Saya syukur sebab dah total quit social media dan total quit Facebook dah sekarang.
Yang masih belum quit ialah Youtube. YouTube tu tempat saya belajar, cari inspirasi dan juga tengok video lagu-lagu kegemaran.
Cuma Shorts tu je la yang agak addictive sikit. Namun begitu banyak juga ilmu saya dapat dari Shorts, terutama ilmu agama. Jadi, ada juga la manfaatnya sikit.
Apapun, untuk elak addictive, saya selalu delete history kat youtube supaya feed keluar suggestions yang tak relatable dan itu akan buat saya tak berlama-lama kat shorts.
Kat sini saya nak share sikit apa saya buat untuk quit Facebook dan social media.
Proses ni tak mudah dan tak cepat. Ambil masa lama juga nak buang tabiat tu. . Dan yang penting (bagi saya) tak boleh stop drastik sebab nanti gian.
1. Uninstall semua media social.
Bila rasa gian nak scrolling saya akan install balik. Lepas scrolling saya uninstall balik. Itu la yang saya buat berulang-ulang. Lama-lama saya malas dah alang-alang install dan uninstall.
2. Replace menonton video pendek kepada video panjang di TV.
Bila saya rasa bosan (punca nak scrolling) saya akan buka YouTube di TV dan search apa-apa je yang mood nak tonton time tu.
Atau saya akan tonton video lagu kegemaran dan ulang-ulang sambil karaoke sekali.
Atau saya tonton anime yang banyak seasons, supaya otak saya looking forward untuk next episod pada next bosan time. Jadi say ina replace excitement nak scrolling kepada excitement nak tonton next episod.
3. Replace dengan buat aktiviti fizikal
Tiap kali saya rasa nak scroll, saya dah prepare dah beberapa aktiviti fizikal yang saya boleh terus buat tanpa fikir panjang. Antaranya mengait, main ukulele, 10 minutes walking dan main game (Nintendo Switch).
Saya sibukkan diri supaya tak ada masa nak scrolling.
Itu ialah 3 perkara yang saya buat untuk berhenti social media secara total.
Saya nak juga quit Shorts YouTube. Jadi pendekatan yang saya ambil ialah macam saya cakap tadi clear YouTube history supaya feed tak menarik untuk saya spend time lama-lama.
Saya nak menyeru korang semua stop social media kerana itu ialah dadah zaman moden. Ia merosakkan fikiran, merosakkan attention span dan mengganggu emosi. Selain tu ia juga membuang masa sedangkan kita ada hidup yang kita boleh create dan jalani sendiri.
Marilah stop social media.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^