu, tanya sape nak beli emas, saya nak pakai duit.

Krik...krik..krikk..

Aiyooo..
Serius la. Takkan dalam ramai-ramai tu takde sape nak. 
Bukan ke hari-hari hantar iklan cakap senang jual balik apa semua?

Kaklong pun cari tempat lain yang sudi beli emas dan jumpa ar-Rahnu Yapiem. 

Masa masuk tu kaklong expect dilayan dengan dry juga sebab kita datang jual barang, bukan beli barang.

Tapi jangkaanku meleset.

Pegawai ar-rahnu Yapiem tu baik sangat. Dia senyum dan layan dengan ramah. Sambil berurusan tu dia borak-borak, gelak-gelak. 

Bila nak masuk bilik untuk uji ketulenan emas tu dia excuse diri dia dan explain nak test emas ni dulu. Dia cakap "mesti la tulen kan. Tapi prosedurnya kene check dulu", pastu dia gelak-gelak. Pastu dia bagi kami air mineral dan gula-gula. Baik tau pegawai tu. 

Lepas dah selesai dokumen tu, dia bagi resit dan sebut akad beli emas dengan jelas hokay.

Pastu dia ucap terima kasih. Kami pun balik dengan wang.

Seronok pula berurusan kat situ. Rasa macam taknak balik je.

Itu la dua kali pengalaman kaklong jual balik emas / cairkan emas.

Bila fikir balik, maybe saya patut beli emas yapiem, memandangkan Yapiem sudi beli emas jenama apa-apapun. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^