Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

Beli Barang Baby Sikit

Imej
Barang baby semua dah ada. Pakai yang Dak Farid punya dulu je. Nanti dah besar sikit baru beli baju baru. Bajet² macam tu la. Pastu pikir balik. Kita nak sambut ahli baru dalam keluarga, takkan takde apa² hadiah untuk dia. Dak Farid dulu macam² beli. Tapi yang kedua ni takkan takde kan... So kami pun pergi la kedai, beli barang sikit. Tadaaaa! Ya, baby girl in shaa Allah. Beli baju newborn 2 pasang. Bedung 4 helai. Tuala 2 helai. Sapu tangan.  Lampin. Sabun Anakku. Dan set mandian. Set mandian tu tak perlu pun sebenarnya. Tapi cik abang berkenan tengok, dia pun amik. Ni semua cik abang beli sorang². Kaklong duduk dalam kete je, jaga Farid. Lagipun takleh keluar time pkp ni. Duduk dalam kete je la. Pastu cik abang ushar gak baby car seat. Dia cam nak beli je. Car seat tu tak pe dulu, tak urgent pun. Tapi dia macam minat sangat. Kalau minat beli je la bang... Pasni nak prepare barang untuk ke wad bersalin. Macam blur je nak prepare apa..

Preferred Seller Shopee

Imej
Happy giler kot bila saje² nak check preferred seller kat shopee, sekali layak kau. Huuuuuuuuu Kaklong punya kedai shopee ni selalu tak memenuhi kriteria chat respons rate dan uniq buyer. Tak sangka pulak kali ni dapat. Kaklong tak tahu sebenarnya camana nak submit. Kat situ tulis pukul 6 petang ni baru di evaluate. Kaklong pun tak tahu apa tu. Walaupun kaklong nak jugak dapat preferred seller, tapi kan kene tolak pulak lagi banyak komisen. Sekarang komisen saja dah ditolak 7.5%. Haaa banyak kan. Komisen 1.10% Transaksi 2.12% Free Shipping Program 4.24% Giler tak banyak. Tapi untuk preferred seller komisen dia 2.2%. Jadi kalo kaklong jadi preferred seller, jumlah shopee tolak menjadi 8.5%. Tapi yang bestnya kedai preferred seller ni bole guna coin. Kaklong pun ada beribu² coin memang cari preferred seller untuk guna coin tu kalo tak nanti expired pulak. Walaupun kedai tu tak murah tapi lepas gun coin banyak jimat. Kaklong masih fikir lagi nak jadi preferred seller ke tak kat shopee ni.

Lesu

Imej
Badan lesu sangat dalam seminggu ni. Pinggang, bahu dan tapak tangan pun sakit². Kaklong habiskan siang dan malam duduk saja², baring dan cuba tido. Baring tu tak bole lama sebab si kecik ni datang lenjan. Dia buat kaklong ni macam mainan je. Habis sakit badan kene lenjan. Tido pun memang tak dapat la, asyik kene lenjan. Kadang dapat lelap seminit dua minit je kot. Tapi lagi penat lelap kejap² macam tu. Harini cam dah ok sikit. Masih lemau, tapi ok sikit la dari sebelum ni memang flat habis. Dah nak masuk 38 weeks. Tak lama dah baby nak keluar. Takotttt

Kawan-kawan