DRagon Quest Episod 30-33

Lepas balik dari bawa ibu n ayah ke Ikea kaklong pun tengok Dragon Quest ni kejap. Tapi most of the time kaklong tido je. Tertido kejap, bangun. Tertido kejap bangun.

Ini intipati episod 30-33

Baran berubah jadi bentuk terunggul wira naga yg dikenali sebagai Dragonoid. Bila berubah ke bentuk ni dia jadi berlipat kali ganda lebih kuat dan berkuasa. Aura dia saja dah buat orang ketakutan. Bentuk ni buat dia hilang belas kasihan, kejam dan tak dapat control ke-brutalan diri. 

Baran semasa jadi Dragonoid

Baran ketika berbentuk manusia

Hyunckle suruh Popp pergi kepada Dai, jaga Dai dan kalau perlu bawa Dai lari jauh² dari Baran. Popp taknak, dia nak lawan sekali tapi Hyunckle tak benarkan sebab Popp dah kehabisan tenaga, tak dapat guna magic, Popp tak berguna pun dalam situasi sekarang. 

Dengan berat hati Popp pergi tapi Baran cepat² serang dengan magic, terpelanting Popp dibuatnya. Buaya marah Baran, orang yang cedera pun kau pukul curi, kau takde maruah ke hah? Baran tak bole control kejahatan bila berada dalam Dragonoid mode. Bagan dengan mudah paralyzed-kan mereka semua dan buat serangan terakhir untuk tamatkan riwayat mereka. 

Tiba² serangan tu terhenti sebab Baran ternampak Dai tercegat kat situ. Baran tengok Dai, Dai tengok Baran. Dai melepaskan diri dari penjara tu sebab Baran seru dia menggunakan kuasa naga. Dai yang dah hilang ingatan tanya pakcik ni siapa. Bagan cakap pakcik ni ayah kamu. Dai tak percaya sebab rupa pakcik ni tak maka macam saya pun. Baran pun pancarkan logo naga di dahi dan dahi Dai turut bercahaya. Ni lah buktikan kita anak beranak. Dai percaya dan happy. 

Tiba² Popp berdiri dan halang Dai dari mendekati Baran. Dai confuse, kenapa tak bole oniichan? itu kan ayah saya. Popp cakap selagi Popp hidup dia takkan benarkan Dai dibawa pergi oleh Baran. Tapi Popp dah kehabisan tenaga, tak bole guna sebarang magic lagi. Hyunckle, buaya dan Leona pula paralyzed. Popp tak tahu nak buat apa. 

Tiba² dia teringat peristiwa Cikgu Avan meletupkan diri. Popp pun nak guna cara yang sama, meletupkan diri bersama Baran. Sebelum meletupkan diri sempat Popp beri kata2 terakhir kepada semua rakan seperjuangannya. Bila dia tengok Dai, dia tak tahu nak cakap apa. Dia menangis sambil gelak² tengok muka blank Dai.

Menyaksikan proses perletupan diri Popp tu, membuatkan memori Dai terhadap peristiwa Cikgu Avan kembali ke ingatan. Semasa Popp meletup Dai menjerit panggil nama Popp. Dia dah ingat!

Malang (atau untung) sekali Baran terselamat dalam letupan tu sambil pegang mayat Popp. Katanya Popp kurang pengalaman membuatkan Baran sempat control letupan tu. Namun Popp memang mati. Sia² sahaja kawan kau ni berkorban.

Dai yang dah ingat, mengamuk gila tengok mayat Popp yang kaku. Lalu dia dan Baran pun berlawan². Walaupun Baran ni kuat gila, tapi Dai pun kuat gila tak padan dengan kecik. Sambil² lawan tu Leona cuba guna kuasa penyembuhan untuk hidupkan balik Popp tapi gagal. Gomenchan yang meroyan tiba² menerpa ke arah Baran dan pukul ² Baran. Baran tepis dia macam tepis lalat je lalu Gomenchan jatuh ke sisi Popp. 

Pastu kita dibawa ke alam lain dimana Popp tengah jalan sorang². Popp confuse aku ni dah mati ke? Tapi mana Baran? Ke aku tak mati lagi. Tiba² Gomenchan datang dan suruh Popp berhenti dan patah balik. Popp tak bole mati. Popp terkejut tengok Gomenchan bole bercakap tapi Popp tak bole control kaki, kakinya jalan sendiri. Gomenchan rayu² minta Popp patah balik tapi Popp kata tak bole buat apa la. Aku kan dah mati. Pastu Gomen geram dia maki² Popp kata Popp ni pengecut, tinggalkan Dai sorang² yada yada. Popp panas hati bila dihina macam tu dia pun marah Gomenchan. 

Tanpa sedar, masa roh dia marah tu, tangan dia lancarkan magic ke arah Baran. Baran yang tak bersedia, terkena magic tu dan terkejut tengok  mayat Popp serang dia.  Akhirnya perlawanan Baran dan Dai berakhir dengan seri. Semua orang happy tengok Dai masih hidup dan Popp hidup semula tapi Leona cakap jantung Popp tak berdegup pun. Mayat dia je yang bergerak sendiri padahal dia dah mati (korang jangan logik sangat tau, ni kartun je). 

Tiba² Baran muncul dengan rupa manusia. Dai cepat² bersedia untuk bertahan tapi Baran cakap tak payah, kau dah takde tenaga nak berlawan, aku pun sama. Baran terus pergi tengok Popp dan kagum bila tengok Popp betul² dah mati. Katanya Popp ni lebih hebat dari yang dilihat. Tak semena² Baran titiskan darah dia ke mulut Popp dan berlalu pergi. Baran cakap ni last dia tolong, lepas ni dia akan mai lawan lagi. Kalau Dai menang, Dai kene hapuskan bala Kegelapan dan tolong manusia. Tapi kalau Baran menang, Baran akan hapuskan manusia.Tatkala itu tubuh Popp mula bergerak. Popp hidup semula.

Mereka pun balik ke rumah dan berehat. Walaupun berehat tapi tak bole semua rehat sebab musuh bole ambush bila2 masa je. Hyunckle yang tengah kesakitan menawarkan diri untuk berjaga tapi Popp halang. Popp nak tolong berjaga sebab Popp rasa badan dia bertenaga sungguh lepas hidup balik. Hyunckle terpaksa benarkan sebab Popp sorang je nampak bertenaga. Yang lain semua dah lembik.

Popp pun duduk kat luar dengan Gomenchan. Tapi sebenarnya Popp pun tengah kesakitan, dia berpura-pura sihat je sebab rasa malu selepas diselamatkan oleh rakan²nya ntah yang keberapa kali. Dia rasa diri lemah dan malu sebab tu nak jadi berguna malam ni. 

Tiba² ada lembaga mendekati. Lembaga itu ialah Maam. Popp terkejut, bukan ke Maam tengah berlatih kat Romos? Maam cakap dia tak habiskan latihan sebab risau tentang Popp. Popp ajak masuk rumah jumpa kawan, tapi Maam nak jumpa Popp je kat luar ni sambil buat gesture yang sensual. Popp confuse dengan kelakuan Maam tapi dia malu² juga bila Maam nak bermesra. Tiba-tiba Maam cakar tengkuk Popp. 

Popp pun macam eh apa ni? Rupa-rupanya tu bukan Maam, tapi komander tua yang berubah rupa jadi Maam. Komander tua tu datang bersama Hadlar. Komander tua tu dah lepaskan asap tidur bagi semua orang tidur, tapi Popp sorang je tak tidur². Jadi dia terpaksa mendekati dan cakar Popp menggunakan racun yang kuat. Popp jadi paralyzed. Hadlar guna peluang ni untuk hapuskan Popp tapi dia diganggu oleh Matoriv (sorcerer veteran merangkap guru Popp). Matoriv lawan magic dengan Hadlar dan Komander tua. Lama-kelamaan Matoriv makin kalah disebabkan faktor usia lagipun 2 lawan 1. 

Melihat gurunya dah makin mengakis dan berdarah, Popp yang tengah paralyzed mengomel² dalam hati. Kalau Matoriv mati habis la semua orang dalam rumah akan mati. Tolonglah bangun kawan². Tolonglah bangun Dai! Tapi dalam hati je la sebab dia memang tak bole bergerak.

Tengah nak menang tu tiba² kuasa Matoriv bertambah dengan banyak. Hadlar n komander tua pelik la. Rupa-rupanya Dai muncul lalu tolong Matoriv. Akhirnya Matoriv dan Dai menang. Matoriv tanya camana Dai bole terbangun? Dai cakap dia terdengar Popp panggil dia 🥹. Kawan² yang lain terbangun dan terkejut tengok kesan letupan yang luar biasa besarnya. Pop n Dai bagitau yang tadi Hadlar datang. Terperanjat dorang.

Akhirnya mereka pulang ke negara Papnica. Leona ada planning something tapi tak bagitau dorang apa2. Dia cuma suruh mereka berehat, berlatih dan bersedia untuk berperang. Matoriv serahkan satu kitab yang ditulis oleh Avan. Kitab tu mengandungi macam² ilmu yang Avan coretkan. Dari buku tu mereka training dan perkuatkan diri. Hyunckle minta diri untuk pergi jauh berlatih Ilmu Lembing Gaya Avan. Hyunckle tak bawa buku tu sekali sebab sekali baca dia dah hafal. Punya la genius budak Hyunckle ni. 

Papnica hadiahkan Dai pedang pendek kedua dan baju wira. Mereka discover yang ketika Dai menggunakan kuasa naga, Dai tak bole guna senjata kecuali kalau ada senjata yang luar biasa macam yang Baran guna, seperti Pedang Juara.

Kebetulan megara Romos ada menganjurkan pertandingan seni bela diri hadiah utamanya ialah Pedang Juara. Dai nak masuk pertandingan tu untuk dapatkan Pedang Juara, rupa2nya pertandingan itu hari ini. Cepat² Popp teleport mereka berdua ke negara Romos malang lagi sekali penyertaan dah ditutup. Popp pun malas la, dia nak tido. 

Tiba² terdengar orang ramai menjerit kata ada gadis cantik tengah berlawan. Popp pun tiba-tiba gatal nak pergi tengok gadis cantik tu. Sekali tengok gadis cantik tu hebat gila dan kuat gila lawan opponent yang jauh lebih gagah dari dia, Popp jadi takot dan tak jadi nak gatal tengok perempuan tu kuat macam Badang. Rupa-rupanya perempuan tu ialah Maam 

Maam happy jumpa Dai dan Popp tapi Popp tak happy. Popp masih lagi trauma akibat peristiwa komander tua menyamar jadi Maam membuatkan dia was2 betul ke ni Maam . Lagipun Maam pakai baju lain, rambut pun dah lain. Popp mendekati dan renung muka Maam betul2 dekat2. Maam tak selesa terus tampor muka Popp. Popp terus yakin tu Maam sebab tamparannya sama. 

Popp dan Dai ceritakan kisah yang berlaku sepanjang ketiadaan Maam. Maam cakap kalau dia menang pun, dia takkan amik Pedang Juara tu. Sebab takkan dia nak bagi Pedang Juara untuk Dai bunuh ayahnya sendiri. Dai tergamam dengar Maam cakap macam tu.

Okay sampai saitu je dulu. 
Kaklong ingat nak sambung tengok 2 episod lagi, tapi dah ngantuk ni. Tengok la tengok ke tak.

17 episod more to go before 29hb 😭

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^