Dragon Quest Episod 26-29
Dragon Quest
Episod 26-29
Baran seru 3 Pendekar Naga, ceritakan pasal kewujudan Dai dan ajak mereka bersama² amik Dai.
Dai dah hilang ingatan. Puteri Leona amik keputusan untuk bertemu dengan Raja negara Teran (negara dorang berada sekarang) dan untuk dapatkan perlindungan. Raja bersetuju untuk beri perlindungan tapi tak dapat buat apa² untuk bantu berperang. Sebab Teran ni jenis aman damai dan takde tentera. Rakyat dia semua jenis tak bergaduh dan cuma berdoa je. Tiba² Merle dapat ramalan (dia kan peramal) yang ada 4 kuasa kuat sedang otw ke Teran. Dorang terkejut la cepatnya Baran datang balik, siap bawa geng lagi.
Mereka kurung Dai yang kebingungan tu dalam penjara supaya Baran tak dapat cari Dai. Dalam pada tu mereka usaha bagi Dai ingat balik tapi Dai langsung tak ingat apa² pasal dorang.
Popp cakap alang² tak bole buat apa2 better pergi (lari) je dari sini. Kalau lawan Baran pun bukan bole menang. Sia2 je protect Dai yang langsung tak ingat apa² tu last² nanti kita semua mati for nothing. Dorang semua terperanjat dengar Popp cakap macam tu. Kau dah kenapa. Kan dia kawan kau? (Waktu ni cuma Popp n Dai je kat situ. Maam dan Hyunckle kan takde time ni. Yang ada cuma Leona, Buaya dan Merle yang takde kene mengena ngan Avan). Popp cakap kawan apa? Bukan dia kenal pun aku. Lagipun dia bukan manusia pun. Pastu Leona tampor Popp. Dia kata pergi la nak pergi sangat. Popp pun pergi. Merle kejar Popp dan cakap yg dia kecewa dgn Popp dan tak suka dah Popp lagi.
Popp terus lari keluar dari istana. Rupa-rupanya Popp nak pergi serang Baran n the geng sendirian untuk lemahkan mereka sebelum serang Teran. At least itu yg dia bole buat. Popp sengaja cakap bukan² tapi supaya Leona tak ikut sama.
Akhirnya Popp jumpa Baran n the gang. Baran suruh 3 pendekar tu uruskan Popp, Baran pergi dulu. Tapi Baran ingatkan dorang supaya jangan pandang rendah pada Popp sebab Popp ni kuat gila.
Popp pun terus serang naga yg mereka tunggangi lalu naga2 tu mati. Popp tu terus serang dorang guna magic tapi Popp terlalu lemah untuk mereka. Pendekar Laut nak 'main' lagi tapi Pendekar Bumi cakap tak payah main² lagi la, buang masa je, better bunuh terus. Kita nak pergi kat Baran pulak ni. Pendekar Laut setuju dan campak Popp ke lembing. Tiba² Popp terus diselamatkan oleh naga. Rupa-rupanya ada sekor naga terlepas iaitu milik Pendekar Angin. Pendekar Angin kata korang taknak main takpe, biar aku seksa budak ni sampai lunyai. Biar dia mati dalam derita. Popp menjerit kesakitan dan rayu supaya bunuh je dia sebab tak sanggup menderita. Naga Pendekar Angin terus ngap Popp. Tak semena-mena Popp lancarkan magic masa tengah ngap tu dan naga tu terus mati. Tengok naga dia mati, Pendekar Angin merentan kat situ.
Pendekar Angin naik angin dia pun lempor feather putih mencucuk ke dada Popp. Popp balas serangan dengan magic tapi magic dia tak berfungsi. Pendekar Angin gelak. Dia kat feather putih tu menyekat magic, jadi magic Popp dah tak berfungsi. Pastu dia lempor pulak feather merah yang sekat fizikal yang menyebabkan Popp paralyzed. Pendekar Angin pun lancarkan serangan terakhir tapi serangan tu ditepis oleh sesuatu. Pendekar Angin mencari² siapa yang tepis.
Dari kejauhan kelihatan seorang lelaki berdiri gagah di atas bukit. Lelaki tu lompat turun dan papah Popp. Popp tengok dia lalu berkata "Engkau ke? Aku taknak jumpa pun engkau". Lelaki itu ialah Hyunckle. Oh my God. Makin lama tengok citer ni, makin kaklong adore dengan Hyunckle. Dia ni sokmo je muncul selamatkan orang.
Dalam episod lepas² Hyunckle pergi tracing tempat meeting Komander Legion. Trace tu berakhir kat kawasan laut atau tasik. Hyunckle pun patah balik dan nampak peperangan baru je berakhir kat Negara Carl (kalau tak silap). Ada sorang tentera tu nak amik mayat abang dia yang tertimbus. Dia citer yang abang dia dah mati dibunuh oleh seorang yg sangat hebat. Orang tu keluarkan cahaya dari dahi dan terus tembus ke dada abang dia. Hyunckle pun macam eh, cahaya dari dahi? Lepas tu dia nampak dada mayat tu sama dengan logo dahi Dai. Dia terus trace orang hebat tu dan lead dia kepada Popp yang tengah lawan 3 pendekar naga.
Maka berlakulah perlawanan antara Hyunckle dan 3 pendekar naga. Lawan punya lawan akhirnya Pendekat Angin dan Pendekar Laut tewas. Tinggal Pendekar Bumi je (lepas ni kita panggil dia Larhart - ni nama dia). Mereka pun lawan² tapi Hyunckle makin kalah sampai hancur perisai besinya. Sambil lawan, sambil perang mulut juga dorang ni sampai la Larhart dedahkan kisah tragik Baran.
Kisahnya Satria Naga ni memang ada satu je dalam satu masa, tapi ni kali pertama ada 2 Satria Naga wujud sekali. Satria Naga keje dia cuma berlawan je sampai mati, takde keje lain selain lawan. Bila dah nak mati tu, naga akan duduk dekat dia dan serap nyawa dia. Pastu naga akan pergi ke tempat yang jauh dan keluarkan Satria Naga baru yang berupa seorang baby. Jadi Satria Naga memang takde mak ayah. Dia muncul macam tu je kat mana².
Dalam 15 tahun lepas, Hadlar merosakkan bumi dengan membunuh manusia. Tapi yang hapuskan Hadlar masa tu ialah seorang manusia bernama Avan, dan bukannya Satria Naga (Baran) seperti yang sepatutnya berlaku. Sebabnya time tu Baran tengah berlawan dengan dorang lagi syaitan (selepas alih bahasa) yang jauh lebih kuat dari Hadlar. Baran cedera teruk lalu dengan baki kudrat yang ada dia mengesot² ke tasik abadi utk pulihkan kecederaannya. Tinggal sikit je lagi nak sampai tapi dia dah tak berdaya. Tiba-tiba muncul gadis cantik suapkan dia air tu. Gadis tu rupanya anak raja.
Dipendekkan cerita mereka pun bercinta dan kahwin. Tapi pembesar tak suka orang asing jadi bakal raja. Mereka pun hasut raja dengan bagitau Baran ni bukan manusia yada yada. Baran pun dihalau dari negara tu. Rupa-rupanya time tu isterinya mengandung so Baran dan isterinya memencilkan diri dan hidup aman damai jauh dari orang lain.
Tapi manusia ni tak puas hati juga dorang cari juga Baran. Akhirnya Baran serah diri (untuk dihukum bunuh) dan anaknya Dino yang masih baby (hibrid manusia dan Satria naga) akan dibuang jauh. Pada waktu hukuman (pembunuhan) itu dijalankan tiba2 isterinya halang serangan tu lalu isterinya yang terbunuh. Sejak tu Baran benci betul dengan manusia dan join Vearn untuk bunuh manusia.
Lepas citer semua mereka sambung lawan lagi dan akhirnya Hyunckle menang di saat2 akhir. Baru ingat dah menang, Pendekar Laut muncul dan gunakan Popp sebagai tebusan. Hyunckle disuruh serah diri kalau taknak kepala Popp Hyunckle akhinya lepaskan pedang dna serah diri tapi Popp tak bagi. Popp cakap kau tak bole mati sebab kau hebat. Takde sape dah yg tinggal untuk lindungi manusia kecuali kau. Aku takpe mati, aku bukan kuat pun. Lagipun ada orang akan menangis kalau kau mati. Kau jangan bagi dia menangis. Hyunckle tau Popp merujuk pada Maam tapi Hyunckle cakap yang dia tak mampu nak beri cinta sebab dia malang. Jadi dia nak bawa musuh pun ikot sama malang macam dia.
Pendekar Laut gelak lalu hayunkan senjata untuk bunuh Hyunckle. Tiba² satu lembing terbang tepat ke mulut Pendekar Laut lalu terus mati. Larhart yang baling lembing tu (tak mati lagi rupanya). Popp dan Hyunckle confuse, kenapa tolong kami? Larhart cakap dia tak bole terima Pendekar Laut menang dengan cara ugut² macam tu. Apalagi guna manusia untuk ugut manusia. Lemah. Lagipun Larhart ni separuh manusia juga.
Dia pun cerita la ringkasan kisah hidup dia. Ayah dia syaitan (selepas translate) mak dia pula manusia. Dia memang kene palau dari kecik lagi. Dengan mak dia sekali kene palau. Kemudian Baran amik dia jadi anak angkat. Itu yg dia dia faham sangat apa yg Baran rasa. Dan dia pun faham apa yang bakal Dai lalui.
Berjurai air mata Hyunckle dan Popp dengar kisah tu. Larhart tergelak tengok dorang hati tisu. Dia ada satu permintaan. Dia minta Hyunckle terima baju besi dia ni dan pergi selamatkan Baran. Lagipun Larhart memang tengah nazak nak mati dah pun. Hyunckle terima permintaan itu.
Baran sampai kat negara Teran. Buaya dah lama tunggu. Baran pun ejek mereka sebab sampai hati hantar kawan yang lemah macam sorang² tu lawan Baran dan Pendekar Naga. Leona dan Buaya terkejut sebab tak sangka Popp buat macam tu, ingatkan Popp dah lari.
Buaya dan Baran pun fight. Buaya cedera teruk tapi Leona cepat² pulihkan guna magic pemulih. Itulah taktik Buaya. Disebabkan dia tak mampu kalahkan Baran, dia akan pulihkan diri banyak kali sampai Baran kehabisan tenaga. Sambil tu Buaya tunggu orang datang tolong.
Baran mengejek, orang mana pula nak datang tolong tu? Tapi buaya yakin pasti ada orang datang tolong. Baran malas cakap banyak, dia pun serang untuk tamatkan riwayat buaya. Leona cuba halang Baran, tapi Barang lancarkan petir kepada Leona. Leona yang tak reti lawan tu mana la nak elak.
Tapi dari kejauhan sebilah lembing muncul lalu mematahkan serangan Baran. Lembing tu kepunyaan Larhart. Baran pun bengang, kau dah kenapa halang aku? Sambil pandang. Terkejut dia tuan lembing tu bukan Larhart tapi Hyunckle yang sedang papah Popp. Kan kaklong dah jata Hyunckle ni suka muncul saat akhir. Bergaya pula tu.
Hyunckle cakap semua pendekar naga dah mati. Baran tak percaya, kau tipu! Hyunckle kata kalau tipu takkan kami berada kat sini. Baran ejek Hyunckle sebab curi baju besi Larhart. Hyunckle cakap tak curi tapi Larhart yang bagi supaya kami dapat selamatkan kau!
Hyunckle pun bagi ceramah panjang² pada Baran untuk sedarkan Baran bahawa perbuatan dia ni semua salah. Ceramah Hyunckle tu sunggu menyentuh hati okay, tapi Kaklong sendiri pun tak ingat dah apa dia cakap.
Akhirnya Baran geram sangat dia pun buang rupa manusia ni lalu transform menjadi manusia naga. Siap ada sayap, taring tanduk semua. Semua tergamam tengok perubahan rupa Baran.
Sampai situ je episod 29. Ada 21 episod lagi dalam 3 hari. Mampu ke kaklong korang? Mampu ke 21 episod lagi?
Macam kaklong cakap tadi, makin lama tengok makin suka pula Kaklong kat Hyunckle. Dia punya masculinity memang over the top. Tapi Popp masih tetap menawan hati kaklong. hew hew
Kaklong memang minat lelaki yang ada flaw dan kelako. Tapi last2 kawen ngan lelaki yang senyap dan sempurna macam Hyunckle. Hew hew.
Hyunckle dengan baju besi asal
Hyunckle dengan baju besi baru
K la. Jumpa lagi esok dengan 5 episod lagi inshaaAllah


Ulasan
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^