Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Review : Dukun

Citer Dukun best. Kisah dia lebih kepada misteri + seram. Bukan citer hantu. Takde penampakan pelik². Keseramannya masih terkawal. Mood dia dari awal sampai akhir kekal seram.. Lakonan Umie Aida tip top! Dari awal sampai akhir cerita, seram semacam je tengok dia. Faizal Hussein pun okay cuma intonasi dia sedikit kekok, mungkin kerana skripnya formal (peguam kan). Elyana walaupun scene dia sikit je, tapi sangat berkesan. Pelakon lain pun okay sangat, terutama NamRon sebagai polis yang annoying sikit perangai dia. Gambar filem ni cantek (cinematography kot term dia), warna pun cantik (colour grading kot term dia). Pilihan muzik latar sangat memberi impak menyulamkan mood misteri dan seram dalam filem ni. Skrip dan jalan cerita takde apa nak komplen. Sangat bagus. Seronok tengok citer tempatan yg takde elemen cinta / jatuh cinta. Takde heroin yg kononnya paling cantek la dalam kampung tu, pastu takde orang yang dengki, pastu takde orang menjerit marah² guna skrip yang sama je tak

Kronologi Pregnancy Kaklong

Semalam dah announce pregnancy. Harini Kaklong nak buat catatan sikit la kronologi kejadian pregnancy Kaklong ni. Saja je sebagai diary. 5 tahun kot tunggu, mesti la hepi. Nanti bila dia baby besar, dia baca la catatan mama dia ni.. Selepas makan Kacip Fatimah Phytoplus keluaran UTM sebanyak 2 botol (kira-kira dalam tempoh 6 bulan lebih sikit - sebab tak semestinya makan setiap hari, ada juga skip skip), Kaklong pun stop beli. Saja je nak tengok period Kaklong okay tak.. Alhamdulillah, period Kaklong datang setiap bulan, cuma kadang-kadang lewat, kadang-kadang sikit, kadang-kadang banyak pula. Pastu Kaklong ada amik minyak ikan omega 3. Saja amik sebab Kaklong jarang makan ikan, selalu ayam je, saja la nak tambah-tambah zat. Lagipun dalam diet ni Kaklong cuma makan dua kali sehari. Diet Kaklong ialah ayam goreng, sate, daging2, bihun camtu. Kalo rasa lapar, Kaklong minum air banyak-banyak. Cuba untuk makan tak lebih dari 2x sehari. Walaupun badan rasa lebih ringan

Nasi Ayam Nasi Lemak Delivery Kuantan

Imej
Sape duk Kuantan angkat tangan. Nak makan nasi ayam? Nasi lemak? Nasi minyak? Tapi malas nak keluar beli, sebab keje, sebab takde transport, sebab malas kelek anak. Don't worry. Kita ada buat delivery Wasap je mana² nombor dalam gambar last tu. Nanti dorang hantar. Jangan lupa bungkuih air sekali Lokasi kedai : Depan Sekolah Agama Al-Ehsan, Kuantan.

Kawan-kawan