Dragon Quest Episod 20-22

Semalam tak tengok. Saje rehat. 
Harini tengok episod 20-22.

Sebelum ni mereka lawan Flazzard. Flazzard jadi batuan kecil dan serang mereka bagaikan peluru seribu. Dai guna teknik belah udara, tapi gagal tapi tak gagal sepenuhnya cuma efek lambat. Teknik belah udara ni Cikgu Azan tak sempat ajar, tapi sempat ajar teori je.

Teknik belah udara ni ialah kita membelah benda yang tak nampak. Jadi kita kene "rasa" benda yang nak dibelah tu, bukan "tengok" benda yang nak dibelah tu. Dia cuba berkali2 membelah teras Flazzard tapi tak dapat². Akhirnya Hyunckle paham kenapa tak dapat. Sebabnya Dai terlalu 'tengok'. Hyunckle pun lukakan diri sendiri dan lempor darah ke mata Dai. Dai tak bole buka mata. Hyunckle suruh dia rasa 'benda' tu. 

Dai pun fokus dan guna latihan berlawan dengan mata tertutup yang dipelajari tempoh hari. Dai cuba 'merasa' dan akhirnya dia 'nampak' aura Maam, Hyunckle, Popp dan tiba² satu aura besar yang jahat menerpa dia. Dai pun belah aura tu.

Aura yang dibelah itu milik Flazzard tapi dia ok je. Flazzard pun gelak jahat sebab takde efek. Rupa-rupanya memang Dai berjaya belah teras Flazzard. Flazzard pun terbelah dua (kan dia sebelah api, sebelah ais) tapi Flazzard pegang diri sendiri supaya tak terbelah. Popp lancarkan magik untuk hancurkan Flazzard tapi tiba² Mystvern muncul dan stopkan serangan Popp. 

Nampak je Mystvearn, Flazzard minta tolong selamatkan dia, dia taknak mati dia kata. Mystvern offer satu body yang paling terkuat di dunia untuk Flazzard dengan syarat Flazzard serahkan diri pada Mystvern. Mula² Flazzard taknak demi maruahnya, kemudian dia realized yang dia akan mati kalau tak masuk dalam body baru. Dia pun tanya kalau aku masuk body tu aku dapat kalahkan budak tu tak? Mystvern kata kau boleh kalahkan sapa² pun kalau pakai body tu. Flazzard pun setuju. Mystvern terus masukkan Flazzard dalam body tu.

Flazzard apalagi terus serang semua dengan body barunya dengan sungguh berlagak. Body barunya memang kuat gila sampai hancur perisai besi Hyunckle dengan sekali tampor je. Masing² dah panik dah.

Tapi Dai dah lain. Dia masih lagi dalam mood 'merasa' sambil mata tertutup. Lawan punya lawan akhirnya Dai bagi serangan terakhir iaitu teknik rahsia gurunya, Libasan Avan.

Sekali libas je terus hancur Flazzard tu. Ternganga semua orang, sekali dengan Hyunckle dan Mystvern pun ternganga la agaknya di sebalik topeng kacaknya itu. Popp puji teknik Dai setanding teknik cikgu. Tapi Hyunckle kata teknik Dai lebih hebat dari teknik Cikgu Avan. 

Flazzard dah hancur, cuma tinggal sebelah mata je. Dia marah² Mystvern cakap penipu! Body apa kau bagi aku ni hah? Mystvern cakap ini memang body terkuat. Tapi Flazzard kalah sebab lawannya terlalu kuat. Mystvern pun pijak mata Flazzard lalu hancur. Mereka terkejut tengok perbuatan Mystvern. Ingatkan Mystvern nak tolong 'kawan' dia tu rupa2nya tak. Mystvern lesapkan diri.

Mereka naik ke menara cari Leona yang masih lagi terperangkap dalam ais. Popp guna magic untuk cairkan ais tapi gagal. Akhirnya Maam suggest masukkan magic dalam pistol magic dan tembak ais tu. Popp tak setuju sebab itu pistol rekaan Cikgu Avan. Kalau rosak nanti terus tak bole guna. Tapi Maam berkeras cakap pistol ni cikgu bina untuk menyelamatkan nyawa. Inilah masa untuk selamatkan nyawa puteri. Akhirnya Popp setuju. Malangnya Popp dah lunyai sebab magicnya dah zero, dia tak bole masukkan magic dalam pistol tu.

Tiba2 Dai yang tadi pengsan, terus bangun dengan susah payahnya. Dai masukkan magic dia dalam pistol tu dan akhirnya mereka berjaya menyelamatkan Puteri Leona.

Malam tu Leona buat parti meraikan wira yang berjaya menyelamatkan negara Papnica. Raja Papnica dah mati, kini Puteri Leona la jadi raja. Selepas ucap selamat semua tu, Puteri Leona ternampak Hyunckle. Dia tanya eh ni anak murid cikgu Avan juga? Dorang mula panik tapi mengaku Hyunckle tu rakan seperjuangan.

Tiba-tiba Hyunckle ke depan dan memperkenalkan diri sebagai Komander Legion Kegelapan. Aku la yang musnahkan negara Papnica ni. Semua orang terperanjat dengan pengakuan tu. Popp, Maam dan Dai cepat² backup dengan cakap Hyunckle dah kembali ke pangkal jalan dan dia datang khas untuk tolong. 

Hyunckle minta maaf pada Leona dan minta dijatuhkan hukuman kepada dia. Mati pun dia sanggup untuk tebus kesalahannya. Leona pun jatuhkan 'hukuman terus hidup sebagai anak murid Cikgu Avan' kepada Hyunckle. Hyunckle terperanjat. Mereka semua happy.

Pastu senyap² Hyunckle dan buaya keluar. Mereka terserempak dengan mAam dan bagitau nak pergi ke tempat meeting Bala Kegelapan nak mengintip musuh. 

Kat tempat meeting Bala Kegelapan tu pula, dorang tengah kalut juga sebab buaya dan Hyunckle berpaling tadah pastu Flazzard mati. Dari 6 komander kini tinggal 3 je. Tiba² muncul sorang badut yang seram bernama Killvearn. Dari nama pun dah tau kan personaliti dia macam mana. Serius kaklong memang seram tengok dia ni. 

Killvearn duk teasing Hadlar sebab Hadlar ni asyik gagal je. Lepas lawan dengan Hyunckle haritu, Hadlar tu patut dah mati dah tapi Mystvearn selamatkan dia dah bagi badan baru. Kiranya Hadlar ni asyik mati dan dapat badan baru je. Nampak sangat la lemah. 

Killvearn juga mention yang Mystvearn ni banyak bertindak dan bercakap, tak macam sebelum² ni. Nampaknya budak tu dah buat Mystvearn tak senang duduk. 

Akhirnya Killvearn pindahkan tempat meeting dorang tu ke tempat lain sebab dia tahu Hyunckle dah otw ke sini. Bila buaya dan Hyunckle sampai, tempat meeting tu dah hilang. Yang tinggal cuma tapak kaki je. Hyunckle amik keputusan nak ikot tapak kaki tu, nak jejak juga tempat meeting baru dorang.

Dalam tempoh aman tu Maam cuba baiki pistol magik tapi gagal. Bila tengok Dai dan Popp training Maam rasa diri dia tak berguna dan hanya akan jadi beban. Maam pun declare yang dia nak balik ke negara Romos untuk berlatih. Dia dah decide nak jadi ahli seni bela diri.

Dia macam ni tau. Dai ni wira yang bole berlawan dan guna magik. Tapi kekuatan sebenar wira ialah keberanian. Popp pula sorcerer yang bole guna macam² magic tapi tak mahir berlawan (tak mahir sebab fokus dia ialah memahirkan banyak jenis magic. Popp ni dapat teleport, dan terbaru dia bole terbang. Cuma dia penakut). Hyunckle pula dia pahlawan. Pahlawan tak pandai magik tapi kemahiran pedang dia tiptop. So Maam ni nak jadi seni bela diri. Kaklong dah tak ingat dah apa tu tapi rasanya strength kot.

Pada hari Maam pergi tu Popp berat hati nak lepaskan Maam pergi tapi dia kata kat Leona "biar la dia pergi, nak pergi sangat. Huh". Leona pun macam kenapa kau cakap macam tu? Dai pun reveal yang Popp sebenarnya suka Maam. Popp pun bera muka tahan malu. Leona suruh Popp confess tapi Popp cakap Maam suka orang lain (merujuk pada Hyunckle sebab nampak ada dinamik antara dua orang tu).

Leona pun start ceramah. Dia kata better kau bagitau Maa perasan kau, sebab lama lagi nak jumpa ni. Macam mana kalau kita perang pastu kau mati? Hari ni akan hari terakhir kau nampak dia!

Popp pun sentap. Dia pun cepat² lari kejar Maam. Maam pun eh, kenapa ni?. Popp offer nak hantar Maam ke Romos guna magic. Pastu dia pun shuuuu teleport berdua ke Romos. Tapi dorang sampai kat hutan Romos, bukan kat tempat yang Maam nak pergi. Rupa-rupanya tu tempat pertama dorang berjumpa. Untuk guna teleport, Popp kene bayangkan lokasi yang nak dituju. Tanpa sedar Popp terbayang tempat pertama mereka berjumpa. 

Time ni Popp kumpul kekuatan untuk luahkan perasaan tapi Maam bercakap dulu. Maam potpetpotpet pastu mention yang Popp sekarang dah kuat dan berani tak macam mula² mereka berjumpa dulu. Dia macam cemburu sikit dengan improvement Popp dan dia nak jadi kuat lebih dari Popp. Dia pun taknak asyik kene tolong je, rasa bersalah pulak. Popp pun cakap jangan la rasa bersalah, saya sanggup berkorban untuk awak. Bagi saya awak ialah......rakan seperjuangan yang hebat 👍. Pastu dia pun bagi kata² semangat, bye² dan lari. Popp kecewa sebab dia tak berani nak confess kat Maam. Kaklong pun kecewa juga. Ingatkan dah kapel dah tadi. 

Kat negara Papnica, Matoriz dapat tahu logo kat dahi Dai tu adalah tanda Wira Naga. Dai ialah Wira Naga. Tapi dia rahsiakan dari semua orang. 

Dai minta Leona pedang baru sebab pedang haritu dah rosak teruk. Leona bawa dia ke negara seberang untuk shopping. Leona suka la travel berdua je dengan Dai, rupanya-rupanya Popp terbang ikot dorang sekali. Kat shopping complex tu Dai beli baju perisai. 

Pastu ada lelongan senjata pembunuh naga terunggul. Leona nak bid tapi semua halang sebab terlalu mahal. Tiba-tiba muncul seorang nenek peramal dengan cucunya. Nenek peramal tu cakap tak guna beli senjata hebat (merujuk pada pembunuh naga) kalau tak cukup hebat nak guna senjata tu. Pastu dia walk away gitu je. Cucu dia pula yang bersungguh-sungguh minta maaf pada semua.

Masa tengah cari pedang yang sesuai, tiba2 negara seberang tu diserang oleh naga. Popp pun serang naga tu sambil Leona selamatkan penduduk. Dai dengan baju besi tu pergi lawan juga tapi susah betul nak bergerak. Akhirnya dia buka baju besi dan pakai armor sikit2 je tapi bergaya tau. Dorang pun lawan².

Sampai situ je kaklong tengok. Banyak lagi ni. Esok ibu ayah Kaklong datang melawat seminggu. Tak tahu la sempat ke tak nak habiskan. 

Walaupun ni cerita lama tapi dorang remake pada 2021. Jadi kualitinya memang bagus dan Popp sangat kacak.

Kaklong tau kaklong banyak citer detail pasal scene Popp sebab kaklong memang bias. Kaklong suka dia ok. Kaklong ada crush kat dia masa sekolah dulu. Sekarang dorang lukis Popp lagi kacak, lagi la kaklong suka. 


Ni Popp. Dia memang kacak, takleh buat apa dah


Ni Mystvearn. Topeng dia memang kacak, mysterious, dan nampak sangat devoted.


Ni Killvearn. Takyah tengok lama² la. Seram...

K la. Jumpa lagi esok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer