Pengalaman Beli Emas Pertama

Nak share sikit kisah saya terjebak beli emas. Malah saya pernah je jadi ejen emas.

First time beli emas 999 kira-kira dalam tahun 2010-2011 camtu. 
Masa tu kawan jadi ejen emas syarikat yang popular kat Malaysia ni. 

Dia citer kelebihan emas apa semua. Saya memang berminat dan tahu dan kelebihan emas apa semua tu. Saya keturunan Terengganu dan nenek saya pun jenis pakai gelang emas sampai ke siku, dan leher bergelung-gelung emas. Dan saya tahu camana mereka guna emas tu untuk beli tanah, buat modal berniaga apa semua.

Saya pun beli emas wafer 5g dari dia.

Saya transfer ke akaun dia dan malam tu dia datang rumah hantarkan emas. Saya macam eh, tak payah la cepat-cepat sangat, sebab saya percaya je dia dan tak kalut pun.

Bila dapat emas tu rasa macam premium sangat. Sebab emas tu dalam sampul kertas yang tebal coklat hitam gelap dengan cetakan warna emas apa semua. 

Saya simpan elok-elok dalam almari.

Tak lama lepas tu kawan online saya yang lain pula promote emas. Sebenarnya lebih kepada promote saya jadi ahli. Sebab harga ahli lain katanya.

Saya pun join. 
Jadi ahli tu rasa rugi sikit sebab bayar keahlian dan emas tu dapat percuma (katanya) tapi emas yang dapat tu lebih rendah je nilai berbanding bayaran keahlian. (Saya biasa berniaga jadi saya pandai berkira dan paham sangat tentang 'harga keahlian' ni).

Sejak tu saya beli emas by post 1g hampir setiap bulan. Ada juga saya jual emas tapi tak banyak sebab by post orang tak yakin sangat. 

Satu hari tu ada sorang ejen (company ni juga) nak jual emas 1 dinar dia dengan harga rendah sikit dari harga pasaran pada hari itu.

Saya pun terus beli dan transfer apa semua time tu juga. Pastu kan 2-3 hari tak sampai-sampai. 

Saya contact dia nak tahu update dan nombor tracking apa semua, dia reply lambat dan sepatah-sepatah.

Lepas seminggu tak sampai-sampai saya dah agak dah kene tipu ni. 1 dinar time tu dalam rm700. 

Saya masih lagi contact dia selang beberapa hari sekali nak update.

Akhirnya selepas 22 hari, emas 1 dinar tu pun sampai. Saya punya lega tak terkira. 

Sejak tu saya tak berani dah beli dari ejen. Disebabkan saya ejen saya boleh beli direct dari HQ (dan itu yang biasa saya buat). 
Cuma haritu harga dia offer tu rendah sikit dari pasaran, tu yang saya excited. 

Saya pun dah tak minat jadi ejen (kat company tu) sebab saya tak faham kenapa saya jadi ejen kalau semua orang tak berani beli dari saya.

Upline saya suruh saya fokus pada recruit orang jadi ejen nanti saya boleh jadi master ejen ke apa ntah nama dia dah lupa.

Tapi kalau saya sibuk recruit ejen, apa guna saya jadi ejen emas. Patutnya saya jual emas la kan.

Saya ni sebenarnya tak berapa suka benda yang kompleks sangat ni (atau direka kompleks untuk buatborangvtak sedar apa sebenarnya yang mereka buat).

Jadi saya stop promote dan cuma kumpul untuk kegunaan sendiri je.

Lama kelamaan saya slow-slow stop beli emas sebab fokus pada nak pusing modal untuk bisnes online. Tak sempat simpan duit sebab sibuk beli stok barang niaga. 

Pastu terus lupa dan tak beli dah emas.

Fast forward...

Tahun lepas saya tertengok satu video ni pasal apa tak ingat dah.

Tengah-tengah dia bercerita tu tiba-tiba paused dan beriklan jual emas. Dalam bercakap-cakap tentang kebaikan emas tu dia bagi contoh 1 dinar bernilai Rm2500. 

Kaklong macam, hah? 2500?

Kaklong rewind kejap, nak dengar balik kot-kot tersalah dengar.
Betul, 1 dinar rm2500.

Kaklong tak percaya, terus google harga emas. Betul la RM2500 (bundarkan). 

Time tu kaklong rasa excited sebab 1 dinar yang kaklong beli Rm700 haritu, harini nilainya Rm2500. 

Boleh sangat la simpan 20 tahun lagi dan guna bila kecemasan atau tak mampu nak ada income lagi. 

Punya la excited kaklong citer kat adik-adik kaklong pasal ni. Kaklong encourage dorang untuk beli la emas sekeping dua pun buat simpanan jangka masa panjang. 

Adik kaklong dua orang 20-an, sorang lagi 30-an. Bujang. Memang boleh sangat la mula simpan emas ni. Yang dua lagi tu dah hujung 30-an dan berkeluarga. Payah sikit nak kumpul sebab pakai duit untuk famili dan komitmen.

Tapi cam biasanya la, takde sambutan dari adik-adik.
Takde respon apa-apa pun kat group famili.

Tak apa la.
Yang penting kaklong dah bagitau.

Masa muda-muda dulu kaklong anak sulung takde orang bagi advice ke, bercerita apa semua ni.
Semuanya kaklong belajar from the hards ways. Dan biasanya dah terlambat baru tahu/faham.

Time tu kaklong selalu berharap ada orang bercerita dan bagi life advice supaya hidup kaklong lebih bermakna dan tahu apa nak buat dengan hidup.

Jadi walaupun adik kaklong malas dengar, kaklong tetap share juga pengalaman, pandangan dan advice. Tak responsif pun takpe yang penting kaklong tak rasa bersalah sebab tak bagitahu.

Baru-baru ni kaklong terserempak dengan ejen emas dan ia trigger kaklong untuk start kumpul emas semula.

Ada lagi 20 tahun sebelum jadi warga emas, bole la kumpul sikit -sikit, in shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^