Harini keluar jalan ngan parents ke Jeruk Pak Ali dan Georgetown. Petang baru balik. Sementara anak² tengok kartun, kaklong pun tengok jugak kartun anime episod 34-37.
Maam cakap yang dia taknak tolong Dai bunuh ayahnya sendiri. Dai yakinkan Maam yang dia bukan nak bunuh ayahnya. Dia nak kalahkan ayahnya supaya ayahnya tak bunuh orang. Dengan kata lain dia nak bawa ayahnya kembali ke pangkal jalan. Dengar kata-kata semangat Dai tu, Maam terus rasa lega dan bersetuju untuk membantu.
Maam pun masuk pertandingan tu sampai berjaya menjadi 8 peserta terakhir. Tiba2 8 peserta terakhir tu dikurung dalam satu makhluk berbentuk bawang atau labu. Rupa-rupanya penganjur pertandingan tu orang jahat. Dia ialah Zamza, anak komander tua yang tengah jalankan satu eksperimen untuk menghasilkan makhluk terunggul yang lebih hebat dari wira naga. Oleh itu Zamza kumpulkan sampel orang terhebat di dunia untuk dikaji. Pertandingan ni dianjur untuk dia kumpul 8 peserta terhebat sebagai tikus makmal.
Maam dan 7 peserta lain berusaha pecahkan kurungan tu tapi gagal. Dai pula berlawan dengan Zamza dengan sepenuh tenaga. Popp menonton dari kejauhan rasa ada sesuatu yang tak kena. Popp dah guna semua kuasa naga tapi Zamza relax je siap gelak² lagi. Masalahnya bila Dai guna kuasa naga, tenaganya akan drop dengan cepat lalu dia akan jadi lembik. Rupa-rupanya telahan Popp benar, Zamza melakukan eksperimen makhluk terunggul tu ke atas dirinya sendiri. Zamza pun transform into makhluk yang merupakan gabungan pelbagai jenis makhluk. Masa ni tenaga Dai dah drop teruk (sebab terlalu banyak guna kuasa naga) dan jadi lembik. Zamza berjaya masukkan Dai dalam perutnya (kat perut Zamza ada satu mulut. Dia masukkan Dai direct kat situ).
Popp serang Zamza guna magic tapi Popp ternyata bukan lawan Zamza. Zamza nak tamatkan je riwayat Popp tiba² Tikus Karate (kawan Maam) datang lawan Zamza. Tikus tu pun bukan lawan Zamza juga. Tapi Popp dapat idea. Popp serang muka Zamza dengan kuasa api lalu kepala Zamza terbakar. Disebabkan tak dapat bernafas, Zamza terpaksa buka mulut kat perutnya untuk tarik nafas. Tanpa membuang masa Tikus Karate berguling dan langgar Zamza sekuat hati. Langgaran tu menyebabkan Dai terkeluar dari perut Zamza. Ya, itulah idea Popp. Walaupun dah keluar Dai tetap lembik teruk.
Maam yang berada dalam kurungan tu masih berusaha pecahkan kurungan. 7 peserta lain dah putus asa sebab dah buat macam² tapi sia². Maam marah² tengok dorang putus asa. Pastu ada peserta yang berselubung kain macam Casper suruh Maam guna kuasa Maam, iaitu kuasa penyembuhan. Maam pun kumpul kuasa tu dengan banyak dan akhirnya kurungan tu meletup. Kenapa bole meletup. Sebabnya kuasa penyembuhan memang boleh sembuhkan sel2 yg rosak, tapi bila kuasa tu digunakan secara overdose, sel yang sepatutnya sembuh tadi akan menjadi rosak. Macam kalau kita overdose ubat, ubat tu pulak yg jadi racun. Camtu la teori dia.
Selepas berjaya keluar dari kurungan Maam suruh Tikus Karate bagi ubat pada Dai lalu sementara Maam lawan Zamza. Tapi Tikus Karate tu terlalu tak berguna, dia cuma ada kacang pipit je yang mampu memberi tenaga sebanyak air mata pipit which is almost useless. Tapi Dai kata takpe. Dai mintak Tikus Karate bawa dia ke Pedang Juara. Sampai kat pedang tu nanti baru Dai makan kacang tu. Sebabnya Dai nak guna sekali je kuasa, taknak dibazirkan.
Selepas Dia tengok Maam berlawan, baru dia faham kenapa tenaganya cepat drop lepas guna kuasa naga. Sebabnya dia banyak sangat guna tenaga dengan sia2. Sedangkan Maam pula cuma guna kuasa masa menyerang je which is beberapa saat je. Sebab tu Maam dapat berlawan dengan lama tanpa penat. Kali ni Dai nak buat macam Maam tu.
Disebabkan Zamza terlalu kuat, Maam berjaya ditangkap dan hampir dipenyek. Masa ni Maam nampak Dai dan Tikus Karate dengan susah payahnya pergi ke Pedang Juara. Maam pun terus lengahkan masa sebab dia agak Dai nak buat sesuatu. Akhirnya Dai sampai ke Pedang Juara, dia makan kacang pipit lalu gunakan teknik Libasan Avan ke atas Zamza. Zamza kalah dan kembali ke rupa manusia.
Tapi Pedang Juara tu pula dah rosak teruk. Dorang semua terkejut sebab Pedang Juara pun tak mampu tanggung kekuatan kuasa naga Dai. Zamza tergelak dan bagitau yang pedang tu palsu. Pedang Juara yang sebenar berada di tangan Hadlar. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Zamza sempat hantar kesemua data hasil eksperimen ke ayahnya. Zamza terus mati menjadi debu.
Sampai situ je. Esok ialah hari terakhir citer ni jat Netflix tapi ada 13 episod lagi belum tengok. Kaklong tak rasa mampu habiskan kesemuanya esok. Kaklong sangat sedih. Tapi inilah hakikat yang perlu kaklong terima.
Kaklong dah submit request minta cerita ni lagi kat Netflix. Harap2 Netflix baca la ya. Kaklong bayar rm55 sebulan. Semoga Netflix pedulikan permintaan kaklong 🥺

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^