Petang tadi tengok episod 38-40. Harini patutnya last tapi masih ada. Mungkin last tu pukul 2 petang esok.
Jom tengok apa intipati 3 episod ini.
Semalam Zamza mati lalu jadi debu. Mereka balik ke istana Romos dan raja ucap tq apa semua lalu mereka nak pulang semula ke Papnica. Tikus Karate nak ikot sama tapi Popp taknak ajak, last² dorang ajak juga sebab Tikus tu dah tolong dorang lawan Zamza. Sampai kat negara Papnica, Tikus terperanjat gila tengok Buaya sebab terlalu besar dan menakutkan.
Kat Papnica mereka cari maklumat pasal pedang apa lagi yang kuat untuk Dai guna. Tapi mereka disuruh tanya raja negara Teran. Mereka pun pergi ke Teran guna teleport dan raja tu cakap takde pedang pun yang setanding dengan Pedang Naga milik Baran. Tapi raja panggil Merle suruh tilik kat mana lagi pedang yang hebat. Tilik punya tilik akhirnya tilikan tunjukkan kawasa Lankirk. Popp terperanjat sebab itu kampung Popp, jadi Popp bole bawa dorang guna teleport. Tapi Popp tak happy sebab dia lari dari rumah sebab nak belajar dengan cikgu Avan. Akhirnya Dai, Popp, Maam, Merle dan Tikus dibawa ke Lankirk.
Kat sana Popp nyorok² sebab takot dijumpai orang dan dia tunjukkan lorong yang ada kedai jual senjata. Dai tanya itu ke pekerja kedai tu? Popp jenguk dan tak semena-mena menangis tengok "pekerja" tu sebab itu mak dia. Menangislah dua beranak tu kerinduan. Tiba² ayah Popp muncul dan menggigil² pegang bahu Popp. Tiba2 dia smackdown-nya Popp sebab Popp lari dari rumah pastu balik macma takde apa² salah.
Mereka semua bertenang dan dorang tanya pasal senjata. Ayah Pop (Jank) cakap takde senjata yg sehebat dorang nak tu, kalau ada pun Lon je la yang pandai buat yada yada. Popp tersentak. Lon Beruk ke nama orang tu? Ayah dia angguk. Popp pernah terdengar Hyunckle dan Larhart cakap baju besi dorang ditempa oleh Lon Beruk. Dorang pun happy dan pergi berjumpa Lon Beruk.
Lon beruk bagitau yang dia taknak dah buat senjata yang hebat². Sebab orang zaman sekarang ni semua tak hebat. Sia² je buat senjata hebat bila orang tak hebat guna, senjata tu memang tak dapat keluarkan kehebatannya. Lon Beruk suruh Dai amik je senjata mana² yang yg ada kat rumah dia tu pastu pergi dari sini. Dai amik satu pedang pastu keluarkan kuasa naganya. Pedang tu terus pecah. Dai bagitau yang pedang tu tak mampu tampung kuasa naganya. Pedang Kegelapan milik Hyunckle (yang ditempa oleh Lon Beruk) mampu tampung tapi dah pecah dah haritu masa lawan Baran. Bila dengar yang pedang tempaannya lawan pedang naga milik Baran terus Lon Beruk terkejut beruk. Dia tanya sape menang lawan haritu? Dai jawab, seri. Berita ini membuatkan Lon Beruk gembira tak terkata lalu bersetuju untuk buatkan satu pedang khas untuk Dai. Tapi Dai kene carikan dia orichalcum, iaitu sejenis besi (kot) khas. Mana nak cari besi ni? Kemudian dia baru ni teringat yang armor kepala yang raja Romos hadiahkan padanya masa mula² dulu diperbuat oleh orichalcum. Akhirnya merek teleport untk dapatkan armor kepala tu dan teleport lagi untuk minta izin Raja Ramos untuk tukarkan armor tu menjadi pedang. Of course la raja ok je.
Lon Beruk cairkan orichalcum dan belek tangan Dai sepanjang hari. Yang lain² tunggu kat luar.
Sebelum ni Leona ada buat satu plan kan. Plan tu ialah beliau ajak semua negara bekerjasama. Sebelum ni semua negara buat hal masing² sebab tu mudah Bala Kegelapan menang. Tapi kalau semua negara bersatupadu mesti susah Bala Kegelapan menang. Leona pun ajak semua negara datang bersidang. Hampir semua negara datang kecuali negara yang dah hancur diserang Bala Kegelapan. Raja² berbincang pasal masalah ini. Ada raja yang elok, ada juga la raja yang sombong.
Dalam tengah bersidang tu tiba² muncul satu gergasi kat pelabuhan Papnica. Buaya pelik macamana bole tiba² muncul, korang tak nampak ke dia datang dari jauh. Askar kata tak nampak sebab ada kabus tebal. Dengar je kabus tebal Buaya terus sentap. Rupanya itu Mystvern. Gergasi yang muncul tu sebenarnya tempat Komander Legion Kegelapan selalu meeting iaitu Istana Batu Diraja.
Ingat tak haritu Hyunckle dan Buaya pergi jejak komander kegelapan tapi mereka dah pindah pastu Hyunckle ikot jejak tapak kaki? Haa rupanya istana batu diraja tu bukan bentuk istana je, tapi dia ada kaki tangan apa semua macam gergasi. Sebab tu istana tu bole pindah randah.
Askar² kat Papnica (termasuk la dari negara lain yang join summit tu) balas serangan istana batu diraja tapi istana tu sikit pun tak efek.
Di tempat Lon Baruk Merle dapat firasat yang negara mereka diserang oleh satu kuasa yang dasyat. Merrka semua nak ke sana tapi Lon Beruk halang Dai. Katanya Dai kene saksikan sendiri kelahiran pedang ni, sebab pedang yang dia buat ni ada jiwa. Tanpa Dai disini pedang ni takkan sampai ke potensi yang sepatutnya. Sebab armor yang akan pilih tuannya. Jadi 'dia' kene kenal Dai. Akhirnya mereka semua teleport ke sana kecuali Dai.
Melihat keadaan yang kacau bilau Popp terus nak lawan gergasi istana tu untuk melengahkan masa. Maam nak ikot, lalu Popp pimpin Maam sambil terbang ke arah gergasi (romantik kan). Mystvern hantar ratusan askar lawan dorang sampai tak menang tangan dibuatnya. Popp nak lancarkan satu magic ni tapi teringat gurunya larang guna magic tu sebab itu magic terlarang. Siapa guna nyawanya akan dipendekkan. Avan dan beberapa wira selalu guna teknik larangan akibatnya mereka semua mati muda. Tapi Popp rasa dia takde pilihan lalu dia guna juga teknik terlarang itu. Akhirnya semua askar Mystvearn hancur.
Tiba-tiba ratusan askar yg sama lagi sekali datang serang. Rupa-rupanya askar tu hanya boneka je. Lepas hancur mereka akan bangun balik sampai bila². Popp merungut-rungut. Habis kalau macam ni bila nak menang. Apa patut kita buat untuk hapuskan askar tak bernyawa ni?!
Tiba-tiba bumi terbelah dan semua askar boneka tu jatuh ke dalam belahan bumi tu. Tiba² satu suara cakap yang dia kecewa dengan Popp cakap macam tu. Sepatutnya anak murid Avan akan terus berusaha. Kalau askar ni bangkit berapa kali pun, kene lawan sampai bila² bukannya merungut. Rupa-rupanya itu adalah suara Hyunckle. Hyunckle muncul dengan bergayanya. Uishh, berlagak betul. Dah la selalu muncul di waktu yang tepat, Popp merungut dalam hati. Hyunckle cakap dia tak bole teruskan training sebab bising sangat kat sini. Terpaksa dia datang untuk senyapkan sikit. Memang berlagak la kau Hyunckle. Naseb baek kau Mr. Perfect 10
Hyunckle pun lancarkan serangan ke atas gergasi istana. Tiba² Mystvearn muncul. Nampak je Mystvearn, Hyunckle suruh dorang berundur. Lawan punya lawan akhirnya Hyunckle berjaya "ikat" Mystvearn dan paksa Mystvern cederakan diri sendiri. Namun usahanya gagal. Mystvern berjaya lepas dari ikatan dan cederakan Hyunckle dengan teruk. Hyunckle terkejut. Mystvearn gelak dan cakap Hyunckle dah lebih lemah berbanding semasa jadi geng kegelapan haritu lalu dia terus drop Hyunckle dari gergasi istana yang tinggi tu.
Remind you yang baju besi Hyunckle ni berat nak mampus menyebabkan Hyunckle jatuh dengan sangat laju. Tak semena-mena Maam menerpa dan sambut Hyunckle. Hyunckle terkejut gila sebab tindakan Maam tu sangat bahaya. Mystvearn cakap bukan bahaya tapi sia². Hyunckle dah takde nilai dah. Dulu Hyunckle sangat hebat disebabkan kebencian dan dendam yang membuak² dan disekalikan dengan kebaikan yg ada dalam diri disebabkan dia terhutang budi juga dengan cikgu Avan yg ajar dia macam² ilmu. Gabungan benci dan sayang ni membuatkan aura dalam diri Hyunckle tu sangat hebat. Tapi sejak join Dai, aura kegelapan Hyunckle dah hilang menyebabkan aura dia lemah. Kaklong pun tak paham apa Mystvearn merepek kat sini. Biar je la. Kartun je pun.
Popp dan yang lain datang untuk membantu. Rupa-rupanya itu satu perangkap. Bila mereka dah berkumpul kat situ, Mystvearn pun hasilkan satu web yang 'ikat' mereka semua sampai tak bole bergerak. Melihat keadaan yang getir itu, Hyunckle cepat² bangkitkan rasa kebencian terhadap Mystvearn untuk dapatkan kembali aura kegelapan demi menjadi sehebat dulu. Aura kegelapan mula menyelubungi Hyunckle dari kaki dan merebak ke atas. Tiba² Maam suruh berhenti. Maam taknak Hyunckle diselubungi rasa benci lagi. Kalau nak lawan, lawan la dengan aura keadilan, aura keadilan pun bole menang juga. Lagipun Maam dah tak sanggup nak tengok mata Hyunckle yang penuh kebencian seperti dulu.
Hyunckle tersentuh dengan kata² Maam lalu dia lancarkan satu serangan terhadap Mystvearn lalu 'ikatan' disekeliling dia dan Maam hancur. Semua terkejut tengok 'ikatan' tu dihancurkan dengan mudah. Rupa-rupanya Hyunckle ter-guna teknik belah udara cikgu Avan. Hyunckle dan Dai dua² tak sempat belajar tenik belah udara dari cikgu Avan. Jadi teknik ni dia berjaya kuasai dengan belajar sendiri. Hyunckle pun macam tak percaya dengan dia berjaya kuasai teknik tu.
Hyunckle ucap terima kasih pada Maam atas kata² tu dan mulai hari dia akan fokus pada keadilan yada yada. Maam pun rasa terharu dengan kata² Hyunckle. Pada waktu ni topeng Mystvearn terpotong sikit lalu sebahagian kecil mukanya terdedah. Tiba-tiba dia mengamuk sebab orang nampak muka dia. Mystvearn lancarkan serangan yg berlipat kali ganda lebih kuat sampai mereka semua menjerit². Popp kata jangan la touchy, lagipun aku tak nampak pun muka kau (Mystvearn berdiri membelakangi Popp sepanjang masa).
Pada waktu ni orang suruhan Mystvearn dah jumpa tempat persembunyian Leona dan Mystvearn angguk² dengan berita terkini itu. Dalam masa yang sama pedang Dai dah siap sepenuhnya. Dai cuba hunus pedang tu tapi gagal. Lon Beruk kata pedang tu akan terhunus dengan sendiri bila waktunya yang sesuai. Dai pun angguk.
Sampai situ je kaklong tengok. Hari ni hari last citer ni kat Netflix. Kaklong pun tak larat nak tengok tengah malam ni. Esok pagi mungkin dah takde dah citer tu.
Sedih kan tak tau sambungannya. Ada 10 episod lagi belum tengok 🥺

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^