Harini pakai jam hampir sepanjang hari tu yang dapat capai 8000 steps.
Kalau bole nak capai 10k steps tapi kene main psikologi juga. Nak 8000 tapi senyap² target 10k.
Petang tadi masa suami main Animal Crossing saya walking atas walking pad.
Target 1 jam walking. Dapat 3.7km dan 5000 steps. Sampai panas walking pad tu. Walking pad murah je, tu yang panas kot. Ke orang tak naik atas walking pad sampai sejam?
Walking pad saya tu dia punya lebar kecik je tau. Kalau kaki terbabas ke tepi dia seret tapak kaki tu, sakit juga. Saya pula berkaki ayam tadi.
Esok saya pakai kasut/selipar, selesa sikit berjalan. Takde la panas kan.
Ada ke orang jalan atas walking pad berkaki ayam? Ke saya je yang macma.tu? Hew hew...
Ni nak cakap, walaupun jam saya detect
3.7km tapi walking pad tu rekodkan perjalanan saya cuma 3.2km je tau.
Saya suspek jam saya ni ingat saya jalan laju, padahal melenggang kangkung je.
Sebenarnya saya dah lama tak aktif, berat pun nak naik 4kg dari biasa. Jalan 2.4km/jam pun penat masa mula-mula tu. Dah 10 minit baru saya naik ke 3km/j. Try naik ke 3.4km/j tak bole, penat kaki. Sebenarnya bole je tapi saya taknak penat harini. Nak santai je dan nak pastikan berada dalam zon fat burning.
Makanan harini moderate dan low carb (lower berbanding biasa, bukan banding dnegan orang lain). Tak buang minuman bergula, cuma portion kecikkan. Nasi pun portion kecik.
Semoga kurus hujung tahun ni. Aamin



cie pakai kasut atas walking pad. sakit kaki kalau tak pakai apa2. kalau sejam memang panas. pernah buat 5km sehari. pagi 3km, petang 2km. sekali tu je rasanya lepas tu paling lama 3km je.
BalasPadamKan.Saya try pakai selipar. Nanti cari kasut untuk indoor workout pula
Padam