Beli Emas Digital Mengganggu Jiwa

Lepas fikir pasal emas dengan Gemini dan ChatGPT, kaklong terus buka app Maybank dan nak beli rm50. Harga haritu rm604/g.

Tapi kaklong hold kejap, camana kalau harga dia turun lagi? Tengok esok la.

Esoknya harga naik sikit Rm609/g.

Kaklong geram. 
Kalau tahu naik patut beli semalam.
Kaklong pun terus beli rm50.

Esoknya pulak kaklong check lagi, jatuh lagi RM602/g.

Perghhhhh...
Geram pulak aku.

Time ni kaklong realized kenapa orang asyik tak keruan pasal emas kat media sosial.

Masa harga naik merungut mahal.
Masa harga turun merungut murah.

Sebab kita tengok harga emas dan beli emas macam tengok saham/trading (macam cara kaklong tengok tadi).

Kalau itulah caranya kita monitor harga emas, memang tak betul.

Emas memang ada turun naik dan mendatar dalam jangka masa pendek.
Yang naik seperti yang diwar-warkan tu ialah jangka masa panjang. 

Dan tak ada jaminan akan datang harga emas takkan jatuh.
Cuma mengikut sejarah dan pattern, harga emas tak pernah turun.


Itu la masalah bila beli emas digital.
Kita monitor hari-hari dan beli hanya melalui hujung jari.

Akibatnya kita sakit jiwa bila harga makin jatuh berbanding harga kita beli.

Semalam kaklong nampak satu post di group :

"Emas akan turun ke 300/g ke 😥"

Dia risau sebab dia beli emas haritu harganya dalam RM300/g. Pastu emas naik. Tiba-tiba emas turun pulak. Risau dia, macam mana kalau rugi.

Ini sebab dia tengok emas macam trading saham.

Cara betul simpan emas ialah nak simpan sampai bertahun-tahun (10,20,30 tahun).
Kalau boleh taknak cairkan sampai benar-benar perlu seperti: 
  • nak kahwin
  • anak nak masuk universiti 
  • nak pergi haji 
  • dah tua, tak mampu bekerja, cairkan emas untuk wang sara diri harian
  • nak beli tanah
  • nak buat down payment beli rumah
  • nak beli rumah cash
Tujuan kita nak lock duit supaya dapat betul-betul menyimpan untuk jangka masa panjang. 

Bukan untuk jual bila untung.

Itulah satu masalah bila kita beli emas digital.

Kita tak ada niat nak tengok emas sebagai trading tapi bila hari-hari tengok dan boleh beli serendah RM10, secara automatik otak kita melihatnya sebagai trading.

Kene sabar la banyak-banyak bila beli emas digital ni.

Cara yang betul beli emas ni ialah dengan niat menyimpan.
Niat mengumpul.
Niat nak cairkan bila perlu nanti.

Jangan fokus pada harga emas tu sangat.
Fokus pada berapa gram kita berjaya simpan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^