Saya taknak review sangat. Saya cuma nak komplen.
Saya tengok sebab minat Ryan Gosling. First time tengok dia berlakon dalam filem Drive. Oh my God. Best giler. Sampai la perasaan tu kat kita.
Sejak tu hampir semua cerita dia kaklong tengok. Takde citer yang dia berlakon tak best.
Cerita Barbie tu kan, jujur cakap lah kan pada perspektif kaklong, kalau bukan sebab ada Ryan Gosling dan kisah Ken dia tu, citer tu hambar.
Kaklong sebenarnya tak tangkap apa yang nak disampaikan dalam citer tu. Citer tu cantik menarik apa semuanya tapi macam berterabur. At the end of movie kaklong takde rasa apa pun.
Okay okay...
Fall Guy.
Kaklong faham cerita tu dan cerita tu best.
Tapi chemistry antara Ryan dan Emily tak best. Kaklong minat juga Emily, jangan salah faham tau. Tapi dorang tak kena la.
Dalam citer ni Ryan dan Emily (lupa nama watak mereka) sangat mencintai antara satu sama lain. Ryan tu okay, dapat tunjuk cinta. Tapi Emily tu tak.
Emily tu nampak berlakon. Dan vibe dia lebih kepada good friend, bukan lover. Tu yang kaklong rasa spoil sangat.
Jadi bila rasa cinta tu gagal ditunjukkan, apa yang Ryan buat demi Emily tu tak begitu berbaloi.
Apapun lakonan dorang takde la gagal cuma takde feel.
Kaklong berpendapat Emily tu tak sesuai bawa watak cinta dah. Mungkin sebab dia dah isteri orang dan mak orang. Vibe cintan dah takde sebab dia dah stable luar dalam. Dia gagal tunjuk ekspresi cinta. Cinta yang dia tunjukkan hanya melalui dialog dan tak sampai pun perasan tu.
Sayang sikit la.
Satu lagi yang sayangnya, watak Emily tu tak penting pun. Watak Emily tu cuma "ada" dan tak menyumbang apa-apa. Dia punya screen time banyak tapi tak menyumbang kepada plot atau kepada Ryan.
Jadi kalau screen time dia sikit, membuatkan dia jadi lebih "mahal" untuk dilihat dan lebih misterious bermakna Ryan banyak tengok dari jauh je, perasaan cinta tu mungkin lebih sampai.
Ni watak Emily tu bising-bising macam penting tapi tak menyumbang sangat pun bila kita teliti balik.
Apapun citer tu seronok je ditonton cuma tu la, watak Emily tu patut boleh rich lagi.
Nak bagi bintang ke?
Okay kaklong bagi 4.5 bintang sebab enjoy ditonton dari awal ke akhir dan takde part boring kerana Ryan berjaya mengawal keseluruhan cerita.
Memang dia bagus pun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^