Progress Farid : BI

Alang-alang dah tulis pasal BM, Iqra' dan Jawi, kaklong complete-kan dengan English.

Kaklong tak pasti progress English Farid sebab kaklong dah abandoning ajar Farid English.

Puncanya, masa yang terhad dan kaklong nak fokus Iqra' dulu. 

Bila progress Iqra' terlalu perlahan, kaklong tambah ajar Jawi. 

Bila cakap masa terhad tu bukan bermakna Farid takde masa. 
Masa dia terhad sebab sepanjang siang dia pergi sekolah. Balik dari sekolah dia beriadah kat padang atau main game. Malam cuma ada 3 jam pi surau, mandi, makan, baca Iqra', main ngan Fatin dan tidur pukul 10pm. 

Bila nak ajar Iqra', Jawi dan BI, rasa macam rush setiap malam. 

Kaklong pernah fikir nak rotate, kemudian kaklong decide buat satu-satu. Lagipun dia belajar semua subjek tu kat sekolah. 
Kaklong cuma tambah sikit one-on-one. 

Jadi kaklong decide BI last sekali la kaklong ajar bila dia dah ok BM, Iqra' dan Jawi. 

Pertengahan tahun lepas, kaklong beli buku Read Easy Phonic untuk ajar Farid BI. Yang satu set ada 8 buku tu. Kotak kaler purple.

Namun begitu, makin baca makin rasa tak ok.

Pertama, lukisan dia buruk tak menarik.

Kedua, kaklong sendiri rasa tak syok ajar dia guna buku ni. Rasa stress masa mengajar.

Pastu kaklong teringat orang selalu sebut buku Peter and Jane. 
Kaklong baca-baca pendapat kat komen-komen social media dan decide nak beli.

Time nak beli tu risau juga. 
Camana kalau tak bagus?

Akhirnya tutup mata je beli. 
Beli kat Shopee, satu set terus sekali dengan kotak. 


Kaklong pastikan gambar dia mesti lukisan orang putih ni. Lukisan dia cantik.


Ada 36 buku kesemua.

Dan serius cakap, Farid cepat pandai baca. Kaklong sendiri pun tak expect dia cepat macam tu.

Patut la ramai orang puji.
Buku ni guna ayat mudah dan berulang-ulang. Anak cepat ingat tanpa paksa. 

Penceritaan dia pun menarik sebab kisah kanak-kanak dan relatable dengan budak-budak yang baca.

Pastu lukisan dia lawa, Farid ralit tengok lukisan tu. 

Selepas Farid masuk ke buku 3, time tu kaklong stop untuk fokus dia Iqra'.

Memandangkan Farid dah masuk Iqra' 4, masuk kelas mengaji dan baca Jawi buku 6, rasanya dah sampai masa dia resume balik buku Peter and Jane ni. 

Semoga akhir darjah 2 Farid dah boleh kuasai salah satu dari 3 subjek ni. 

Mama doakan Farid. 
Aaminn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^