Aktiviti Sabtu

Pada hari saya tak walking, steps harian saya cuma dalam 800 steps aje.

Surirumah, rumah kecik dan saya dah ada sistem untuk pastikan rumah tak sepah selalu, jadi tak perlu mengemas selalu, rumah pula townhouse tingkat atas, takde halaman nak mengemas. 

Jadi aktiviti harian saya tak banyak bergerak.

Padan la gendut dan badan rasa berat je bila berjalan. Memang tak banyak gerakkan badan.

Saya kene paksa diri morning walk. Sebab selepas walking badan rasa bertenaga dan rasa riang sepanjang hari. Cuma saya bukan morning person. Bila morning saya nak santai-santai dan slow morning je.

Saya nak sangat ubah yang satu ni. 
Nak bertenaga di pagi hari. Nak bersiap-siap lepas bangun, keluar walking dan menjalani hari dengan bertenaga. 

In real life, saya mula rasa bertenaga selepas pukul 11 pagi. Sebelum tu slow je hari saya macam sloth. 

Semalam Sabtu dari pagi duduk rumah. Tak kemas rumah, anak dah sepahkan seluruh rumah dengan mainan. Basuh pakaian tengahari. Masak mi goreng dan telur mata untuk tengahari. 

Anak main mainan sepanjang hari. Suami pula main komputer. Saya main phone. Kat shorts banyak keluar pasal Michael Jackson. 

Banyak betul pujian untuk beliau. Memang layak pun pujian itu semua. Kita membesar dengan Michael Jackson, kita tengok semua tu in real time. Memang dia one of a kind. 

Ada beberapa content pasal why gen Z obsessed with Michael Jackson. Hahaha. Sebab itulah generasi terdahulu cakap lagu sekarang tak best. Lagu-lagu zaman kami membesar (sejak 60-an) sangat best. Sekarang kami rasa downgraded je lagu tu. Suara pun biasa-biasa ditambah pula dengan autotune. 
 
Lagu-lagu sekarang ada je yang bagus. Cuma tak sebagus dulu. Apapun best itu subjektif. Apa yang saya suka tu maybe dan bunyi tua di telinga anak muda zaman sekarang.

Berbalik pada kisah semalam. Petang sikit saya main Animal Crossing. Tak sedar masa dah dekat pukul 6. Plan nak pi taman walking 2 jam.

Dalam 6.30 baru start walking. Cuaca mendung dan nyaman. Habis satu pusingan, ajak anak-anak walking pula. Reward dia, habis satu pusingan dapat makan aiskrim. 

Si abang memang banyak komplen. Jauh la, kenapa tak sampai-sampai la, saya penat la. Si adik semalam okay. Nampak bertenaga je berjalan, berlari. Biasanya dia la yang akan terduduk dan buat-buat tak larat sangat dah, padahal baru berjalan 2 minit. 

Camtu la budak-budak.

7.30pm baru tamat jalan. Saya dapat jalan 4km. Pusingan pertama tu okay, pace 14. Pusingan kedua, berjalan dengan anak, banyak berhenti duduk, berhenti tengok ikan, dapat pace 18. 

Yang penting dapat walking 6400 steps. 

Solat Maghrib kat surau dekat-dekat situ. Kemudian makan malam kat mamak. Anak makan naan cheese. Mama papa makan roti canai. 

Pastu balik rumah.
Papa dah lelap kat sofa, jap lagi dia masuk shift malam.

Mama n anak-anak je masuk.tosur dalam bilik.

Ahad nak pi walking lagi. Inshaa Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^