Kacip Fatimah Phytoplus UTM : Ikhtiar Kaklong untuk Mengandung, in shaa Allah..

Hai..

Dalam entry tentang pengalaman check kesuburan haritu, Kaklong ada mention consume kacip fatimah kan..

Ada beberapa rakan yang email dan whatsapp Kaklong bertanyakan tentang ubat tu..
Untuk pengetahuan korang Kaklong amik Kacip Fatimah Phytoplus keluaran UTM.

Ni Kaklong paste kan dia punya info:

EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM di jamin bersih dan halal kerana kajian saintifik dilakukan oleh penyelidik UTM yang mempunyai makmal sendiri dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM. 

Ia adalah ekstrak (pati) 100% dan bukan seperti kebanyakan keluaran lain yang menggunakan serbuk batang kayu.

Sesuai untuk wanita yang : 
1. CEPAT LETIH
2. HAID TIDAK TERATUR
3. KEPUTIHAN yang BANYAK
4. SENGGUGUT yang TERUK

Kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah:
1. Mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau kitaran haid yang tidak teratur. 
2. Mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau daripada faraj.
3. Merawat kecederaan dan mengecutkan Rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran.
4. Menambah kecergasan dan tenaga selepas bersalin
5. Menambah tenaga dan syahwat semasa hubungan intim bersama suami
6. Melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot
7. Merangsang pengeluaran hormone untuk melancarkan perjalanan darah dan kitaran haid sekaligus mengurangkan sakit senggugut
8. Mengurangkan sakit senggugut
9. Mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
10. Mengurangkan risiko ‘turun rahim’ atau prolapse
11. Mengurangkan masalah menopause seperti rasa panas, kekeringan dan mood yang tidak menentu 
12. Melancarkan proses kelahiran bayi (diambil pada minggu kehamilan ke-38)

13. Mencegah pembiakkan sel prakanser
14. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
15. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
16. Melewatkan proses penuaan.
17. Mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.

Cara Pengambilan : 
Kacip Fatimah Phyto Plus (60 caps) untuk penggunaan 2 bulan 

Ambil setiap hari KECUALI ketika haid dan hamil.

 Harga : RM 90.00 - 60 KAPSUL  

Kaklong jenis tak makan ubat-ubatan, namun produk ni rasa yakin sebab undr UTM

Apapun, keberkesanan untuk mengandung tu tak sure, tapi sejak makan, period Kaklong slow2 kembali teratur..

Bulan pertama tu ok, period keluar cam biasa..
Bulan kedua dan ketiga tu, banyak dan sakit senggugut...

Walaupun begitu, rezeki anak belom lagi..
Mungkin kene juga turunkan berat badan, baru ok..

Kaklong pun dah stop diet atkins, cuma diet low carbs biasa je iaitu tak amik minuman manis, kudapan. NAsi sekali sekala, mi dan tepung pun sekali sekala.. Kalo makan nasi, nasi tu sikit je, sayur yang banyak..

Tapi berat tak turun.. Huwaaaaaaa

Okay, baru2 ni Kaklong beli lagi kacip fatimah tu dan buat satu video syok sendiri....
Sudi-sudikan la menonton.. :D


Korang yang nak try, Kaklong suggest order kat myhalalmall
Sebab respon dia pantas dan cepat giler pos..
Puas hati..

Ada tak petua ikhtiar mengandung yang korang tau?
Sudi-sudi la share utk Kaklong amalkan.. ^_^

Review : Ebook Cara Mudah Simpan Wang

Hai..

Salah satu perkara yang Kaklong perlu buat tapi susah nak buat ialah simpan wang...
Bila dapat duit Kaklong rasa rugi pula simpan..

Sebabnya, kalo ditadirkan mati esok, rugi je simpan duit sampai sejuta..
Kalo belanja dapat makan sedap-sedap, baju mahal-mahal, beg dan kasut cantik..
Betul tak?

Pastu terfikir pula, kalo ditakdirkan mati pada usia 100 tahun..?
Umur 80 mungkin tak larat nak kerja kuat dah..
Kalo larat pun keje yang simple2 dan gaji pun murah je..

Mak ayah kita bole la duk relax kat rumah sebab itu adalah rumah mereka sendiri, takyah bayar sewa..
Kita?
Sekarang pun sewa RM600 tu kira murah dah..
PAda usia 80 nanti berapa sewanya? Usia 100 tahun nanti berapa pula?
Sekarang rata-rata kita nak buat loan rumah pun tak layak..
T___T

Kalo ada simpanan, in shaa Allah bole survive tanpa perlu jadi gelandangan di usia tua kelak..
Macam extreme sangat je imaginasi Kaklong ni kan.. :D

Lepas baca eBook Cara Mudah Simpan Wang ni, baru faham kenapa Kaklong payah nak menyimpan wang..

Niat dan keinginan tu memang ada, lama-lama lupa pulak..
Pastu teringat balik, pastu lupa... Dan begitu la seterusnya..
Lepas baca buku ni rasa termotivasi nak menyimpan semula..

Dalam buku ni ada cerita kenapa kita susah nak saving dan ia guide kita cara mudah simpan duit yang siapa-siapa pun bole praktikkan..
Mudah je rupanya..
Yang tak mudah ialah nak jadikannya tabiat.. Dalam ni pun ada bagitau camana nak develop tabiat menyimpan.

Penulisannya pun ringkas dan menggunakan Bahasa Melayu tinggi yang mudah difahami...

Sape yang rasa susah nak menyimpan tu bole la dapatkan ebook ni kat SINI
Harganya cuma RM59..

Ia didatangkan sekali dengan ebook 7 Perangkap Kewangan..
Ha? Apa tu...?
Jeng jeng jeng!

Kalo nak tau kene la dapatkannya..

Rasa pelik juga apa tu perangkap kewangan kan..
Lepas baca, baru nampak logiknya..
Perangkap tu berlegar-legar di sekeliling kita, sama ada sedar atau tidak..

Bagus juga dapat tau awal2, bole berhati-hati sebelom terjebak.

Selain dapat dua ebook ni, kita juga akan dimasukkan ke group tertutup FB : Bincang Wang
Kat sini banyak lagi hal-hal kewangan yang kita bole dapat dan sentiasa updated.
Seronok kan!
Sekali je bayar, tapi manfaat berterusan..

Okay,
Sabar ya, jangan beli dulu.. Belom abes cerita lagi ni..
Nak citer pasal DISKAUN pula.. :D

Istimewa untuk pembaca Blog Kaklong, penulis nak bagi diskaun kat korang semua..
Time korang contact dia nanti korang bagi password : KAKLONG
Karang dia faham la tu dan tanpa banyak tanya terus bagi diskaun kat korang semua..

Huuuuu..
Best kan.. Best kan..
Okay, sekarang bole klik untuk beli...

Semoga bermanfaat ^^.

Bye

Kat Mana Nak Beli Bra Pelbagai Saiz dan Harga Berpatutan?

Hai...

Entry khas untuk wanita sahaja. Share pengalaman dan informasi kepada wanita yang mencari. Lelaki tak perlu baca k.. 

Ni pengalaman peribadi tau..
Khas untuk yang berpayudara besar (C ke atas..)

Kat mana nak beli bra yang sesuai dan harga berpatutan ni memang sangat memenatkan bagi Kaklong..

Kebiasaanya nak cari saiz yang betul dan selesa dengan harga yang murah okay boleh dikatakan takde je.. Jeles bila temankan kawan beli, dia dapat RM10 je sehelai.. Pelbagai warna dan design pulak tu... Jeles! Jeles!

Untuk Kaklong harga confirm RM39 ke atas (paling murah)..
Kalo murah lagi mesti tak selesa atau tak muat..

Sedih tau..

Nak cari selesa kene gi Parkson jenama Triumph, tapi tak mampu... Haaaaaa...
Sehelai je dah RM100 paling murah, design tak banyak, saiz pun tak menepati...
Kalo yang okay (tapi masih belom betul dan tak cukup selesa) RM180 ke atas..

KIta pun sedar diri la juga takat mana je kemampuan kita ni...

HAritu beli juga sebab dah terpaksa..
Menangis rasa hati kesian tengok abang jelaurkan note RM50 sebanyak 4 keping demi isteri tercinta..

Pastu sejak 2 tahun lepas Kaklong jumpa satu tempat yang paling best untuk beli bra ni..
Kat Pasaraya Aeon
Itu la tempat paling best..
Ada saiz sampai D dan DD pun ada juga tapi tak banyak la..
Jenama yang korang perlu geledah ialah jenama Scarlet.



Contoh bra beli kat Aeon.,
Design Scarlet hampir semua rupa macam ni...
Harga pun murah je, RM30 sehelai, sedap pakai, bole la pakai setahun..
Kalo pandai jaga anjak ke dua tahun...

Satu lagi yang Kaklong tau untuk saiz besar sampai E, G bole dapatkan kat Xixili..
Apapun, Kaklong tak pernah pergi..
Cuma perkongsian dari kawab-kawan..

Tapi harga kat situ mahal sikit, namun selesa dan full support..
Harga dalam RM300 sehelai macam tu...

Mungkin kita rasa macam tak kuasa aku nak beli harga RM300, tapi kalo yang dah takde saiz tu terpaksa je la beli.. Takkan tak pakai pula...

Ada tempat-tempat lain lagi yang korang nak kongsikan..?

Review Filem : Jack Reacher Never Go Back

Hai..

Kaklong dah tengok citer Jack Reacher
Tulisan pink tu spoiler.. Jangan baca tau kalo belom tengok..


Korang yang dah tengok Jack Reacher pertama dulu pasti tau yang dia ni adalah polis tentera yang dah bersara dan hidup low profile tanpa jejak.

Kali ni dia selalu tolong sorang mejar perempuan ni dan selalu calling-calling sampai la dia decide nak datang secara mengejut dan bawak mejar tu gi dinner. Namun dia yang terkejut kerana mejar tu telah ditahan atas kesalahan pengintipan. Jack tak puas hati lalu mula siasat perkara ni..

Siasatan tu membawa dia kepala maklumat yang tak disangka-sangka iaitu dia ada anak perempuan, padahal dia tak tau pun.. Pastu dia dapat tau yang ada orang nak bunuh mejar tu yang masih dalam tahanan, lalu dia gi larikan mejar tu. RUpa-rupanya mejar tengah siasat kejadian tembakan yang melibatkan dua tenteranya di Afghanistan. Yang pelik, tentera tu ditembak dengan menggunakan peluru pihak tentera sendiri. Mas atengah menggali tu la mejar tu tiba-tiba kena tahan. Dan orang jahat ni pula nak tangkap anak perempuan dia sebagai tebusan, lalu Jack larikan anak perempuan tu sekali.. Dan mereka bertiga bersama-sama siasat kes tersebut.

Review:

Cerita ni biasa-biasa je...
Tak ada apa-apa kelainan berbanding cerita penyiasatan dan pelarian sebelom-sebelom ni..
Kemisteriannya tahap biasa-biasa, plot predictable, siapa dalang sebenar pun predictable.
Memandangkan hampir semuanya predictable, unsur suspense dalam filem ni teramat kurang...

Kaklong puji dengan babak aksi dalam cerita ni..
Tak kelam kabut, dan amik berat titik fokus mata penonton dalam aksi lawan-lawan dan tembak menembak.
Aksi pun tak meleret-leret membuatkan tak rasa mengantuk..

Namun plotnya sedikit meleret..
Meleret menyebabkan kita dapat predict apa yang akan berlaku selepas itu..
Tu yang tak syok sikit...

Skripnya ringkas dan biasa-biasa je..

Lakonan pun biasa-biasa aje..
Bagus je semua...

Bila keluar dari panggung, dah tak ingat dah citer tu tentang apa..
Bermaksud ia sangat biasa dan takde kelaianan yang buat ia melekat dalam kepala..
Biasanya balik rumah Kaklong tak sabar nak taip review, tapi untuk filem ni Kaklong tak rasa pun nak taip review..

Bukan buruk.. Bukan tak best,,
Biasa je..

Rasanya citer ni terkebelaang dikit dari zaman..
MAcma movie 90-an macam tu..

Tengok mission impossible first zaman Tom Cruise muda-muda dulu lagi best...
Melekat mata kat TV walaupun dah tengok 40 kali..

Dah nama sekuel kan, mesti nak banding..
Jack Reacher first dulu adalah jauh lebih best dari yang second ni..
Yang first tu ada misteri, ada aksi yang mendebarkan dan kehebatan Jack yang tak disangkal..

Dalam citer kedua ni, Jack macam biasa-biasa je..

Hahaha,, MAcma tak tau nak tulis apa..
Sebab biasa-biasa je cerita dia..

Kaklong suka pun sebab dapat menatap kehenseman Tom Cruise..

Kalo tengok balik, filem Tom Cruise kebelakangan ni asyik tak bagus je..
Mungkin dia kene move on ke watak lain pula..
Kalo korang perasan kebanyakan filem yg beliau lakonkan kebelakangan ni adalah yang dia sendiri produce..
Mungkin dah sampai masa dia terima watak bukan hero aksi. Masih hero tapi bukan aksi sebab..
Sebab dia hensem giler, suara sedap.. BAwak apa2 watak pun best,,
Tapi dia nak gak ngn aksi..

Well, ni pendapat peribadi Kaklong je la..

Kaklong suka sangat watak yang dia bawa dalam filem Jerry Maguire, A Few Good Man, Valkyrie,dan The Firm. Ni bukan citer aksi lawan-lawan tapi debor giler tengok..
HArap dia bawak watak macam ni pula..

Biasa-biasa punya pasal Kaklong bagi 3 out of 5

Patutnya 2.5 je sebab takde benda yang tak best dalam citer ni, dan takde benda yang best juga...
Tapi dalpat 0.5 extra sebab Kaklong minat giler kat dia..
Hohoho...

Bye

Lawak Solo Minggu Pertama

Hai.

Malam tadi Kaklong tengok Lawak Solo episod pertama..
Bukan nak tengok sangat.
Saje je buka sebab takde citer best malam tadi..
Mungkin memang Astro sengaja tak buat citer best channel lain supaya kita semua tengok.
Haha...

Rupa-rupanya best juga rancangan itu..
Walaupun pesertanya bukan pelawak profesional, tapi style bole tahan gak pro.


Lawak Solo ni dihostkan oleh Johan (Raja Lawak).
Ada 3 orang juri yang akan komen persembahan peserta iaitu Saiful Apek dan Dato' AC Mizal.
Dan sorang lagi juri jemputan, bagi episod pertama ni, Fazura la orangnya..

Para pesertanya ada 10 orang iaitu:
1) Mad Sabah
2) Nizam
3) Hafiz
4) Wan Gegau
5) Daniel
6) Aaron
7) Ridzuan
8) Dinn
9) Fikry
10 ) KC






Episod pertama malam tadi Kaklong tak expect bagus sangat..
Dulu dah tengok School of Lawak, setakat 2 episod je, sebab tak best.. T___T
Kali nk tak nak expect apa-apa.

Namun, persembahan dorang bagus juga..
Peserta awal-awal tu mungkin kaku sikit, ye la persembahan pertama kan, tersekat2 juga la..
Pastu dah masuk 3 peserta, semua dah dapat momentom dan flow masing-masing dah ok..

Susah tau lawak solo aka stand-up comedy ni..
Kalo senang pasti Maharajalawak Mega semua nak buat solo..

Persembahan yang bagus Kaklong suka Wan Gegau dan Fikry..
Yang lain pun bagus, cuma dua persembahan ni yang Kaklong teringat-ingat..

Pemarkahan dia pun bagus juga, 70% dari juri, 30% lagi dari undian penonton..
Kiranya bukan judge popular la..
Nampaknya Astro betul-betul serious nak cari pelawak baru..

Rasanya next week kalo free lagi la..
Hari Jumaat pukul 10 malam kat Astro Warna dan Mustika HD

Bye

Cara Pilih Bra yang Sesuai untuk Jenis-jenis Payudara yang Berlainan

Hai..

Entry ni untuk wanita sahaja dan ada gambarajah seksi yang keterlaluan (90sx), maka lelaki please jangan baca k...

Ingat tak haritu ada share jenis-jenis bra yang dijual kat kedai..
Harini nak reveal bra yang sesuai untuk jenis payudara masing-masing.

Info ni Kaklong dapat kat SINI.

Payudara dengan cup kecil, bentuknya lebih memanjang (tak membulat), sesuai pakai jenis plunge bra. Ia akan bantu naikkan bentuk payudara supaya duk kat tengah-tengah. Ada jenis yang ada padding kat bawah cup untuk beri volume pada bentuk payudara kecil.

Bagi yang mempunyai saiz  yang ketara tak sama saiz kiri kanan, ada sejenis bra yang padding dia bole ditanggalkan. Jadi sebelah tu pakai ada pad, sebelah lagi takde pad; maka kedua2nya akan rasa selesa.. :)

Payudara jenis menjarak (ada ruang kat tengah-tengah dada) dan terkeluar ke kiri kanan, digalakkan pakai t-shirt bra. Dia ada bentuk mangkuk yang menolak payudara ke tengah..

Jenis menjarak juga seperti kat atas, cuma lebih penuh dan tak jatuh; sesuai pakai plunge bra.

Bagi jenis nampak kecil kat atas tapi ia membulat ke bawah (kebiasaanya saiz besar), full-coverage bra lebih sesuai. Ia akan beri sokongan yang secukupnya, menolak bentuk payudara ke atas dan buat kita rasa selesa.

Jenis yang membulat penuh di atas dan bawah sesuai pakai pakai jenis unlined bra (takde padding, takde line yang memberi bentuk kepada payudara. Ia kekalkan bentuk asal si pemakai)

Bentuk yang paling sempurna (bole dikatakan) bole pilih mana2 jenis bra. Tak kesah..

Sebenarnya apa2 jenis bra pun kita boleh pakai asalkan selesa..
Namun untuk lebih sokongan dan mendapatkan bentuk yang lebih menawan, digalakkan pakai jenis yang sesuai dengan bentuk payudara.

Semoga info ni memberi manfaat

Bye

Rangkaian Produk SimplySiti

Hai..

Korang pernah tak try produk Simplysiti?


Siapa yang tak tau, SimplySiti ni ialah jenama rangkaian kecantikan penyanyi tersohor Malaysia, tidak lain tidak bukan Dato’ Siti Nurhaliza. Bukan sahaja dalam bidang nyanyian, berbekalkan semangat beliau yang sentiasa ingin pergi lebih jauh dalam pelbagai bidang, maka terhasillah jenama kecantikan SimplySiti. Ini merupakan salah satu daripada pencapaian terbesar Dato CT tau..

Walaupun baru mencecah 4 tahun dalam pasaran, dengan tagline "It's All About You" atau Segalanya Tentang Anda", SimplySiti sudah pun mempunyai rangkaian produk kecantikan, makeup dan juga wangian yang unik dan tersendiri. Semestinya produk SimplySiti direka khas dengan formula bersesuaian untuk pelbagai jenis kulit, terutama kulit wanita Asia.

Mesti korang nak tau kan, produk apa je yang SimplySiti keluarkan..


Rangkaian produk kecantikan wajah SimplySiti merangkumi Clear Solution, Dermagic, New Age+ dan banyak lagi. Produk SimplySiti Clear Solution direka khas untuk individu yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Kandungan bahan termasuk minyak Tea Tree dan enzyme papaya yang bertindak mengurangkan produksi minyak pada muka serta meredakan kemerahan. 

Bagi produk Dermagic pula, ia diformulakan dengan Endorphin Tumbuhan supaya kulit kusam nyata lebih bermaya. Untuk anti penuaan, rangkaian SimplySiti New Age+ menjadi pilihan utama kerana ia dirumuskan dengan Vita Source, Matrixyl 3000, Argireline dan Syn-Glycan.


Untuk peminat makeup, rangkaian produk makeup SimplySiti mempunyai pelbagai pilihan dari produk untuk muka, mata dan bibir. Dari bedak asas hingga ke krim muka, warna pipi berfungsi pelbagai, set countouring dan banyak lagi, 

SimplySiti ada semuanya. Produk makeup lain termasuk eyeliner tahan lama, maskara anti gumpalan dan juga lipstik anti penuaan diformula khas dengan minyak Argan. 

Uuu.. best kan..

Jom dapatkan SimplySiti Malaysia secara online sekarang.

Kaklong ingat nak beli serum dia la... Macam murah je.. ^_^

Korang pernah try tak?

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita

Hai

Nak join segmen lagi..


Segmen ni dianjur oleh Blog Seindah Ceritera

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog Seindah Ceritera/ FB Page / Follow IG / Follow Twitter beliau
3. Blog yg nak join ni mesti aktif
4. Linkkan entry korang di kotak komen (kat blog beliau)
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org

TAMAT : 29 oktober 2016

Nak join? Jom!

Bye

Jenis-jenis Bra

Hai..

Tau tak ada banyak jenis bra?
Mesti la tau kan.. :P

Ni Kaklong jumpa gambar jenis-jenis bra..




Kaklong cuma ada jenis full cup.. Itu yang paling selesa..

Cara Ukur Saiz Bra yang Betul

Hai..

Entry ni khas untuk para wanita sahaja..
Jika ada lelaki baca, kemudian trauma setahun, jangan salahkan Kaklong k..

Sebenarnya kebanyakan kita pakai saiz bra yang salah..
Tak silap Kaklong dalam 60% wanita dalam dunia pakai saiz yang tak betul..
Mungkin kita salah sorang daripadanya...

Harini Kaklong nak share cara ukur saiz bra yang betul

Lepas ukur ni kan, Kaklong pun terkejut dan rasanya tak mungkin akan mampu pakai saiz yang betul..

Apa yang kita perlu tau ialah saiz band dan saiz cup.
Ada sesetengah suruh ukur masa pakai bra, ada yang suruh jangan pakai..
Ikot suka korang mana2 yang ok..

Cara ukur saiz band:
- amik tali ukur dan ukur di sekeliling bawah payudara sekemas mungkin
- tambah 4 inci atau 5 inci supaya dapat nombor genap
- ini ialah saiz band korang

cth: ukuran 32; tambah 4 = 36 <--saiz band
       ukuran 31; tambah 5 = 36 <--saiz band

Cara ukur saiz cup
- sekarang ukur sekeliling kat puncak payudara iaitu dekat puting sekemas mungkin
- ada sesetengah jenis payudara yang memerlukan kita bongkok 45-90 darjah untuk dapatkan saiz yang betul. Biasanya yang jenis besar.
- Tolakkan ukuran puncak payudara dengan ukuran band
- Rujuk carta dibawah untuk dapatkan saiz cup

cth : ukuran = 40; maka 40-36 = 4 = cup D (rujuk carta)

Maka saiz bra tersebut ialah 36D

Walaubagaimanapun, ukuran ini adalah anggaran sahaja, bukan tepat..
Kerana pengeluar/brand A tak semestinya menghasilkan saiz yang sama dengan pengeluar/brand B.
Namun anggaran ni amat berguna untuk kita shopping bra nanti.

Cup D tak mesetinya payudara besar, saiz A pula tak semestinya kecik.
Ini bergantung kepada bentuk payudara masing-masing..

Camana nak tau bra tu saiznya betul..?


- payudara terletak elok pada cup dan tak menggelembung atau menekan payudara sampai terkeluar. 
- takde payudara terkeluar dari cup dekat dengan ketiak tu
- bahagian tengah bra (antara cup kiri dan kanan) terletak pada kulit (atau rusuk); kalo tak terletak, maknanya saiz bra tu tak betul.
- band belakang bra tu straight dan tak melengkung ke atas

Pengalaman Kaklong juga, kalo kita muat saiz 36D utk model A, tak semestinya muat utk model B (walaupun brand yg sama); untuk model B tetibe kita muat saiz 38C pula..

JAdi sekali masuk fitting room, better bawak 5 helai terus pastu duk la dalam tu setengah jam sampai betul2 puas hati..

Sekali beli bette rbeli 3 helai terus.. Takyah tiap2 bulan beli baru. (bagi Kaklong la sebab malasa nak pegi fitting banyak kali sampai jumpa yang sesuai)

Bye

Segmen Ucing Nak Bloglist

Hai..

Nak join segmen Ucing Kadayan sebab dah kene tag dengan JMBlog.. Huuu

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

Masalahnya Kaklong takde rakan..
Dan rata2 yg suka join segmen dah pun kene tag..
Yang tak suka join segmen pun dah warning jangan tag dorang (kejamnya.. T___T_

Camana ni...

Takpe la, Kaklong nak tag:
Supermon with Superkids
StarlavenderLuna

Korang yang baca ni sudi2 la tag diri sendiri..
Jangan lupa juga tengok video Ucing yang super cute tu serta join google community Ucing ni juga..
Nak tau, kene la terjah ke blog Ucing Kadayan ni.

Bye

Shopping Online : Komik Indie Ankel Jonni dah sampai. Yay!

Hai..

Tengok apa Kaklong dapat!

KOMIK INDIE ANKEL JONNI
Woooo..
Cepat betul sampai..
Ankel pos guna pos biasa je tau..
Tapi 3 hari je dah sampai.
Suka sangat! ^_^

Komik ankel ni best!
Banyak unsur Melayu dan humor gaya orang Melayu..
Kelakar dia pula tak keterlaluan. Dah lama tak jumpa komik macam ni..
Dah lama sangat tunggu tau, akhirnya ankel merealisasikan juga impianku..

Thank you Ankel!

Kaklong order direct ngan Ankel Jonni sendiri..
HArganya cuma RM8 dan pos RM1 = RM9
Nak order, pm je kat facebook dia---> SINI

Kaklong ada buat video syok sendiri tau..


KAlo lapang sangat tu, sila la menengok video ni. Haha..
Nama pun video syok sendiri, jangan expect ada CGI ke apa ke ek..
Sekadar suka-suka je..

Camana? Korang dah order?

Bye

Review Filem : Spotlight

Hai..

Uuu.. citer ni best giler..
Kaklong pun tak tau nak mula dari mana..
Cerita ni pening sikit sebab ia melibatkan wartawan, institusi gereja dan peguam.
Ada juga term yang Kaklong tak faham dan tak reti nak explain..
Kaklong citer setakat Kaklong faham je la ya..
Kalo ada silap term tu, minta maaf..

Spoiler tulisan warna biru.. Kalo belom tengok jangan baca..

Spotlight ni berdasarkan kisah benar mengenai pasukan pemberita Spotlight dari surat khabar Boston Globe yang ditugaskan untuk menyiasat kesahihan artikel mengenai paderi yang mencabul kehormatan seorang kanak-kanak.
Untuk dapatkan kesahihah, mereka perlu dapatkan dokumen sulit yang confirm takleh dapat. Maka mereka perlu dapatkan pengesahan dari mangsa.. 

Pencarian ini membawa mereka kepada kes pencabulan yang melibatkan 13 orang paderi pulak dah..
PAstu dorang cari mangsa lagi untuk sahkan 13 paderi ni; dan pencarian tu pula bawa mereka kepada 90 orang paderi yang sebenarnya terlibat dengan pencabulan kanak-kanak.

Ini satu berita yang sangat besar tapi para editor tau kes ni akan ditutup juga kerana gereja sangat berkuasa dalam hal yang melibatkan paderi. Ini terbukti dengan kes-kes berkaitan sejak 1985 dan semuanya terkubur macam tu sahaja malah ada yang diselesaikan secara sulit.

Maka editor minta dorang sahihkan kesemua 90 kes paderi tersebut. Instead of serang salahlaku paderi, mereka akan serang pada sistem gereja yang membenarkan (menutup kesalahan) salahlaku paderi2 terbabit.

Tiba-tiba peguam mangsa pencabulan dah buat sesuatu yang hebat tau..
Masa tengok scene ni Kaklong rasa teruja sangat.. Macam Kaklong pulak jadi wartawan tu..

Mula-mula scene tu tunjuk suasana mahkamah dan nampak sangat peguam mangsa cabul tu tengah kalah. Muka dia pun resah gelisah dan geleng2 kepala..

MAsa wartawan tu saja-saja tanya,peguam tu pun explain yang dia telah jumpa satu keratan akhbar yang berkaitan dengan pencabulan tu dan dan buat satu usul (tak berapa faham usul apa..sorry); kemudian peguam paderi tu pula buat usul yang menentang peguam mangsa cabul. 

Untuk perbicaraan mahkamah, mereka perlu kepilkan dokumen sulit (yang wartawan nak mula-mula tadi) dan kini dokumen sulit tu dah terbuka kepada umum. 

Peguam mangsa cabul tu tau dah dia akan kalah dalam usul, tapi bukan menang perbicaraan tu yang dia nak; dia nak dokumen sulit tu dibuka kepada awam supaya wartawan spotlight dapat akses sebagai bahan berita dorang nanti. 

Nampak tak?
OMG! mana tak teruja!

Wartawan ni juga ada jumpa para peguam untuk dapatkan nama paderi2 yang dorang bela sebelom ni, tapi mana bole dapat kan..

Rupa-rupanya kes pencabulan oleh paderi ni memang dah lama wujud dan ramai orang tahu. Malah peguam dan para mangsa dah hantar banyak maklumat kepada Boston Globe sejak bertahun-tahun lepas supaya pihak media sebarkan; namun media tak amik serius dan buat artikel kecik-kecik je..

Editor tu rasa terkesan juga dengan apa yang berlaku..
Bayangkan la dorang siasat berita ni tahun 2001; sedangkan kes pencabulan oleh 20 paderi dah pun disiarkan oleh akhbar mereka sendiri pada 1993. 

Akhirnya..
Akhirnya korang kena tengok sendiri..

Pasukan wartawan yang bekerja keras
Pasukan wartawan yang sebenar
Review:
Filem ni sangat padat dengan maklumat dan jalan cerita yang cepat..
Sekali tengok tak berapa faham sangat flow dia..
Mungkin mereka yang dalam bidang kewartawanan dan guaman mudah faham kot..
Kali kedua tengok baru nampak sikit apa sebenarnya yang terjadi..
Tak banyak aksi tapi banyak skrip..

PAda pendapat Kaklong perkara yang paling mantap dalam filem ni ialah lakonan mereka.
Tengok la siapa pelakonnya;

Michael Keaton sebagai editor Spotlight
Mark Ruffalo, Rachel McAdams, Brian d'Arcy James sebagai para wartawan
Liev Schreiber sebagai ketua editor (kot)
John Slattery sebagai ketua editor juga (kot)
Stanley Tucci sebagai peguam mangsa cabul..

Dorang semuanya favourite actor Kaklong...
Terutama sekali Stanley Tucci..
Dia tak pernah bawa watak hero, tapi macam-macam watak dia bawak dan semuanya menjadi..

Kalo sebelom ni Kaklong asyik tengok pelakon utama je, sekrang dah nampak keberkesanan pelakon watak sampingan pun sama taraf dengan pelakon utama..

Mereka cuma bawa perwatakan wartawan biasa sahaja, tapi gerak tubuh dan intonasi dorang first class. KAlo pelakon biasa-biasa, pasti tak jadi natural macam ni..

Contohnya scene mudah-mudah seperti bincang dalam ofis, bincang dalam bilik fail, bincang kat mana-mana la kan, semuanya nampak natural..
Dulu KAklong tak nampak pun semua ni, tapi lepas tengok cerita Melayu banyak2, nampak sangat perbezaan skill dorang dengan pelakon kita..
Jauh sangat..

Bukan saja lakonan dorang bagus; malah pelakon2 yang jadi mangsa tu sikit punya mantap lagi..
Sebagai mangsa yang nak ceritakan semula kisah dicabul pada zaman kanak-kanak yang jadi trauma dorang; dorang ada semcam punya gesture, dan mereka bawa dengan begitu baik sekali..

Cinematography dia nampak ringkas macam drama bersiri, namun itu yang membuatkan ia nampak real.. Plot dia pun nampak kemas dari susunannya dari satu plot ke plot yang lain..

Filem ni dapat Academy Award untuk Best Picture dan Best Original Screenplay tahun 2016..
PAstu ada banyak lagi award lain mereka rangkul..

Jangan lupa tengok.. JArang ada citer bagus macam ni..

Best punya pasal Kaklong bagi 5 stars out of 5.

Bye

Satu Post sahaja Muncul kat Homepage Blog

Hai..

BAru haritu tukar template kan..
Tetibe tukar lagi?

Ada cerita disebaliknya.. CIter sadis juga la...

Kisahnya Kaklong saja test speed blog ni nak tau laju ke tak, selama pakai rasa cam laju je..
Sekali test..

Amek kau!

Mobile 54; desktop pun lebih kurang juga 59..
Kaklong memang tak berapa faham sangat, tapi obvious warna merah tu macam kritikal sangat je.. T___T

Pastu Kaklong pun godek2 buang sikit widget2 yang rasa macam tak perlu..
Tapi memang dah sikit sangat pun widget ni..

Pastu tau tak apa jadi?

Setiap kali Kaklong buka diariasma.blogspot.com, dia open cam biasa, pastu 2 3 saat kemudian dia automatik redirect ke website template designer..

Apehal pulak ni?

Setahu Kaklong, kalo kita buang credit kat bawah tu baru dia redirect, tapi Kaklong tak sentuh pun coding..
Cuma godek kat layout dan restore balik je...

Disebabkan takot bouce rate meningkat, cepat-cepat Kaklong tukar semula ke basic template dan cari responsive template lain..

Tapi tu la, nak cari yang sesuai ngn jiwa tu macam susah je..

Bila dah jumpa yang okay, dengan tekunnya siapkan semua coding.. Lepas siap2 lap peluh, dan nak tutup laptop, sempat je publish satu post pasal harga poslaju yang dah naik.

Sebelom tutup lappy tu refresh la kejap nak tengok..
Tetibe...

Masalah lain pula dah..

Kat homepage tu cuma ada 1 post je..
Kaklong set utk view 12 post... Mana pegi 11 lagi?

Puas Kaklong godek2 (tapi tak berani la main coding, takot jadi makin teruk pulak) tapi tak dapat juga..
Pastu godek kat google la pulak jawabnya..
Tapi tak jumpa2 solution yang sesuai..

Penat sangat berjam2 duk depan lappy..
Tapi kalo stop, tak puas hati pula buat keje separuh jalan..

Masa nak give-up tu tetibe terbaca satu forum omputih..
Sikit je dia tulis tau.. Dia cakap macam ni lebih kurang;

"biasanya jadi gitu sebab silap cara tulis post", time ni Kaklong abai je, kepala pun dah penat nak pikir, tapi reply dia buat Kaklong tersentak.

"ye la, masa saya copy paste dari word ke blog pun jadi macam ni"

Ting! *keluar mentol kat kepala*

Ingat tak post pasal poslaju tadi tu? Dalam tu ada jadual harga poslaju yang baru.
Jadual tu Kaklong taip kat MS Word dan paste je kat blogpost. Pastu publish!

Sepantas kilat Kaklong buang jadual tu dan insert pic jadual yang sama tapi kali ni dah save dalam Paint.

Publish!

Dan tau apa jadi..?
Semua 12 post secara magicnya muncul kat homepage..
Thank God...

Akhirnya kisah tragis itu berakhir dengan senyuman puas.

Moral of the story : Jangan copy paste ke blogpost.. Tulis direct kat compose dan gunakan button insert untuk taruk gambar ke video ke apa ke.. 

Lesson learned.. T__t

Apapun, blog speed masih 50+ aka kritikal aka slow loading..
Dia ada tulis apa yang perlu fix tapi Kaklong tak reti..
Baca tutorial kat tenet pun tak faham... haha..

Kalo bole taknak la blog lambat loading, kesian orang yang intenet slow.
Rasa macam nak revert balik ke basic template blogger.
Tengok la camana nanti..

Bye.


Gegar Vaganza 3 : Kaklong Team Rem

Hai..

Semalam, pukul 8.30malam dah tunggu depan tv.
Macam la tv tu nak lari.. Haha..

Petang tu siap pesan lagi kat abang, "malam ni kita kene makan awal tau, sebab nak tengok Gegar Vaganza." Ntah hapa2 je, macam la makan kat luar..
Makan kat rumah je kot. Meja makan ngn tv tu tak sampai 10 langkah.. XD

Tu namanya excited punya pasal,  lautan api sanggup kurenangi. Cewah..
*teh o panas pun kau tiup - Jep Sepahtu*

Tapi kan terkejut sikit masa scene Dato Seri Vida berebut mic tu..
Dorang ni tak prepare ke..?
TAkkan depan kamera buat aksi berebut tu.. Live kot..

Abang cakap dorang saje je tu buat gimik sikit..
Ntah la...

Kaklong pun tak tau perjanjian dorang macam mana, tahun ni pun ramai penaja..
Tapi scene Jihan dan Nabil duk cakap "mana mic? dato vida ak mic", pastu pujuk2 dato vida dan aksi berebut mic tu pun dah abes banyak masa..
Kalo bagi je dia mic awal2, tak abes masa sebanyak tu..

Lagipun bila takde mic dia akan terus mintak sampai dapat, pastu akan bebel-bebel pasal bayar mahal2 mic pun tak bole bagi, pastu baru iklankan produk..

Cuba fikir, kalo kita beri dia pegang mic 2 minit awal rancangan dan 2 minit akhir rancangan, dah jimat masa kat scene minta mic, rebut mic dan bebel..
TAkde la pengacara kene tolong cover line pula..

Harap2 tu gimik je la..
Tak seronok pula tengok aksi gitu kat siaran live

Eh, Kaklong cakap pasal lain la sebenarnya..

Nak bagitau yang Semua Orang Tahu Kaklong Team Rem.


Minat Rem sejak zaman sekolah lagi...

Suka sangat dengan suara dia yang berderam tu (betul ke perkataan ni..)
Lagu Semua Orang Tahu dan Selingkar Kasih, memang berhantu..
MAsa dia nyanyi semalam, Kaklong siap na joget lagi, tapi control la kan, depan pakwe (baca:suami). 

NAk dengar lagu tu, klik video kat bawah (audio je sebenarnya)

dah la suara sedap, ensem pula tu..

Peserta lain pun sedap2 tau nyanyian dorang..
Suara dorang macam tak aging la, sama je macam yang Kaklong dengar zaman sekolah dulu..

First week ni nyanyi lagu sendiri..
Minggu depan kene nyanyi lagu orang, lagi mencabar tu..

Ahad depan jangan lupa tau dating ngn Kaklong serta Gegear Vaganza 3 pukul 9 malam kat Astro Ria.

Bye

Tertengok...

Hi..

Isnin minggu lepas Kaklong tertengok drama bersiri seminggu sekali kat HBO.
Kaklong tak suka tengok drama bersiri sebab tak sabar nak tunggu next episode..

Dulu dah terjebak dengan telenovela Yo Soy Betty La Fea, La Usurpadora, La Intrusa dan seangkatan dengannya.. Saket jiwa nak tunggu abes. Pastu takleh pi mana-mana sebab nak tunggu citer tu...

Sekarang lesson learned, tak tengok dah drama bersiri (walaupun hati geram je nak tengok citer Suri Hati Mr Pilot - Fattah Amin punya pasal)

Okay back to the story..

Isnin lepas Kaklong dah tersilap tau..
Time nak makan tu, buka tv cam biasa.
Buka HBO dan nampak ada citer WestWorld baru nak start.
Belom pernah lagi tengok movie ni..


Masa menonton tu rasa pelik sangat citer ni.. Kepelikan itu yang buat Kaklong teruskan menonton..
Dalam 2 jam solved la misteri tu kan..

Yang rasa nak teruskan menonton ialah kemunculan Anthony Hopkins, Thandie Newton, Ed Harris, dan James Marsden.
Dorang ni kan otai, mesti movie ni best...

Kisah dia macam ni, ada sorang ni pegi kat satu bangunan pastu siap pakai macam koboi sebab nak masuk ke satu dunia koboi.

Pastu dalam scene lain ada ibu ayam ni mengorat-ngorat pastu dia macam selalu  teringat mimpi ngeri yang dialami. Rupa-rupanya manusia kat tempat lain tengah monitor dia dari tablet dan dorang cakap nak alter dia balik sebab macam rosak je. Pastu dalam scene lain dorang bercakap dgn ibu ayam tu yg tengah naked dan tak bergerak seolah2 dia tu patung atau robot.

Dalam scene lain pula ada sorang pakcik ni keje dia tembak orang je dan ugut sorang ni supaya bagitau dia kat mana pintu maze tu. Org ni kata tak tau sampai la semua sepupu dan isteri dia dibunuh. Last2 anak perempuan yg tengah ketakutan tadi bangun dan bercakap macam robot bagitau kat mana maze.

Pelik kan..

Pastu ibu ayam tadi (versi naked) dibedah perut dalam lab tetibe dia bangun dan doktor bedah tu terkejut seolah2 tak percaya yang dia bole terbangun. Perempuan tu lari2 dalam lab dalam keadaan perut masih terbelah.. sehingga la dia sampai ke lab diamana dia nampak ramai orang yg dah mati berada dalam keadaan patung..

Kaklong pun tak paham apa benda cerita ni

Sejam kemudian, citer tu abes..

Aik?
Apa ni? Abes..?

Rupanya2 Westworld tu ialah drama bersiri. Ni pun dah episod 2...
What?!

Haaaaaaaa...
Camana ni? Kene tengok jugak la minggu minggu depan..
Kalo tak tengok rasa cam tak puas hati je.. T____T

Kaklong pun terjelepuk kekecewaan kat sofa akibat tertipu... (alahai drama sangat.. PAdahal tak baca betul2 kat info)

Dalam kekecewaan tu muncul pula movie bertajuk Divorce.
Pelakonnya Sarah Jessica Parker dan Thomas Haden Church..
Erm, tengok je la.. Alang2 dah terjelepuk malas nak bangun ni...


Kisah tentang wanita tua tapi gojes yang dah jemu dan overwhelm hidup dengan suami dia. Satu hari tu dia pi party bff dan bff tu asyik citer keburukan suami dan betapa meluat tengok suami sendiri. Akhirnya bff tu mabuk, melepaskan tembakan (tapi tak kene orang) dan suami tu pengsan sebab sakit jantung.

Peristiwa tu buat wanita tua gojes ni tersedar yang dia tak perlu pun habiskan sisa hidup dia dgn suami yg tidak dia cintai lagi. Rasa sayang/cinta tu dah fade dah. Dia minta cerai..
Si suami tu terkejut la apesal tetibe macam ni..

Pikir2 punya pikir, lepas tengok anak2 dan berbual dgn bff serta  kekasih gelap (A'ah dia ada kekasih gelap utk dia seronok2 je, bukan ada intention nak kawen tau. Orang putih kan, ntah hape2 perangai..), dia macam tak jadi nak bercerai sebab sayang gak la dgn famili dia..

Balik rumah tu, rupanya suami dia dapat tau dia ada kekasih dan suaminya marah sangat dan setuju bercerai dan akan buat dia suffer.

PAstu habis...
Whatt??
Takkan la..

Rupa-rupanya drama bersiri juga. Yang Kaklong tengok tu episod pertama..
Apa ni?
Double pengkhianatan dalam satu hari.. T__T

Next pula drama bersiri lagi (kali ni Kaklong check).
Tajuknya Insecure


Kisah sorang wanita muda yang kekok je memanjang. Dia buat kerja amal, ada boifren tapi nak break sebab boring pakwenya takde peningkatan hidup, minat kat sorang laki kacak yang dia kenal sejak kolej (kot) dan ada sorang bff yang diklasifikasikan sebagai wanita bekerjaya yang berjaya tapi malang dalam percintaan.

Ni pun episod pertama, takde citer sangat, pengenalan je..
Ceritanya lebih relax dan kelakar tak abes2.. Kaklong gelak sorang-sorang dengar skrip dia..
Terubat sikit hati akibat tertipu tadi (haha)
RAsa nak tengok lagi la minggu depan..

Yang Divorce tadi tu tak minat dah nak tengok..
Tapi kalo dah tengok WestWorld mesti la kene tengok Divorce sementara tunggu Insecure kan?
PAndai betul dorang susun cerita..

Tiga cerita ni premier tau. Waktu siaran dia sama ngn kat US.
Setiap Isnin jam 10 pagi.
Tapi ada ulangan malam tu pukul 9 kot (alamak tak ingat)

Nak tengok sama-sama tak esok?


Harga Kos Poslaju Terbaru 2016

Hai..

Khas untuk peniaga online kat luar sana..
Korang tau tak Kos/rate/harga poslaju dah berubah?
Perubahan ni berkuatkuasa mulai 15hb  October yang lepas..
Kaklong pun baru tau pada Jumaat lepas..
Sebenarnya dah lama (kot) dorang tampal notis tu, tapi tersorok sikit, Kaklong tak perasan pula..
Tau ni pun sebab ramai juga tulis kat facebook, dan akak kaunter tu confirmkan..

Sabtu lepas panik2 juga la nak update kos pos kat website.
Malangnya website post malaysia down pula.
Naseb baek ada tangkap gambar haritu.

Khas untuk korang, ni kos poslaju 2016 yang terbaru:


Ni jadual utk pos dari semenanjung tau..
Kalo korang duk kat Sabah atau Sarawak, kene adjust sket jadual ni..

Kalo malas nak copy paste bole download kat bawah ni:

KLIK UNTUK DOWNLOAD

Pastu print dan tampal kat dinding macam Kaklong buat.
Semoga bermanfaat.

Bye

Senarai Produk Keluaran Melayu Islam

Hai..

Ada orang share kat fb dengan #copypaste. Demi taknak hilang Kaklong tepek balik kat sini



Berikut adalah produk keluaran Melayu Islam:

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar)
2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA)
6. Susu Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D’herbs
33. Pasaraya Mydin
34. Pasaraya MyMart
(kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung
36. Burger Ramly
37. Air Mineral Eden
38. Air Mineral Ala Fonte (Mofaz)
39. Beras Faiza
40. Beras Langsat
41. Kicap Adabi
42. Kicap Cap Kipas Udang
43. Minyak Masak Alif
44. Nugget Ayamas
45. Sos Rohaya
46. Sos Adabi
47. White Coffee 9 in1 (Razbiana Industries)
48. Zby Galeri Dinamik
49. Produk ZUZA
50. Bihun ikhwan
51. Mee kuning Ikhwan
52. Kuetiau Ikhwan
52. Agar-agar Ikhwan
53. Sos Cili ikhwan
54. Sos Tomato ikhwan
55. Sos Tiram ikhwan
56. Air Mineral Ikhwan
57.Ubat Gigi Ikhwan
58. Fishball ikhwan
59. Fishcake Ikhwan
60. Roti Ikhwan (aneka roti)
61. Donat Ikhwan
62. Soya Ikhwan
63. Minuman berkabonat Ikhwan
64. Air mineral Ikhwan
65. Sabun Ikhwan
66. Coklat Ikhwan
67. Biskut Jari Ikhwan
68. Taugeh Ikhwan
69. Keropok lekor
70. Tauhu Ikhwan
71. Roti canai segera ikhwan
72. Ayam masyriq/AGI


Senarai ayam proses
1. Ayam Hijrah
2. Ayam Az- zain
3. Ayam-Qu sejuk beku
4. Ayam Ikhwan


Senarai minyak masak
1. Saji -Felda
2. Tiara -Felda
3. Alif -SimeDarby
4. Olife -SimeDarby
5. Adela Sunflower/Canola - Felda
6. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)
7. Lesong (new)

Ada lagi tambah? Tulis kat komen atau linkkan kat komen.. :)

Apa itu Plank Workout?

Hai..

Dah try ke Tabata semalam?
Jangan lupa berzumba juga tau..

Harini nak cakap tentang workout yang Kaklong baru je cuba iaitu Plank


Plank tu sejenis senaman yang tak banyak bergerak.
Kita duduk pegun je selama yang mungkin..

Dah lama dah dengar tapi tak cara sangat sebab nampak macam  merepek je..
Baru-baru ni KakNgah bagitau dia buat plank memang penat giler..
Dah la tu, berpeluh-peluh lagi..

Aik, tak bergerak pun peluh?

Curious punya pasal, Kaklong pun try la..
Pergh!
Memang penat... Takmo buat dah pasni... T__T

Kalo korang nak try bole follow video ni cara buat plank yang betul:

Dah terer tu, jangan lupa buat rutin ni pula:

Kaklong taruk je kat blog ni dulu, mana la tau terbuka hati ke nak buat plank ni..
Tapi memang senang la, takyah gerak pun..
Sesuai la untuk orang pemalas macam Kaklong.
Haha..

Korang pernah try ke..

Bye

Review Filem : masterminds

Hai..

Dah tengok filem Masterminds?
Meh Kaklong review.. Cam biasa tulisan pink tu spoiler, pelase jangan baca kalo plan nak tengok....


Citer ni berdasarkan rompakan yang benar-benar berlaku di North Carolina pada tahun 1997.
Kisahnya bermula dengan David yang berkerja dengan Loomis Fargo (syarikat security yang hantar duit ke bank) ni jatuh hati kat co-worker dia, Kelly sorang wanita yang jelita giler. Selepas Kelly diberhentikan kerja, kawan dia Steve suruh Kelly ajak David mencuri wang yang disimpan oleh syarikat dia bekerja tu. David setuju dan dia pun pi curi. 

Setelah berjaya curi sebanyak 17juta, duit tu semua Steve pegang dan dia bagi David 50 ribu untuk lari ke luar negara. Pastu Steve berseronok dengan duit juta-juta tu dan bagitau polis tentang David. David geram dan suruh Steve bagi bahagian dia, kalo tak akan serah diri kat polis dan sebut pasal Steve. Takot punya pasal Steve upah pembunuh upahan gila pegi bunuh David. Selepas berhempas pulas pembunuh tu berjaya tangkap David dan nyaris-nyaris nak bunuh, tapi tak jadi nak bunuh. Kenapa? Atas satu sebab yang pelik tapi itulah yang berlaku dalam filem ni.. XD.

PAstu.. Hehe,, Kene la tengok sendiri..

Review:

Cerita ni banyak fokus pada skrip kelakar dan kelakuan yang di luar normal.
Terutama watak David yang lurus bendul dan cemerkap..
Unsur kelakar tu bukan sahaja kelakar dari watak utama, watak sampingan pun kelakar giler..
Ada beberapa plot twist yang tak disangka dan tak masuk akal..
Tapi tu la komedi kan..
Citer komedi apa2 pun bole jadi..

Banyak juga elemen suspense diselitkan berselang seli dengan elemen komedi, membuatkan emosi penonton bercampur baur..
Kejap2 gelak, kejap2 terkejut, kejap2 panik, pastu gelak pulak..
Release tensen lepas tengok citer ni..

Lakonan takde apa nak komen..
Semua deliver skrip lawak dengan begitu baik dan bersahaja..
Termasuk la pembunuh upahan tu..
Ntah hape2 je pembunuh upahan macam tu.. XD

KAklong dapat tau pelakon utama asal yang terpilih ialah Jim Carey, pastu tak jadi dorang amik 
Zach Galifianakis.
Namun watak tu sesuai dibawa oleh Zach..
Nampak macam dia dah.. XD

Filem ni hanya untuk tontonan 18sx tahun ke atas dan tak sesuai ditonton oleh budak-budak sekolah.
Pegawai tiket tu siap warning kitorang lagi sebelom beri tiket, "filem ni kanak2 tak boleh tonton ya kak sebab ia 18sx". 
Walaupun dia nampak kami berdua beli dua tiket yang akan keudara 5 minit lagi, dia tetap beri peringatan atas tanggungjawab sosial. 
Mungkin dia ada adik atau anak dan tak tergamak nak bagi dorang tengok..
Terima kasih atas peringatan tu
Jadi jangan pegi donlod pastu ajak anak tengok okay..
Kesian kat anak tu nanti..

Dalam wayang haritu ada 4 orang je tau, dan Kaklong sorang je perempuan..
Kitorang pergi weekday sebelom pukul 12tghari, sebab tu takde orang.
Tiket RM10 je..
Banyak juga perkataan 18sx dalam skrip dan buat Kaklong rasa segan bila lawak 18sx dilontarkan..
Tapi tu la, citer omputih memang gitu..

Kelakar punya pasal Kaklong bagi 3.5 bintang out of 5

Bye