Berjaya IF 16 Jam

Harini saya berjaya intermittent fasting (IF) 16 jam. Last makan semalam pukul 6 petang, pagi ni makan pukul 10 pagi. 

Sebenarnya tak plan betul-betul pun. Time makan roti semalam saya terbaca pasal IF pastu terdetik nak buat. Tapi tak determine. Terdetik sambil lalu.

Pastu malam tadi saya try tak makan apa-apa. Perut ada juga panggil-panggil manja, saya cuma bagitau dia tak ada makanan dah. 

Pagi tadi lepas ikut cik abang hantar anak sekolah, kami pi taman, walking sekejap. Cuaca redup je harini. Dapat berjalan 3.2km.

Sebenarnya malas, tapi buat tak tahu je dengan malas tu dan hayun kaki. Dalam hati nak jalan perlahan je, tak semena-mena selepas 10 minit naik pace.

Lepas selesai berjalan tu, penatnya ya Allah. Padahal jalan je bukan jogging pun. Camtu la bila body tak fit. 

Kami pi restoran nasi campur ngam-ngam pukul 10 pagi. Saya makan suku-suku separuh, Alhamdulillah. 

Maka dapat la IF 16 jam tanpa rancang betul-betul.

Sebenarnya saya pernah IF beberapa tahun lepas. Lama juga la dalam sebulan dua. Tapi tak boleh teruskan sebab kene ulser perut, selepas tu kene gerd, lepas tu kene Laryngopharyngeal Reflux (LPR). Itu memang patternnya.

LPR tu saya self diagnose. Nanti saya cerita pasal tu dalam post lain. 

Sebab tu saya tak teruskan buat IF. Mungkin tak sesuai memandangkan saya memang ada gastrik. Sekali sekala tu bole la tapi bukan hari-hari. Pagi tadi pun masa walking rasa pedih perut sebab tak makan apa-apa lagi. Ni pun ada rasa-rasa pedih juga ni. 

Balik rumah basuh baju, main Animal Crossing kejap, pastu rasa nak lelap je. Sebelum lelap nak mandi dulu la. Sebelum mandi pegi cuci bilik air pulak.

Cuci sinki, cermin, bekas berus gigi, bangku dan toilet. Lantai dan dinding next time. Itulah cara saya cuci bilik air. Next time saya cuci  ¼ lantai, esoknya ¼ lagi. Saya tak rajin cuci semua sekaligus. Cuci pun biasanya sebelum mandi. 

Lepas mandi, jemur baju. Cik abang amik anak sekolah, dia belikan ayam goreng. Tak makan nasi tengahari ni. 

Saya pun napping kejap. 
Sedar² Farid dah pergi KAFA, Fatin tengah main Animal Crossing.

Lepas amik Farid balik KAFA, walking 30 minit atas walking pad sementara tunggu Maghrib. 

Malam makan roti peanut butter sekeping. Perut rasa tak ok ni, makan madu sesudu sebelum tidur.


Alhamdulillah dapat 9500 steps harini. Sikit lagi nak 10k. Boleh ni saya pusing-pusing dalam rumah lagi 500 steps. Tapi cukuplah. Ni pun dah ngantuk.

Saya tidur dulu. Goodnight semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^