Time tu 1 dinar kaklong beli dengan harga Rm700 camtu. Kini harganya dah RM2700. Kaklong sendiri pun terkejut sebab kaklong tak ikuti dah harga emas ni.
Pastu kaklong rasa menyesal la sikit, kenapa tak continue je kumpul emas lagi stop berniaga online. Sikit-sikit pun ada juga hasil. Ni dah bertahun tak kumpul.
Pastu kaklong fikir ada dalam 20 tahun lagi sebelum cecah 60. Jadi bole la kumpul start kumpul semula.
Disebabkan takde income, kaklong minta cik abang Rm300 sebulan. Dia kata okay..
Hmmmm....
Ape pulak okay...
Tanya la nak buat apa..
Kenapa banyak sangat, ke...
Untuk make the conversation going.
Seronok la jugak kaklong nak bercerita
Tanpa ditanya kaklong pun explain kenapa nak Rm300 tu.
Dia pun, okay...
Hmm..
Senang sangat..
Patut minta seribu je tadi. Lagi okay.
Kaklong plan nak beli emas RM300 sebulan, melalui program beli sikit-sikit melalui app pastu tebus (ambil emas fizikal bila dah cukup kumpul).
Yang kaklong tahu Public Gold dan Maybank ada servis ni.
Pastu kaklong fikir apa kata kaklong beli direct je, tak perlu kumpul dalam app.
Kaklong minta pendapat AI Gemini dan ChatGPT pasal ni.
Pastu kaklong terfikir pasal ASNB dan Tabung Haji.
Kaklong minta juga pendapat Gemini dan ChatGPT.
Siap minta dorang kira lagi berapa hasilnya lepas 10-20 tahun.
(Amaran: AI ni tak semestinya tepat tau. Jadi gunakan ia sebagai rujukan dan jangan percaya bulat-bulat. AI pun buat silap)
Tapi kedua-duanya AI ni ada approach yang berbeza.
Gemini
Dia bagi semua jawapan kepada soalan kaklong.
Dan soalan susulan dia pun sangat kemas dan berada di landasan yang betul.
Dia bantu kaklong cari maklumat dan jawapan serta pandu kaklong untuk merealisasikannya.
Gaya bahasa dia pun profesional buatkan kaklong rasa macam bercakap dengan komputer yang tidak berperasaan.
Tapi ChatGPT tak.
ChatGPT
Dia pun bagi jawapan kepada soalan yang kaklong tujukan tapi pastu dia consult kaklong tau.
Dia tak bersetuju kaklong simpan emas. Dia advice kaklong simpan kat ASNB dan Tabung Haji.
Kaklong pun melawan la.
ASNB dan Tabung Haji sikit. Saya prefer emas sebab emas lagi tinggi keuntungan.
Pastu dia lawan balik tau (tapi dengan lembut).
Dia kata emas memang untung tinggi tapi tak stabil. Bila harga jatuh, ia jatuh lama dan kaklong akan tak keruan tengok nilai emas kaklong lebih rendah dari harga beli.
Kaklong lawan lagi, kaklong cakap kaklong bukan nak cairkan cepat-cepat. Nanti 10-20 tahun baru kaklong cairkan sebab itu simpanan hari tua kaklong..
Pasti dia lawan, perghhh berani betul.
Dia kata memang betul. Tapi hidup ni turun naik. Bila tiba-tiba kaklong nak pakai duit, tapi taknak cairkan sebab harga tengah jatuh, nanti kaklong stress dan rugi. ASNB pula lebih stabil, nilai tak turun dan confirm ada dividen.
Pastu dia suruh kaklong leverage. 150 emas, 100 ASNB dan 50 Tabung Haji.
Sebenarnya kaklong setuju dengan apa dia cakap tu cuma kaklong saje je melawan nak tengok dia detailing macam mana.
ChatGPT ni gaya bahasa dia tak profesional sangat. Gaya dia macam kawan-kawan yang sopan dan berpengetahuan luas.
Dan dia selalu sesuaikan jawapan selari dengan personaliti kaklong.
Apapun kaklong suka bila dia consult lepas bagi kita info. Walaupun tak semestinya kaklong bersetuju atau ikut cakap dia, at least kaklong dapat perspektif lain dan boleh fikir masak-masak.
Pada saat ni kaklong decide nak beli emas kat app Maybank.
Haritu (lama dah) kaklong saja try beli rm20 emas. Pastu tak tengok dah.
Harini kaklong check akaun emas tu, value emas kaklong dah jadi 39. Nampak sikit kan.
Tapi kalau haritu kaklong beli Rm2000, harini nilai tu jadi RM3900.
Haaa baru nampak banyak.
Kesimpulannya letak la banyak.
Selain tu kaklong ingat nak kumpul juga duit. Bila dah cukup, kaklong ingat nak beli 1 dinar kat mesin emas Public Gold tu.
Itu plan je.
Tak tau buat ke tak.
Harap-harap buat la.
Surirumah pun kene ada juga simpanan di hari tua.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^