Unsubscribe Netflix

Saya unsubscribe Netflix.

Sebenarnya dah lama nak unsubscribe, sejak kempen boikot produk Israhell lagi tapi tak buat-buat sebab ada cerita dalam wishlist belum tengok.

Akhirnya saya decide untuk unsubscribe je la. Dan sebulan ke sebulan nak tengok, tapi tak tengok-tengok.

Mood menonton saya tak selari dengan waktu lapang saya. Saya lapang waktu pagi semasa anak pergi sekolah dan malam selepas anak tidur.

Tapi bila pagi saya takde mood nak tengok tv. Saya cuma nak bermalas-malasan dan buat kerja slow-slow. Kadang tu tidur puas-puas atau dengar lagu yang sama berulang-ulang. 

Malam pula saya dah penat nak tonton tv. Tak syok bila tak dapat fokus. 

Mood saya selalu muncul waktu selepas tengahari dan petang-petang. Waktu tu anak ada kat rumah, saya tak boleh tonton Netflix.

Netflix ni takde penapisan. Walaupun dia tulis 13+ tapi ada juga elemen tu sikit-sikit, pakaian tak senonoh sikit-sikit (bagi orang barat biasa je pakaian tak cukup kain), bahasa dan kelakuan tak elok dan yang paling bahaya unsur LGBTQ.

LGBTQ ni adalah salah satu punca utama saya unsubscribe Netflix. Jangan ingat dalam cerita dewasa je, cerita kartun kanak-kanak pun ada unsur LGBTQ ni tau.

Ada satu kartun tu relax je dia tunjuk dua lelaki asyik bersama ke mana-mana. Pergi shopping la, pergi piknik la. Mula-mula tu saya fikir kawan atau adik beradik, tapi macam lain je. Mana ada lelaki berpiknik berdua kalau bukan kekasih.

Akhirnya berjaya unsubscribe.
Puas hati.
Walaupun rasa sayang sebab banyak anime dan movie dan series nak tengok, tapi cukup la.

Lagipun memang Netflix sengaja je buat seasons lambat-lambat supaya orang macam saya tak jadi unsubscribe.

Cukup la tu kita terpedaya.
Kita move on.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^