Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Cara Jadualkan Post di Social Media supaya Update Secara Automatik

Imej
Salam... Sebagai peniaga online, salah satu benda yang perlu dibuat secara konsisten ialah update media sosial for the rest of your business life... Meng-update social media ni memang membuang banyak masa tau.. Kita perlu rancang masa untuk publish, amik gambar yang cantik dan edit jadi lebih cantik, fikirkan caption yang menarik perhatian, fikirkan hashtag yang buat potential customer nampak dan proses itu berulang-ulang setiap hari. Malah ada yang update 3x sehari. Yang paling teruk ialah kita update 10x sehari (pada satu masa yang sama - cth pukul 10pagi spam terus 10 gambar) dengan gambar dan caption yang lebih kurang sama sampai follower kita bosan sebab balik2 tengok benda ni; lalu  dorang pun unfollow. Yay! Naseb baek, kaklong tak perlu update media sosial setiap hari.. Kaklong tak teringat nak buat setiap hari dan selalu je blank tak tau nak update pada waktu tu.. Yang dimaksudkan kat sini ialah social media bisnes Kaklong la.. Yang kat FB tu personal punya memang

Cara Mudah Menguruskan Order Online

Imej
Salam. Haritu ada kawan bebel2 kat Facebook. Dia terlepas pandang satu order dan tak pos pun order tu. Abes kene marah ngn customer. Dia tanya camana nak buat supaya order tu organized dengan elok. Ramai orang komen dan bagi pendapat, termasuk la Kaklong (haha.. sebok je nak juga) PAstu dia up satu lagi status, dia nak buat macma Kaklong sarankan.. Huuuu.. Kembang hidung saya dapat tolong orang.. Oleh itu Kaklong nak share kat sini cara Kaklong, mana la tau kot2 korang pun ada masalah yang sama. Business vector created by Freepik   Cara Kaklong senang je. Order Kaklong masuk melalui 3 sumber iaitu: website whatsapp facebook Apa yang Kaklong buat ialah: 1. Buka 1 group whatsapp bernama : ORDER 2. Add 2 number Kaklong yang lain (termasuk phone peribadi) serta nombor kekasih hati (sebab dia suka packing barang) 3. Tiap kali orang dah bayar terus tulis dalam group ORDER tu maklumat order tersebut. website  no order (cthnya : #3785) nama,

Wrapping Online Seller yang Kur Semangat!

Imej
Salam.. Haritu Kaklong beli online kat Shopee.. Tengok apa Kaklong dapat.. Opocot! Ngaaaaaaaaaaaaa.... Terkejut saya.. Dengan plastik sampah pun bole ek.. Kuang...kuang...kuang... Sekali tengok macam mayat je.. Erm... seram... Bila Kaklong tunjuk kat FB rata-rata semua macam okay je dengan packaging macam ni.. Erm... Yeke... Rata2 yang komen positif tu ialah online seller, oleh itu macam paham je kenapa dorang okay sangat dengan penampakan ni... Kaklong okay je, siap gelak lagi bila dapat ni.. Cuma sebagai peniaga online, Kaklong sendiri pun tak tergamak nak wrap dengan plastik sampah untuk pos kepada customer... Apapun Kaklong harap korang tak buat la macam ni.. Sebab bukan semua customer okay... Ada yang jenis cerewet.. Pengalaman Kaklong, ada juga customer komplen pasal wrap Kaklong tak cantik. Secara logiknya, barang tu semua akan dicampak ke van poslaju, bertukar2 tangan dan buruk juga.. Jadi perlu ke buat packaging yang cantik giler, bila akhirny

Bahasa Melayu

Imej
Salam.. Kaklong share satu status yang menarik oleh anak Sabah kat facebook gambar viral kat facebook Lalu ternampak Sis  Ayuni Rafilah share satu video yang menarik kat FB Kaklong pun tekan je la nak tengok dan dengan gigihnya tengok macam abes.. Macam tak percaya betapa menariknya cara mat saleh ni beri penerangan tentang Bahasa Melayu. Beliau bukan sahaja explain apa itu Bahasa Melayu, malah menceritakan juga tentang sejarah dan asal-usul Bahasa Melayu, fakta mengenai Bahasa Melayu serta pengkelasannya.. Yang Kaklong sendiri pun tak tau (alamak, malunya..) Malah beliau menerangkan dengan cara yang ringkas tapi padat dan mudah difahami. Kalau macam ni la cikgu yang mengajar kat sekolah, pasti waktu persekolahan boleh dipendekkan dan semua pelajar dengan mudahnya dapat A. Sebab senang faham dan straight to the point. MArilah kita memartabatkan Bahasa Melayu kita.. Siapa lagi yang nak preserve kan, kalo bukan kita, Anak Melayu Wassalam

:(

Harini rasa sedih sikit.. Abang balik kampung. Kaklong tak ikot sebab nak siapkan urgent order. Pagi tadi ibu call tanya balik pukul berapa. Kaklong cakap abang je balik. Pastu ibu macam terkejut sikit. Pastu ibu tanya lembut je, "kenapa, kaklong saja2 ke tak nak balik.." Aduh.. Pilunya bila ibu cakap macam tu.. Rasa nak nanges pulak.. Rasa nak balik sekarang juga.. T__T In shaa Allah bulan depan Kaklong balik ya ibu... Sayang ibu.

Review Secret Skin White Kawaii Collagen

Imej
Salam.. Korang tau tak Kaklong pernah consume Secret Skin White Kawaii Collagen.. Yang Jihan Muse jadi duta tu.. Tapi dah lama dah.. November 2015 dulu.. Ni baru terpikir nak tulis review. Kaklong amik sebotol KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (putih) dan sebotol Secret Skin White Kawaii Collagen SSWKC (hijau) gambar cedok :  http://www.lazada.com.my/secret-skin-white-kawaii-collagen-set-jihan-3878123.html Ni gambo amik kat internet je.. Botol dia Kaklong dah lama dah buang.. 2015 kot.. Sebelom Kaklong start blog ni lagi.. Jumpa ejen pun kat website dorang.. Lepas whatsapp 2 hari kemudian dia hantar ke rumah. Macam convenient sangat kan.. Tapi lepas tu Kaklong ada baca ejen lain ada bag free gift sabun muka.. Alaaa, sayangnya.. :( Okay la... Nak consume dia ada 2 cara: 1) Letak bawah lidah 2) Bancuh ngn air kosong Bila letak bawah lidah kan, rasa dia macam-masam manis.. Yang hijau tu sedap, rasa macam berry dan cepat cair... Yang putih tu kurang sedap

Copy Paste : Mengapa Saya Pilih yang Semulajadi?

Imej
Salam.. Kaklong ada terbaca kat FB Hafiz Sulaiman  (rasanya dia ni doktor kot); yang berbicara tentang makanan atau lebih tepat lagi buah2 dan sayuran GMO (genetic Modified Organism). Kalo diikutkan hampir semua makanan yang kita makan ni adalah GMO. Nak cari yang semulajadi dan organik tu cam susah sikit. Kalo ada pun, mahal harganya.. T__T Kat sini Kaklong copy paste sebiji sebuntat apa yang beliau tulis kat POST FB NI untuk pedoman kita bersama. Kalo nak lebih info bole gi tengok kat link yang Kaklong taruk kat atas tu dan baca post2 beliau sebelom ni dan selepas ni.. Jangan lupa follow tau.. Jenama terkenal dunia MENGAPA SAYA PILIH YANG SEMULAJADI (ALAMI) BAB 1: GMO & HYBRID . . Realiti kehidupan di dunia zaman moden ini amat mencabar bagi yang mementingkan keaslian bahan makanan mahupun penjagaan badan. Kelahiran bahan-bahan kimia, teknologi penghibridan, pengubahsuaian genetik (GMO) mengubah dan menyelamatkan situasi kekurangan makanan global serta men

Tutorial Blog : Cara nak Disable Select Text dan Copy Paste

Imej
Salam.. Kaklong selalu baca blogger mengeluh pasal ada blog lain tulis entry yang sebiji sama ngn blog dorang.. Pendek kat blog A tu, copy paste entry kita yang best2 masuk dalam blog dorang.. Hasilnya blog A akan dapat up 2 ke 10 entry setiap hari (nampak macam aktif giler) dengan setiap entry yang penuh informasi serta keyword yang kaw kaw. Walhal nak tulis entry yang macma tu kekadang amik masa satu hari malah ada yang 2 hari baru siap.. Macma tak percay aje 2 hari baru siap kan.. Tapi memang pun.. T___T Blog kraf Kaklong pun amik masa lama nak buat satu entry tutorial.. Start dari plan, pastu buat kraf tu sambil amik gambo, pastu upload gambo dan edit setiap gambo, pastu baru la tulis.. Lepas tulis, baca balik dan betulkan mana2 yang kureng. Pastu baru la published.. Rasa puas... Yeah! Tetibe orang lain pakai copy paste je? Yang lagi best, disebabkan blog A tu sangat aktif (10 entry sehari) dan setiap entry penuh dgn keyword, akhirnya ranking mereka sangat tinggi. A

Nak jadi Youtuber Terkenal?

Imej
Salam.. TAdi Kaklong terbaca satu komik indie kat facebook. Kaklong taknak tunjukkan kat sini atau kreditkan kepada pelukis tu sebab kebanyakan komik dia tu menyentuh (melawakkan) isu agama, jantina, perkauman, dan seksual. Ada juga yang double meaning sampai kita rasa malu membacanya.. Kaklong tak nak tunjukkan sebab taknak dedahkan pembaca Kaklong kepada benda negatif dan merosakkan pemikiran seperti itu. Yang dah berusia seperti Kaklong mungkin okay je kot, tapi ada juga pembaca bawah umur atau baru nak meningkat remaja. Pendedahan bahan2 seperti itu akan merosakkan pemikiran dorang.. Komik tu tunjukkan yang pelajar tu cakap kat guru bahawa dia bercita2 nak jadi youtuber terkenal. Guru tu pun geram; terus menyerang secara fizikal sampai tercabut tudung pelajar tu.. MAcma biasa2 je komik ni kan.. Takde unsur negatif pun.. Memang yang ni tak ada; tapi komik2 dia yg lain ada unsur2 tu.. Lepas tengok ending komik tu, Kaklong rasa pelik.. Kenapa cikgu dia marah? Adakah ap

Kawan-kawan