Pagi tak morning walk. Saya sakit kepala dari malam semalam. Bangun pagi masih lagi sakit. Cik Abang belikan sarapan yang portion just nice dan secawan Americano. Perut tak berapa okay ni, ada rasa macam asid refluks, saya hirup sikit je. Selebihnya buang. Tak berani nak minum bila perut tengah macam ni.
Tengahari keluar makan kat mamak. Makan suku suku separuh (Alhamdulillah berjaya juga). Dah bawa botol air nak minum air masak je tapi cik abang lupa kot, muscle memory, dia order juga teh ais. Saya tak komen apa, minum separuh je (Alhamdulillah berjaya tak habiskan).
Petang saya walking atas walking pad sambil tengok video "my routine". Saya suka tengok video tu. Bagi motivasi nak buat housework, masak dan mengemas. Dapat walking 1 jam petang tadi.
Tapi walking harini perlahan, cuma 2.9km/jam. Sebab saya masih sakit kepala masa berjalan tu, jalan slow-slow je asalkan buat.
Alhamdulillah.
Dapat 8k langkah total harini.
Camana ni nak dapat 10k?
Mungkin jalan pagi petang baru dapat 10k.
Malam pula tiba-tiba dapat tahu anak ada kerja sekolah. Time dah pukul 9, Cepat-cepat suruh. Pastu dia tanya saya pula mana buku latihan Sains. Mana la mama tahu bukan mama yang pergi sekolah.
Cari punya cari memang takde. Tinggal kat sekolah katanya. Saya pun ceraikan muka tengah buku latihan yang masih kosong dan suruh dia tulis atas kertas tu. Esok kat sekolah gam kat bulu latihan Sains tu. Itu je la cara yang terfikir masa sakit kepala ni.
5 soalan je kene buat. 10.10pm baru siap. Saya ni anxious juga tengok dia slow je menulis (baru darjah 2 dan dia memang jenis santai-santai di tepi pantai yang indah ditemani angin sepoi-sepoi bahasa punya vibe) saya cuba sedaya upaya untuk tak rush.
Cuma soalan tu la, takde jawapan pula dalam buku teks. Dah saya ke yang kene bagitau jawapan? Akhirnya saya bagitahu jawapan dan explain secara detail kenapa jawapan dia macam tu. Saya tak boleh. Itu soalan biologi dan saya pula ada degree biologi. Jadi saya kene bentang bagi nampak dengan jelas. Tak puas bila jawab asal jawab tapi takde kefahaman kenapa kejadiannya begitu.
Tak tahu la anak saya capai dek akal ke tak explanation saya tu tadi. Sebagai anak yang berkongsikan separuh DNA saya sepatutnya dia faham. Lagipun dia memang suka Sains.
Lepas ajar anak tadi terus hilang sakit kepala. Huhuhu.. Adakah kerana sel sel otak saya saling berhubung setelah sekian lama idle...
Lepas kemas beg anak pun tidur. Harini terus tidur tanpa berbual. Biasanya kami cerita "apa yang buat saya happy harini" dan "esok saya nak buat apa". Tapi dah lewat, saya ajak tidur je. Alhamdulillah. Mudah tidur sebab dua-dua pun dah ngantuk.
Pastu saya pun taip post ni.
Okay jumpa esok insyaallah. Bye bye


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^