Kisah Kene Scam dengan Mesin Kopi Jenama Philips

Haaa saspen je kan...

Ini kes betul-betul berlaku beberapa tahun lepas.

Pada suatu hari, kaklong pergi shopping mall dengan famili. Masukkan anak dalam indoor playground tu. Lepas tengok-tengok barang, kaklong pun duduk kat bangku, tunggu anak main. Sambil tu keluarkan phone tengok Facebook. Time tu kaklong belum stop social media lagi.

Tiba-tiba muncul ikan jualan murah mesin kopi jenama Phillips. Dia nak jual rm19 je. Nak habiskan stok sebab model baru akan keluar tak lagi. Stok tu pun tinggal beberapa unit je lagi.

Time tu kaklong memang tengah gila kopi. Kaklong banyak search pasal jenama kopi, resepi buat kopi, coffee shop berdekatan, mesin kopi, review kopi. Agaknya sebab tu la iklan mesin kopi jenama Phillips tu muncul.

Untuk menambahkan lagi ke-eager-an, kaklong memang suka jenama Phillips dari dulu lagi.
Dulu barang elektrik kaklong hampir semua jenama Phillips. 

Semenjak kaklong rajin mencantikkan rumah ni je kaklong tak pakai jenama Phillips dah sebab kaklong nak barang elektrik kaler putih/cream/beige/off-white. Phillips banyak kaler hitam.

Sambil-sambil baca description tentang mesin kopi tu ada la notifikasi tunjuk 1 dan dibeli oleh si polan, 1 dah dibeli oleh sipolin.

Kaklong pun jadi panik la time tu.
Mana nak cari mesin kopi yang cute dengan harga RM19? Jenama kegemaranku pula tu.

Tanpa membuang masa kaklong pun place order dan proceed ke pembayaran.

Masa nak bayar tu kaklong biasa guna bank transfer, tapi dia takde pilihan bank transfer. Cuma ada pilihan kredit/debit card.

Kaklong pun isi la detail debit kad iaitu nama penuh, no debit kad dan no 3 digit belakang kad tu dan submit.

Pastu kan... Putih...

Skrin putih je.

Kaklong fikir tengah loading kot, Kaklong pun tunggu la. 
Tapi tak jadi apa.

Kaklong tak fikir buruk lagi ni. 

Kaklong tekan back pastu masukkan detail debit kad sekali lagi. 

Pastu putih jugak.

Kaklong jadi geram.

Kaklong pun refresh nak tengok ada lagi tak mesin kopi tu, tengok ada lagi.
Kaklong pun isi detail sekali lagi.
Punya la nak mesin kopi RM19 tu.

Pastu putih lagi.

Time ni baru la rasa tak sedap hati.
Camana kalau apa yang kaklong isi tadi tu cuma borang je, bukan payment gateway?

Time ni kaklong kalut, terus masuk ke akaun dan transfer semua duit ke akaun bisnes kaklong.

Time ni anak-anak dah keluar dari indoor playground tu. Tapi kaklong abaikan suami dan anak-anak sebab sibuk transfer semua duit dan check kot-kot ada duit kene curi.Disamping tengah proses apa yang telah berlaku. 

Giler berdebor.

Setiap hari kaklong berdebor kalau-kalau jadi apa-apa kat duit kaklong yang ciput tu.

Takde apa-apa berlaku sehinggalah..... 4 minggu kemudian.

4 minggu kemudian kaklong dapat email tau. Dia bagi TAC number. 

Kaklong tak tahu TAC number apa.
Email tu pun nampak profesional alamatnya, bukan alamat rambang tapi tak tahu TAC number untuk.

Pastu ada berkali-kali masuk TAC number. Ada la dalam 6x. 

Time ni kaklong teringat pasal kes mesin kopi tu. Kaklong cuba ingat kalau ada kes lain, tapi memang tak ada..kes tu satu je yang pelik.

Kaklong berdebor tapi takde apa-apa berlaku. Maybe sebab akaun Maybank kaklong ada RM10 je. Semua duit kaklong dah transfer keluar.

Akhirnya kaklong abandon je akaun tu sampai la kad tu expired (memang kebetulan expired tahun tu). 

Lepas dapat kad baru, baru la kaklong berani pakai akaun tu semula. Itu pun kaklong letak sikit je dulu, nak test. Ni dah beberapa tahun tak jadi apa-apa kaklong dah ok dah. Akaun tu dah secure.

Fuhhhh..

Giler terpedaya, naseb baek cepat bertindak.

Walaupun kaklong selalu ingatkan semua orang supaya jangan terpedaya dan kalau nak beli barang online beli kat marketplace je, tapi bila kene kat diri sendiri terpedaya juga tau.

Sila la ye hati-hati.
Sebab kalau duit korang hilang, jangan harap la pihak berkuasa nak tolong. Dorang cuma tolong rekod je sorang terpedaya sebagai statistik tahunan untuk dibentangkan dalam akhbar. 

Esok kaklong share satu kes terbaru kaklong baca kat Facebook (kebetulan buka kay browser masa cari resepi). Kes cikgu-cikgu kene hack.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^