Harini fitness goal Kaklong full
Payah nak dapat full macam ni
Pagi tadi lepas hantar anak ke sekolah, Kaklong dan Cik Abang pergi morning walk kat park. Cuaca mendung dan hujan sikit je tak basah.
Baru 10 minit morning walk, tetibe hujan makin bergerimis. Kami teruskan. Pastu makin lebat, kami pun berlari-lari anak patah balik masuk kereta.
Dapat la 20 minit morning walk.
Singgah sarapan kat satu restoran mi wantan. Cik Abang makan nasi lemak macam biasa.
Kaklong order teh o ais kurang manis. Tapi dapat manis melenting-lenting.
Ini bukan rare.
SEMUA restoran kat negeri ni minumannya manis yang melampau batas.
Kaklong betul-betul tak faham.
Dah minta kurang manis, mereka tak peduli pun.
Macam Kaklong cakap, ini bukan rare minuman terlampau manis. Dan bukan rare minta kurang manis tapi tidak dipedulikan.
Kaklong tak habiskan air tu.
Gara-gara asyik minum manis kat negeri dan dan makan nasi berlambak kat negeri ni la asbab Kaklong gedempol.
Sebenarnya bole je Kaklong order ais kosong. Tapi itu la, dah terbiasa teh ais, teh o ais tiap kali order.
Bila dah sampai minuman baru sedar, eh aku diet.
Apapun kaklong minum air tu suku gelas je bahagian atas yang ais dia dah mencair.
Lepas sarapan kami terus ke Sunway Carnival Mall. Nak carikan kostum doktor untuk Fatin sempena sambutan hari guru.
Pakaian tema ialah career.
Fatin cakap kene pakai baju doktor ke, polis ke, askar ke.
Kaklong ajak dia pakai baju guru, yakni spek mata, tudung dan baju kurung. Tapi dia cakap tak boleh.
Hahaha.
Macam mana budak kecik boleh cakap tak boleh kan? Siapakah yang menanam idea bahawa kerjaya ialah doktor, polis dan askar je.
Salesman tu kerjaya, guru pun kerjaya, penyanyi macam BTS pun kerjaya, pekerja 7E pun kerjaya.
Jadi kami pergi ke Mr Toy untuk beli kostum doktor, sebab Fatin nak doktor.
Sampai sana awal lagi, kedai belum buka. Kami pun walking dalam mall tu slow-slow. Masuk je pukul 10, terus pi Mr.Toy cari kostum..
Mahal juga kostum tu, tak berbaloi pula pakai sekali.
Kaklong buka kedekut. Tapi kalau pakai sekali pastu buang memang membazir.
Kaklong decide dia jadi cikgu je la. Kami pun beli cermin mata palsu kat Mr. DIY untuk dia. Pastu jalan-jalan kat Kaison beli jam dinding.
Pastu balik.
Lepas amik budak-budak ni balik sekolah, Fatin terus cakap nak kostum doktor.
Kami tak sampai hati, kami pergi semula ke Mr Toy (jauh juga tu) belikan la juga untuk dia.
Dorang seronok la pusing-pusing Mr Toy beli mainan satu sorang.
Tu yang goal kaklong penuh harini. Bukan pergi walking pun, tapi terpaksa walking dalam mall dua kali. Hahaha.
Apapun Kaklong puas hati la sebab dapat walking banyak tanpa niat.
Cuma tak dapat juga 10k step sehari.
Maybe Kaklong patut buat Cabaran 10k steps selama 10 hari.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^