Susun atur ruang tamu rumah kaklong 2020



Kaklong ni tengah mood menyusun atur rumah.

Dah setahun dah kami duduk kat sini tapi rumah ni masih lagi kelam kabut susunannya.

Dulu duduk kat apartment 4 bilik pindah ke rumah 3 bilik. Tu yang pening nak letak barang.

Kaklong juga berniaga dari rumah. Kene ada tempat untuk barang niaga lagi.

Dan to make it worse, rumah ni partially furnished, satu hal pulak nak squeeze perabot yang sedia ada ni. 

Dah banyak kali dah pun susun atur rumah ni. Asyik pindah perabot sana sini. Dan kali ni untuk sekian kalinya, kaklong nampak sikit sinar harapan.

Ruang pertama yang kaklong (dan cik abang) susun minggu lepas ialah ruang tamu. 

Belom berkesempatan nak amik gambar lagi. Nak amik je bersepah, nak amik je bersepah. Lepas amik gambo nanti kaklong update.

Meja makan kami alihkan betul² kat sebelah sofa. Tujuannya supaya hanya ruang tu je kami guna secara aktif.

Penyangkut baju dan beg kami sorokkan kat sebelah bilik utama dan gantikan dengan rak buku. 

Rak buku tu terpilih untuk berada disitu sebab tinggi. Kaklong bole taruk laptop dan bole buat kerja sambil jaga Farid, setelah dia masuk 2 tahun tak lama lagi.

Kaklong nak aktif berniaga semula kerana kaklong betul² nak duit.

Sebelah rak buku tu kami taruk bakul mainan Farid.

Ruang antara sofa tu pula kami letak meja kecik untuk simpan toto, selimut dan bantal. Toto tu kene hampar masa nak baring sebab foam ABC tu tak sedap dibaring walaupun sedap diduduk.

Ruang selepas meja makan pula kami jadikan ruang simpan barang niaga. Semua barang niaga kami letak kat sebelah kiri dan kanan.

Tengah² tu bole la nak berguling ke apa ke. Tapi kitorang selalu solat dan mengaji kat ruang tu.

Itu je la yang berjaya disiapkan buat masa ni.

Kalau korang tengok, masih ada beberapa barang yang bergelandangan aka homeless aka takde tempat tinggal.

Memang tak tahu nak letak kat mana barang-barang tu. Tapi kaklong ada beberapa idea, in shaa Allah.

Okay, lepas ni susun atur bilik pula.


Update:

Gambar² ruang tamu kami.
Sorry, terpaksa letak bawah. Susah edit guna phone.