Harini kaklong alert. Nak pastikan perancangan dilaksanakan.
Pagi-pagi sebelum dia mandi kaklong ajak Farid baca jawi. Pass 6 muka surat.
Pastu ajak dia buat latihan buku BM. Dia nampak santai dan happy buat. Siap Topik 1, 4 muka surat.
Lepas simpan buku tu, dia nak buat BI pula. Bagi je buat BI dapat 3 mukasurat.
Selesai solat Zohor, buat hafalan doa Iftitah. Kejap je sesi hafalan tu dalam 3-5 minit je. Tapi dia kelihatan terasa lama. Maybe sebab susah, tak pun sebab mama garang semulajadi.
Sambil-sambil dia main, ajak dia hafal tabattyada. Dia nampak dah malas nak layan hafal-hafal. Tapi cuti lama-lama ni takkan main je kan.
Maybe kaklong yang tak patut interupt dia tengah main tadi. Maybe patut buat sesi belajar dan fokus belajar je masa tu.
Lepas solat Asar, dapat whatsapp cikgu suruh baca buku dan isi Nilam online yang AINS tu. Cikgu bagi juga link bahan bacaan.
Ada problem sikit, tak dapat login. Katanya password dah ditukar 9 hari lepas, tapi kaklong tak tukar pun. Contact cikgu apa semua dapat login semula dalam pukul 6.30 camtu.
Time ni Farid mengeluh nak main kat luar. Kaklong tak bagi harini sebab papa takde nak temankan dia dan Fatin, dan kaklong sendiri tak mahu keluar harini.
Maybe ada yang suruh kaklong berkorban demi anak apa semua, tapi semalam kaklong dah bagitau harini tak boleh keluar sebab papa takde dan mama tak mahu keluar.
Kaklong memang taknak keluar harini. Kaklong punya mood nak bersantai dengan baju kelawar je. Kaklong taknak tukar baju, taknak pakai tudung. Esok dan hari seterusnya boleh keluar, tapi bukan harini.
Disebabkan dia nampak 'lembik' je, kaklong ajak dia buat Nilam.
Dia macam "apa tu?".
Eh, awak yang pergi sekolah, tanya kita pulak.
Kaklong pun buka komputer apa semua dan mula ajar dia guna mouse dan keyboard.
Dia pun baca artikel pertama dan mula isi dengan fully assist dari kaklong.
Bercinta juga la nak buat sebab first time dia dan komputer. Tak sure kat sekolah ada guna komputer ke tak.
fokus
Lepas dah siap tu, dia excited nak buat artikel kedua.
Tak boleh. Kene solat Maghrib dulu.
Lepas solat maghrib dan buat hafazan doa Iftitah, dia terus baca artikel kedua.
Akhirnya dia buat sampai 4 artikel.
4 artikel ni sikit je bagi kita.
Tapi bagi dia yang masih lambat membaca dan mencari-cari mana huruf satu persatu kat keyboard, 4 artikel tu memang angka yang membanggakan.
Esok katanya nak buat 100.
Lepas siap 4 artikel tu, rehat, main dan makan.
Pastu sebelum tidur baca Iqra'. Revise balik Iqra' 3. Dah boleh dah bezakan panjang pendek. In shaa Allah esok boleh start Iqra' 4.
Lepas tu solat, kami pun tidur 3 beranak.
Alhamdulillah.
Harini complete semua perancangan.
Semoga esok complete juga.
Patut ke kaklong tumpu sejam (atau beberapa jam) untuk belajar? Atau okay je scattered macam harini...?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^