Memaparkan catatan dengan label Anak Mama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Mama. Papar semua catatan

Sedih sikit


Anak sulung kaklong nak masuk tadika dah minggu depan.

Kaklong pun cari la maklumat pasal sekolah rendah. 
Lama sangat dah tinggalkan sekolah.
Pada usia 41 tahun (tahun depan) baru anak masuk darjah satu. 
Alahai sedihnya jadi mak tua 😭

Kaklong baru je tahu yang kelas KAFA tu 5 hari seminggu.
Selama ni ingatkan 2x seminggu.

Kalau gitu setiap hari la anak-anak kaklong takde kat rumah dari pagi sampai petang.
Dah nak malam baru jumpa?
Alahai sedihnya.

Perkara ni normal je bagi ibu bapa yang bekerja.
Tapi bagi kaklong seorang surirumah, ini tidak normal. Hahaha

Habis tu kaklong nak buat apa kat rumah sorang-sorang? Hahaha

Okay, let's look at the bright side...
Takde orang kat rumah sepanjang siang membolehkan kaklong start balik bisnes kecik kaklong yang dah pause lama tu.
Kaklong kan selama ni tak dapat fokus sebab anak nak itu ini setiap kali kaklong nak buat keje.
Haaa lepas anak masuk sekolah ni bole la fokus.

Pastu kaklong bole start balik youtibe channel kaklong dan beberapa perancangan yang digendalakan.
Sebenarnya ada banyak positif la kan.

Tapi tu la...
Tak dapat tengok anak.

Lepas ni kaklong akan lebih sunyi.
Sebab bukan saje takde kawan, tapi juga takde anak.
Sedihnya kaklong.
Korang tak sedih ke...?

Apapun, ada setahun lagi sebelum Farid masuk sekolah rendah.
Dan ada 4 tahun lagi sebelum anak kedua (bongsu la tu) masuk sekolah rendah.

Semuanya akan okay, in shaa Allah 😢



Kraftangan Farid

Harini first time Abang main plasticine dengan serius, sebelum ni main gumpal-gumpal je.
Harini Abang minta buka internet nak tengok tutorial.
Saya bukakan youtube, tutorial plasticine untuk kanak-kanak.
Video tu saya slow-kan ke 0.75x, jadi mudah sikit dia ikot.

Inilah hasilnya


Ada octopus, ikan, ladybug, turtle, ketam, starfish. Yang lain tu tak pasti.

Pastu Abang nak buat kereta pula. Tapi plasticine dah habis.
Esok la mama beli lagi ya.

Excited dia sampai tak tukar baju sekolah.

Malam sebelum tidur mama ajarkan Iqra'. Harini belajar huruf dhad.
Gelak guling-guling Abang bila mama sebut "dho".
Tak tau la suara mama kelako ke, atau muka mama yang kelako.



Abang Lulus Potty Training

Alhamdulillah.
Pada usia Abang 4 tahun 9 bulan akhirnya Abang lulus potty training.

Abang dah tak kencing berak dalam seluar dah.

Dah bagitau bila nak kencing nak berak. 

Siap masuk toilet sendiri, kencing sendiri, basuh sendiri, flush sendiri, pastu basuh tangan ngan sabun. Tak panggil mama dah. 

I'm so proud of you.

Abang kene tahu yang papa sangat involved dalam potty training Abang. Papa lebih banyak basuh berak Abang. Papa pun banyak mandikan Abang. Papa memang nak masuk campur dalam proses membesarkan Abang dan dia sungguh bersungguh-sungguh.

Memang Abang lewat free diaper.
Perjalanan free diaper Abang pun sangat panjang. 8 bulan panjangnya.

Mula-mula start potty training tu memang mama frust dan nanges-nanges dalam hati sebab Abang tak faham apa mama cakap. Sampai mama call nenek mengadu dan mintak tips. Dan nenek cakap kalau anak tu tak ready, meaning dia tak ready. Relax-relax sudah. Rupa-rupanya nenek sendiri pun tak potty training anak sangat sebab mertua nenek suruh pakaikan je lampin tu, kesian tengok nenek duk cuci kencing atas lantai. Last-last anak tu sendiri yang taknak lampin dan nak pi tandas. 

Masa mula-mula tu mama ajak setiap jam pi kencing. Pastu anjak ke dua jam pi kencing. Pastu anjak ke tiga jam pi kencing. Dan akhirnya Abang sendiri yang ajak mama teman pi kencing.

Masa mula-mula tu memang mama tunjuk kronologi cara guna tandas. Mula-mula buka spender, duduk atas jamban dan kencing. Lepas kencing berdehem 3 kali pastu basuh guna tangan kiri. Turun dari jamban, tutup penutup jamban dan pam. Last sekali basuh tangan dengan sabun. 

Mula-mula tu memang Abang susah nak ingat kronologi tersebut (steps sebenarnya. Saje la sebut kronologi) tapi satu hari tu masa masa tengah susukan adik, tetibe Abang buka pintu tandas, buka spender dan pergi kencing ikot kronologi yang mama ajarkan tu tanpa pedulikan mama (sebab Abang nak cepat, nak tengok kartun). Time tu mama rasa "wow, Abang dah besar". Mama.rasa nak nanges je sebab Abang dah besar, dah makin berdikari. 

Macam tu juga bila Abang siap makan, terus Abang angkat pinggan, buang sisa dalam tong sampah, taruk dalam singki dan basuh tangan dengan sabun. Abang buat semua tu tanpa pedulikan mama. Mama rasa proud sangat masa tu.

Sama juga bila Abang tetibe amik gelas sendiri dan amik air masak sendiri tanpa pedulikan mama. 

Biasanya mama nak tu, mama nak ni... Tetiba takde dah. Semua buat sendiri dengan relaxnya. Mama proud sangat.

Walaupun mama rasa sedih juga sebab mama makin tak diperlukan, tapi memang itulah tujuannya mama jadi mama. Untuk ajar Abang berdikari.

Dan Abang kene tahu yang papa banyak involved dalam menguruskan Abang. Masa mama berpantang pun papa yang mandikan Abang. Abang nanges malam, papa yang dukung dan dodoikan. Pergi jalan mana-mana papa yang dukung. 

Mama harap Abang baca coretan mama ni bila Abang besar nanti. 

Mama bangga ngan Abang ❤️