Review : Pengalaman Kaklong Pakai Syampoo Sepanjang Hidup
Review filem Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings
Kaklong tengok citer ni sebab Yunfila kata cerita ni mengisahkan sorang pakcik berusia sribu tahun tapi kelihatan muda ajak anak² dia cari pokemon kat kampung halaman ibu mereka. Menarik kan.
Bagi kaklong citer ni biasa je, predictable dari awal ke akhir, jalan citer pun cliche, tak rasa berdebor ke apa sebab dah agak dah akan jadi camtu.
Pelakon utama dia tu kaklong ingatkan pakcik berusia sribu tahun tu, rupa²nya itu anak dia. Hahaha. Sama je tua ngan bapak.
Apapun pelakon tu cam tak sesuai je jadi hero marvel sebab muka (dan lakonan) tak heroic. Muka tu lebih sesuai jadi hero drama cinta seperti "Single Terlalu Lama" camtu.
Skrip dia, plot dia pun terlalu simple. Macam kejadian atas bas tu kan. Aku macam 😑. Tak feel la, padahal tu scene penting kot. Ada lagi la scene lain yang macam buat² je. Buat2 terkejut, buat2 panik, buat² terpinga². Ntah la apa tak kene pun tak tahu.
Lepas jumpa bapak dia tu baru la sedap sikit tengok. Mungkin sebab lakonan si bapa dan watak² lain tu jauh lebih baik. Baru feel citer cina tu mari.
Apapun kaklong nak puji la dia punya kungfu.
Kungfu mak dia macam kungfu angin. Lembut je pergerakan dia macam daun² ditiup angin. Tu yang tumbuk² tak kene. Pastu masa berkungfu senyum je dia.
Kungfu bapak dia macam kungfu besi. Duk menumbuk dan menghentak je. Bila dorang lawan berdua koreograf dia cantik sangat. Mengasyikkan.
Sape suka citer cina kungfu², citer ni berbaloi ditonton. Walaupun skrip dia dibuat cincai je tapi gambar dan aksi berlawan dia cantik.
Baby Romper Air Asia
Dalam banyak² barang tu kaklong dan Cik Abang minat kat baby romper. Konon² masa balik nanti la baru beli. Sekali masa balik promoao tu dah habis.
Disebabkan dah tergoda kitorang beli jugak la. Harganya rm45 sehelai. Ada 3 jenis. Kitorang amik romper pilot.
Tinted Kereta
Bila dah ada baby ni baru la rasa bersungguh aikit nak tinted sebab kesian kat baby panas. Baby ni bukan bole cakap dia panas ke, sejuk ke. Kita kene faham sendiri.
Masa balik kampung haritu pun kesiana tengok Dak Pared berpeluh kat belakang walaupun tido nyenyak.
Maka Kaklong ushar la kedai tinted kereta kat area sini melalui internet.
Memandangkan kaklong tengah join kempen "Buy Malay Product First" maka tabah betul godek kedai tinted Melayu. Kalo takde baru la amik mana² yang ada.
Akhirnya jumpa satu kedai tinted namanya Stripe Sticker Penang kat Juru.
Dekat je.
Pagi esok kitorang pun pi.
Rupa²nya kedai tu baru buka 2 bulan.
Ownernya pun ramah sangat.
Rajin dia explain pasal tinted ni.
Tapi dia explain kat Cik Abang la. Kaklong dengar gitu² je dari jauh.
Kaklong ingatkan lagi gelap tinted lagi kurang panas. Rupanya bukan macam tu. Kepanasan dia bergnatung pada peratusan IRR tinted tu. Lagi tinggi IRR lagi kurang panas.
So kitorang amik IRR yang tinggi jugak la, bukan yg paling tinggi. Yang paling tinggi tu warna dia hitam dan gelap juga. Kaklong amik yang kebiruan sikit. Taknak gelap sangat tingkap tu.
Sekarang dia buat offer, 4 pintu rm55 je. Kaklong buat fullcar je la alang² dah buat ni. Kene rm280 je. Sebab offer. Dua layer pulak tu.
Dia cakap nanti bila tinted nak pudar, pasang je tinted satu lapis lagi, takyah buka yang dah ada ni sebab yang ni IRR dia tinggi.
Katanya kedai dia atu kategori butik kereta tau. Baru Kaklong tahu kereta pun ada butik. Patut la macam² rupa kereta kat jalan raya tu. Dia ada buat juga sticker kereta. Macam nak tampal tulisan atau corak pada kereta.
Pastu dia bole balut seluruh kereta tu dengan sticker tau. Dia panggil full body wrap kalo tak silap. Maksudnya nak tukar warna kereta cuma tampal je sticker, takyah cat balik. Harga dia rm1400 tengah offer ni. Nampak gambar kereta yang dia wrap lawa² warnanya.
Kaklong jadi excited pulak.
Mula la berangan nak wrap kereta dengan warna baby pink. Hahahaaa..
Malu nak tanya warna tu, takot kene gelak.
K la.
Sape belom tinted tu pergi la tinted ya.
Beli Tungku Online
Surprise dari Ayuni Rafilah
Kaklong terkejut juga, tapi terkejut sebab tengok semua orang terkejut.
Cam kelako je, terkejut pun masuk berita. Beramai² pulak tu.
Tapi harini serius Kaklong terkejut.
Sebab apa?
Sebab dapat satu paket yang Kaklong tak tahu hujung pangkal ceritanya.
Mari kita merungkai misteri itu..
Semalam lepas tengok equalizer 2, dapat 1 sorry note dari posmen, bukan poslaju. Serius la. Kaklong takde beli apa² pun.
Barang tu pula dari Kuantan.
Sape ada kat Kuantan? Famili Kaklong la sape lagi. Tapi dorang tak pernah hayat pun pos-pos barang ni..
Pagi tadi Cik Abang pi amik kat pejabat pos dan inilah barangnya. Dipos menggunakan flexi prepaid.
Dari sape ek..?
Dari Ayuni Rafilah rupanya.
Wah, terkejut saya 😱
Dia ni kan suka tau bagi surprise.
Haritu masa birthday dia poskan beg. Hari² Kaklong pakai beg tu.
Posing di atas tu bukan sebab nak cover alamat, tapi nak menunjuk cincin tunang I. Cincin tu mak mertua yang pilih. Pastukan masa tu longgar je. Bila dah kawen ketat la pulak. Hahaha...
Erm.. Apa kat dalam paket ni ya.
Jom buka..
Nutri Sup dari Ayam Brand.
Tq Ayuni. Dah lama cari.
Haritu masa Kaklong batuk tak kebah², Ayuni suggest sup ni untuk beri tenaga dan kuatkan imun sistem. Kaklong pusing² pasaraya kat sini tak jumpa².
Tak sangka pula duk fikir² terus dapat. Bak pungguk rindukan bulan, tiba² bulan jatuh ke riba.
Tq so much Ayuni Rafilah.
Buat susah² je..
U r my best friend 😘❤❤❤
Review Sikit Pasal Malaysia Airlines Golden Lounge
Masa hari penerbangan pagi- pagi dah sampai di KLIA. Tiket flight pagi, so tak nak kelam kabut kan. Lagi pun dapat kemudahan Golden Lounge semasa menunggu pesawat. Dah ada kemudahan mesti gunakan sepenuhnya. Hihi. Sampai jer KLIA terus tuju ke Golden Lounge. Keterujaan tu masih ada walaupun pernah masuk. Hihi. Kalau korang nak tau Golden Lounge di KLIA ni mempunyai ruang menunggu yang sangat besar. Tempat duduk yang disediakan sangat selesa. Sofa-sofa yang empuk boleh membuatkan korang terlena. Iyerlah dah ramaikan passenger kat KLIA tu. Kalau kecik dan tak selesa la pulak.
Review : Pengalaman Membeli di Chilindo
Sepanjang balik kampung haritu, hari-hari Kaklong tengok dorang ni update pasal beli barang kat Chilindo..
Rasa geram je nak beli jugak.
Disebabkan kat kampung tu Kaklong busy menikmati hidup, maka masa bersama smartphone pun sedikit terabai..
Haha.. Boleh gitew..?
Akhirnya bila balik sini, aku sikit punya excited lagi buka chilindo.com nak shopping.
Baru je buka website dia, terpening kejap..
Apa ni?
Kenapa barang-barang dia kejap-kejap hilang?
Rupa-rupanya chilindo bukan seperti marketplace yang lain.
Dia marketplace khas untuk membida..
Website ni dari Thailand, tapi dia ada cawangan kat KL.
Barang-barang pun mungkin made in Thailand kot.
Belek punya belek akhirnya Kaklong bida satu benda, pastu benda lain pula, pastu benda lain pula sampai naik syok pulak..
Namun begitu apa yang boring sikit ialah ada je orang Thailand muncul dan bida dengan harga tinggi.
Contohnya ada satu meja laptop tu kitorang bid sampai RM9.
Kemudian muncul si Thailand ni terus bida RM16. Apa kejadah?
Akhirnya harga meja laptop tu jadi RM24 dan dapat kat orang lain yang nak bida RM9 tadi tu..
Pastu Kaklong bid lagi dalam next bid dan perkara yang sama berlaku.
Sampai 5x Kaklong next bid; harga meja tu takkan kurang dari RM24.
Macam rancang-rancang je kan..
Appun bidding ni memang addicting la jugak.
Banyak juga barang nak bid (walaupun logically tak nak guna pun barang tu)
Oleh itu sebelum over-excited better Kaklong stop.
Semasa buat pembayaran, ada dua jenis penghantaran yang Chilindo sediakan; iaitu kurier dan COD.
Kaklong pakai kurier sebab dah biasa beli online, cam confident je barang akan sampai.
Selepas Kaklong baca banyak komen dan status kat FB, sebaik-baiknya korang pilihlah COD.
Bila barang sampai baru bayar..
Sebab ada barang yang tak sampai-sampai 2 3 minggu. Mahal-mahal pula tu dorang bid.
Alhamdulillah, selepas 3 hari, barang yang Kaklong bid pun sampai..
Jangan jeles... |
Tak besar macam orang lain..
Logik la kan Kaklong bid benda kecik-kecik of course la kotak kecik.
Jom tengok apa Kaklong beli.
Ada 7 barang kesemuanya.. Yay! |
Ramai cakap kualiti barang macam pasar malam.
Ya, memang pun..
Kaklong pun dah agak dah macam tu..
BArang-barang yang Kaklong bida ni takde la nak pakai sangat.
Gedik je lebih.
Hahaha..
Untuk menambahkan lagi kegedikan, Kaklong buat satu video "Unboxing Chilindo" ni..
Sape yang banyak data tu sudi-sudi la menonton video yang tak seberapa ni..
RAsa pelik giler bercakap sorang-sorang depan kamera..
Gugup semacam je, padahal bukan ada orang pun..
Huhuhu..
Kaklong tau video ni teruk.
Sila kawal diri anda dari mengecam ya..
Bagi la can Kaklong nak syok sendiri sekali sekala. :P
Review Lipstick IN2IT
Salam..
Semalam dah review lipstick pink yang terang dan cute tu yang Kaklong beli masa shopping kat Watson haritu.
Kalo lipstick Maybeline semalam tu jenis matte dan kaler pink; lipstick kedua ni Kaklong nak cari jenama lain pula jenis glossy.
Warna pun taknak pink. Nak cari colour natural ala-ala coklat sikit nak bagi bibir nampak kurang pucat dan enhance my beauty.
Ye la tu beauty sangat. Haha..
Bole la pakai masa pergi kedai runcit, buang sampah, sidai kain dan sebagainya..
Ceh, buang sampah pun kene pakai ke.. Kikiki..
Pilih punya pilih, akhirnya Kaklong amik lipstick IN2IT Moisture Intense Lipstick.
Dari namanya dah tau ia jenis lembab dan glossy gitew,
Range harga dia pun lebih kurang macam Maybeline (maybe murah sikit).
Amik masa juga la nak pilih warna, sebab Kaklong tak biasa dengan warna coklat.
Ditambah pula lampu kat situ warna oren-oren sikit; maka warna dia tu nampak kurang jelas..
Takot teramik yang gelap sangat, atau yang pucat sangat.
Selepas pilih dan minta pendapat Cik Abang, akhirnya Kaklong pilih warna Cognag
Lawa kan warna dia ♡ |
Kat Watson tadi nampak macam coklat.
Takpe la. Jom kita try..
amacam? |
Warna dia pun lawa..
Warna dia menonjolkan personaliti yang matang, serius dan berkuasa. Cewah ayat.
Okay Kaklong bayangkan warna ni sesuai untuk lady boss, wanita korporat, doktor, peguam; pendek kata mereka yang profesional, berkeyakinan tinggi dan tak teragak-agak dengan apa yang mereka buat.
Satu lagi yang Kaklong suka ialah bekas dia yang cantik.
Berwarna perak berkilat dan almost plain.
Nampak sangat minimalist dan exclusive.
Dan masa korang putarkan lipstik tu, dia punya feel tu macam mahal beb.
Seolah-olah macam ada roda/hidraulic dalam tu.
Ntah la nak cakap, dia bukan macam Myabeline semalam.
First time merasa putaran yang macam tu. Tak reti nak explain.
Memandangkan lipstick ni jenis moist, maka ia tak kekal lama terutama selepas makan,
Kene re-touch untuk kekalkan warnanya.
Namun bibir kita nampak berkilat dan beri aura yang segar.
Nak bersihkan pun senang.
Kalo korang nak people take your seriously boleh la try pakai warna ni.
Mana la tau cepat naik pangkat dan lelaki2 gatal tu tak berani nak lebih-lebih kurang ngan korang.
KAdang2 pakai pinky ni orang akan ingat kita ni kebudak-budakan..
Pakai red pulak orang ingat kita ni flirty..
Padahal kita saja je suka kaler-kaler tersebut.
Apa warna lipstick kegemaran korang?
Review: Lipstick Maybeline
Salam..
Semalam kita shopping kat Watson..
Harini nak review lipstick Maybeline yang beli semalam.
Kaklong dari dulu sampai sekarang suka warna light pink yang seakan-akan warna bibir.Sebelum ni Kaklong setia dengan Maybeline Watershine P22 dan P24.
Lipstick tu pun dah kontot, nak kene topup la ni.
Malangnya kat Watson tu takde Maybeline Watershine.
Tak tau la kalo dah tak wujud lagi model tu.. Ataupun kat situ je takde.
Malas nk gi cari tempat lain, terpaksa la godek model lain.
Tertarik kat lipstick Maybeline ni: model The Powdermattes by Color Sensation.
Warna-warna dia semuanya ceria dan bertenaga.
Sesuai la dengan nama sensation dia tu. Huhu..
Pikir punya pikir rasa nak memberanikan diri la pakai warna terang sikit..Warna terang ni memang tak sesuai dengan karakter Kaklong yang jenis down to earth.
Tapi kan, sekali sekala nak berada di luar norma, apa salahnya..
Kannn..
Pilih punya pilih akhirnya Kaklong pilih warna ni..
Pinknyaaaa |
Perghhh.. Pink betul warna dia..
Ni kiranya warna paling lembut la. Ada lagi pink yang lagi terang.
Nak tengok warna dia kat bibir kaklong?
Lawa tak? |
Fokus kat warna lipstik tu je okay..
Kaklong suka lipstick ni. Ia jenis matte.
Warna pink dia sesuai dengan Kaklong.
Warna pink terang dia bertenaga dan ceria, namun tak menampakkan pelik pada kulit Kaklong yang tak berapa nak putih ni.
Walaupun jenis matte, ia rasa lembab je pada bibir.
Dah lama pakai pun bibir tidak kering dan warnanya terpelihara.
Paling best, lepas balik dari pergi jalan-jalan haritu, Kaklong tengok warna dia masih lagi elok. Padahal dah pergi makan dan shopping lama juga la.
Syok betul 🖒🖒🖒
Cuma warna macam ni kurang sesuai pula pakai time pergi kedai runcit ke, pergi pasar malam ke, pergi pam tayar ke. Rasa jangok sangat la pulok.
Kene cari satu lagi warna yang natural untk aktiviti yang kurang glemer gitew.
Okay..
Esok Kaklong review satu lagi lipstick.
Yang tu kaler lain pulak..
Wassalam
Review : Sebulan guna set kurus, naik sekilo lebih
Ingat tak Kaklong ada beli set kurus haritu..
Malas nak sebut nama, kalo rajin belek korang jumpa la..
Genap seminggu Kaklong consume, naik sekilo..
Minggu kedua kekal..
Minggu ketiga kekal..
Minggu keempat kekal..
Minggu kelima kekal..
Wow!
Hebat kan kesan dia..
Semasa minggu pertama tu naik sekilo, seller cakap ada banyak reason antaranya bla bla bla..
Pastu Kaklong respond (kalau tak respond macam kurang sopan pula kan)
"Mungkin juga sbb saya selalu tido lewat. Biasa pukul 2 baru tido."
Seminit kemudian dia pun naik satu post kat FB:
"Tau tak? Tidur lewat pun boleh gemuk.
Dah tidur lewat tu mesti nak makan itu ini. Insoflah!"
Lepas tu taruk smiley ketawa sampai nanges..
Post ni dia up pada pukul 1 pagi..
Erm...
Aku kenal ramai je orang tido lewat, kurus kering je dorang..
Aku kenal ramai je tido pukul 10, gemuk2 je dorang..
Makan macam-macam kalo tido lewat..
Tak tau la orang lain, kalo ditujukan untuk Kaklong, itu fitnah.
Dah 3 tahun rumah Kaklong takde kudapan (kacang, snek, roti, biskut dll)
Dah 3 tahun rumah Kaklong takde minuman lain kecuali air masak dan kopi teh untuk Cik Abang, itu pun dia bancuh sendiri sebab tau Kaklong tak minum manis dah..
Okay, langsung tak minum manis tu tipu la kan..
Makan luar minum je manis, kadang2 beli wonda coffee..
Ada la seminggu sekali dan makan sedap..
Setiap kali rasa lapar Kaklong togok air masak je nak bagi hilang lapar, punya la nak elak makan dan gula..
Pastu orang cakap macam ni pula semata-mata Kaklong gemuk dan tak turun walaupun diet, walaupun makan ubat kurus..
Sedap kan mulut dia..
Ni review Kaklong selepas consume setiap produk tu..
Minuman soya tu Kaklong minum 2x sehari..
Lepas minum pagi perut Kaklong jadi lapar sangat..
Lapar sampai menggigil, last2 kene masak untuk lapik perut ni..
Rasa macam rugi pulak..
Ingatkan ia boleh mengenyangkan selama beberapa jam, sementara tunggu tengahari..
Rupa-rupanya minum soya segelas, pastu makan pagi pulak..
TwT
Ubat pelawas tu baunya sama seperti teh detox yang pernah Kaklong minum..
Kesannya?
Pada Kaklong teh detox tu lagi lawas..
Dua-dua pun buat sakit perut, tapi teh detox lebih lawas.
Macam kurang berbaloi sakit tapi keluar sikit..
Better sakit dan keluar banyak..
Kalo korang faham la maksud Kaklong..
Dan pelawas yang terbaik yang pernah Kaklong consume ialah..
Detox water yang buat sendiri..
Perut tak sakit, cuma rasa nak membuang dengan kerap (2 3 kali juga la sehari)
Dan dia keluar dengan lembut dan habis..
Tak terputus dan tak cair serta tak menyakitkan...
Kalo korang nak try, ni resepi dia:
1.5 liter air panas
1 uncang teh hijau
Sebiji lemon (dihiris bulat2)
Sebiji oren (dihiris bulat2)
Lepas sejuk tu, simpan dalam peti..
Esok pagi minum la sikit2 sampai abes..
Lepas abes tambah air biasa dan simpan lagi semalaman.
Esok tu minum lagi sampai abes..
Pastu buang la sisa oren dan lemon tu..
Buat yang lain pula..
Kaklong pun dah start balik semalam..
Ni bukan untuk kurus, tapi untuk cuci perut..
Yang satu lagi tu cuma minyak ikan..
Dia memang bagus sebagai sumber omega-3.
Tapi bukan penyumbang utama utk kurus.
Kalo tak pasti Kaklong dah turun dah at least sekilo..
Ni stagnant je..
Kesimpulannya:
Kalo makan ubat kurus dan berjaya kurus, thanks to ubat tersebut,
Kalo tak berjaya, bermakna kita yang salah, maka kita perlu makan lagi dalam seratus botol baru kurus.. Kalau gagal juga walau selepas 100 botol, memang kita salah la..
Set kurus tu masih ada sikit lagi..
Kaklong akan habiskan..
Tak tau la lepas ni nak cari ubat lain lagi atau..
Atau apa...?
Hahaha..
Diet dah..
Senaman pun dah..
Mungkin kene buat workout dengan profesional trainer barulah menjadi kot..
Spend Rm400 utk ubat kurus vs RM400 utk trainer..
Trainer RM400 sebulan ke? Ntah..
Wassalam..
p/s : Nak baby..
Review Secret Skin White Kawaii Collagen
Korang tau tak Kaklong pernah consume Secret Skin White Kawaii Collagen..
Yang Jihan Muse jadi duta tu..
Tapi dah lama dah.. November 2015 dulu..
Ni baru terpikir nak tulis review.
Kaklong amik sebotol KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (putih) dan sebotol Secret Skin White Kawaii Collagen SSWKC (hijau)
gambar cedok : http://www.lazada.com.my/secret-skin-white-kawaii-collagen-set-jihan-3878123.html |
Ni gambo amik kat internet je..
Botol dia Kaklong dah lama dah buang.. 2015 kot..
Sebelom Kaklong start blog ni lagi..
Jumpa ejen pun kat website dorang..
Lepas whatsapp 2 hari kemudian dia hantar ke rumah.
Macam convenient sangat kan..
Tapi lepas tu Kaklong ada baca ejen lain ada bag free gift sabun muka..
Alaaa, sayangnya.. :(
Okay la...
Nak consume dia ada 2 cara:
1) Letak bawah lidah
2) Bancuh ngn air kosong
Bila letak bawah lidah kan, rasa dia macam-masam manis..
Yang hijau tu sedap, rasa macam berry dan cepat cair...
Yang putih tu kurang sedap.. Rasa dia lebih masam dan lambat nak cair, likat pulak tu..
Bila bancuh ngn air baru okay rasa dia..
First week Kaklong consume tu boleh dikatakan takde apa-apa perbezaan..
Pastu masuk second week Kaklong perasan ada jerawat besar2 kat muka.. MUngkin hormon kot..
Produk ni memang ada kolagen tapi dari ikan talapia dan tak beri kesan pada pengidap resdung..
Jadi Kaklong pun konfiden giler la...
Masuk minggu ketiga jerawat besar-besar ni makin mengganggu so Kaklong decide nak stop seminggu..
Bila stop kan, jerawat beranur-ansur hilang..
Pastu Kaklong consume semula dan jerawat beransur-ansur naik..
Haaaaa..
Apa ni.. Tak sukanya....
Kadang-kadang Kaklong fikir gak, adakah Kaklong seorang pengidap resdung yang kronik?
Sampai produk yang sepatutnya tak beri kesan negatif pun Kaklong kene juga..
Tak seronok kan jadi Kaklong... :(
Dah pernah jumpa doktor.
Doktor sahkan Kaklong memang ada resdung..
Bila Kaklong tanya "macam mana nak kurangkan resdung ni doktor? Nak tukar tabiat pemakanan ke?"
Tau doktor cakap apa?
Doktor cakap:
"Makan la apa-apa pun, Nanti resdung datang lagi, datang jumpa saya amik ubat."
Erm... apa ni?
Nak jual ubat je ke?
Bila jumpa pakar, pakar takanak citer pulak..
Bila kita google, dorang cakap, "percaya sangat doktor google tu."
Erm...
Walaubagaimanapun ada juga POSITIFnya tau..
Lepas sebulan Kaklong nampak kulit macam cerah sikit...
Pastu time mandi pun, masa gosok2 badan rasa macma gebu je kulit saya..
Alahai, perasan betul tu..
Tapi yang paling ketara la kan..
Masa buat keje kat laptop ni, kaki Kaklong biasanya bersilang kat bawah kerusi tu..
Rasa tapak kaki macam smooth je..
Bukan la tapak kaki Kaklong ni merekah-rekah sangat, cuma takde la gebu..
Tapi macma ketara sangat la kelembutan..
Cewah.. Gituuuu...
Hahahha..
Macam rasa segan pula nak puji diri sendiri..
Namun begitu Kaklong stop consume disebabkan masalah jerawat tu..
Ntah la..
Tak tau nak kata disebabkan resdung ke..
Atau ada masalah alergic yang lain menyebabkan hampir semua produk Kaklong takleh pakai..
Nampak sangat kan..
Korang yang takde masalah alergic cam Kaklong mungkin okay kot..
Rasa cam seronok pula dapat kulit gebu gebas macam haritu..
Haha..
Sekarang Kaklong tak amik apa-apa suppliment dah..
Kecuali Kacip Fatimah yang Kaklong kaklong citer haritu
Bukan tak mau, tapi kebanyakannya mengandungi kolagen..
Dan Kaklong macma dah fobia dengan kolagen ni..
Hahaha..
Korang ada makan produk macam ni tak?
DUAL DRIVE for SMARTPHONE at LAZADA
ONLINE REVOLUTION akan berakhir esok..
Esok tau..
Cepat-cepat shopping kat LAZADA sekarang..
Okay, sebelom gi shopping, ni ada satu lagi benda yang Kaklong nak share ngan korang..
Haritu fevret Box of Joy Kaklong ialah Manual Chopper kan..
Ni ada satu lagi fevret aka sangat berguna buat Kaklong iaitu:
Manual Chopper Tefal : my favourite product from Lazada Box of Joy
Ingat tak Box of Joy dari Lazada yang Kaklong dapat haritu?
Harini nak show off produk yang paling Kaklong suka dalam banyak-banyak barang dalam kotak tu.. 😃
Yang paling Kaklong suka ialah:
Ketagih dengan SMULE
Giler lama tak update blog..
Blowalking pun tak juga..
Ni semua gara-garam SMULE
Smule ni dah lama wujud, tapi cam biasa la Kaklong ni slow sikit..
Haha..
Baru-baru ni (dalam seminggu dua yang lepas) perkara buruk telah menimpa bisnes kecik Kaklong dan rasa nak give-up terus berniaga.. Sebab mengalami kerugian gara-gara supplier gampang.
Tapi abang pujuk suruh teruskan juga, alasannya kerana dia seronok pos barang setiap hari..
Ape la.. Pos barang pun seronok ke.. -__-"
Dalam kemurungan tu la Kaklong ingat nak download game kat playstore.
Pastu ternampak app smule, teringat pula kawan facebook yang upload video dia nyanyi2..
Kaklong pun download je la. Saje je nak mengubat hati luka..
Tapi lain pula jadinya..
Kaklong jadi terlampau seronok sampai ketagih la pulak..
Disebabkan penat nak kene tengok 7 video baru dapat nyanyi satu lagu, Kaklong amik keputusan untuk subscribe selama sebulan. Harganya RM3.50 atau pun RM28 setahun.
Mula-mula gelepor nak setahun, pastu pikir balik, mungkin ketagihan ni tak berpanjangan, better guna sebulan je..
Ada juga terbaca orang subscribe sebulan, tapi sampai-sampai bil kene tolak RM30++.
Dia guna phone Apple. Yang Android ni tak sure.. Nanti sampai bil baru tau ada charge lain ke tak..
meh ler follow |
Mula-mula bayar guna debit card tapi tak jalan.
Kawan fesbuk cakap kene call bank minta dorang tukar setting..
Ada juga yang bayar guna topup. Kalo tak silap bole guna celcom dan maxis..
Disebabkan Kaklong pakai umobile, tak dapat bayar guna topup. Sob sob..
Guna kad kredit abang je...
Naseb baek ada abang.. Kalo masuk bil RM30+ pun, dia bayar je la demi isteri tercinta.. Gitew..
Kalo takde app smule ni, korang bole juga gi kat website dia SMULE.COM
Tak sure la dapat ke tak berkarok kat situ..
Tapi bole la dengar suara kawan-kawan yang sedap giler tu..
Selepas dengar suara-suara mereka pasti korang confident nak nyanyi.
Hahaha...
Masa seronok nyanyi sorang-sorang tu kan, baru la tau bole duet dengan siapa-siapa pun yang kita jumpa. Dalam keseronokan memburu pasangan duet, Kaklong terjumpa sorang ni suara dia best sangat. Terus follow dan duet semua lagu dia yang Kaklong tau je la..
Tak lama tu dia respond dan cakap suara Kaklong best. Hahaha.. Kembang do kene puji..
PAdahal semua orang pun dia puji, sekadar bersopan..
Tapi hepi la kene puji, walaupun tau takde la betul sangat cakap dia tu. Hahaha..
Kemudian dia minta Kaklong pegi kat akaun NadaSwara dan pegi nyanyi lagu2 yang disediakan..
Motif?
Ntah.. Hahaha...
Jangan-jangan dia halau Kaklong kot..
Sekadar untuk bersopan juga, Kaklong ushar lagu-lagu NadaSwara tu, nak nyanyi satu tapi semua lagu nada tinggi...
Ada lagu lagu Indonesia yang Kaklong tak tau nyanyi..
Abaikan je la...
Keesokan harinya, NadaSwara tu pm dan minta Kaklong nyanyi satu lagu dia..
Aik, konspirasi apakah ini..
Last2 nyanyi je la lagu Ziana Zain sebab satu tu je tau..
Tapi tak sedap giler.. Hahahha...
Sekadar memenuhi pelawaan dia je..
Petang tu, dia pm lagi dan ajak Kaklong masuk group..
Group ni dorang buka untuk support ahli-ahli group.
Jadi kita saling berduet, like dan share hasil nyanyian masing-masing..
Seronok la sikit, takde la rasa keseorangan sangat..
Kaklong pun join je..
Lepas join dorang bawa masuk ke group chat; dan baru tau semua ahli group tu Indonesian..
Ada juga beberapa orang yang fasih bahasa Melayu..
Pening juga baca dorang punya chat, nak join bersembang pun tak reti.. Haha..
Baca je la..
Sekali sekala je bagi salam dan tanya khabar, pastu jadi silent reader..
Sebab tak faham dorang borak pasal apa..
Tapi seronok, dorang baik-baik dan banyak ajar Kaklong bahasa Indonesia..
Ada juga kene tipu, tapi datang yang lain betulkan penipuan tu..
Gelak guling2 ngn dorang ni.. COmel sangat..
Puas juga cari orang Malaysia kat SMULE tapi tak ramai la..
Mungkin belom jumpa lagi..
Setakat entry ni ditulis Kaklong dah nyanyi 83 buah lagu..
Sambil-sambil buat keje, dengar lagu suara sendiri.. Hahaha..
Korang ada smule tak?
Kalo ada letak id kat komen ek. Kaklong nak follow.
Tak pon, follow je Kaklong, nanti Kaklong follow balik.
id smule Kaklong : NS_Kaklongchan
Bye
Review : Ebook Cara Mudah Simpan Wang
Salah satu perkara yang Kaklong perlu buat tapi susah nak buat ialah simpan wang...
Bila dapat duit Kaklong rasa rugi pula simpan..
Sebabnya, kalo ditadirkan mati esok, rugi je simpan duit sampai sejuta..
Kalo belanja dapat makan sedap-sedap, baju mahal-mahal, beg dan kasut cantik..
Betul tak?
Pastu terfikir pula, kalo ditakdirkan mati pada usia 100 tahun..?
Umur 80 mungkin tak larat nak kerja kuat dah..
Kalo larat pun keje yang simple2 dan gaji pun murah je..
Mak ayah kita bole la duk relax kat rumah sebab itu adalah rumah mereka sendiri, takyah bayar sewa..
Kita?
Sekarang pun sewa RM600 tu kira murah dah..
PAda usia 80 nanti berapa sewanya? Usia 100 tahun nanti berapa pula?
Sekarang rata-rata kita nak buat loan rumah pun tak layak..
T___T
Kalo ada simpanan, in shaa Allah bole survive tanpa perlu jadi gelandangan di usia tua kelak..
Macam extreme sangat je imaginasi Kaklong ni kan.. :D
Lepas baca eBook Cara Mudah Simpan Wang ni, baru faham kenapa Kaklong payah nak menyimpan wang..
Niat dan keinginan tu memang ada, lama-lama lupa pulak..
Pastu teringat balik, pastu lupa... Dan begitu la seterusnya..
Lepas baca buku ni rasa termotivasi nak menyimpan semula..
Dalam buku ni ada cerita kenapa kita susah nak saving dan ia guide kita cara mudah simpan duit yang siapa-siapa pun bole praktikkan..
Mudah je rupanya..
Yang tak mudah ialah nak jadikannya tabiat.. Dalam ni pun ada bagitau camana nak develop tabiat menyimpan.
Penulisannya pun ringkas dan menggunakan Bahasa Melayu tinggi yang mudah difahami...
Sape yang rasa susah nak menyimpan tu bole la dapatkan ebook ni kat SINI
Harganya cuma RM59..
Ia didatangkan sekali dengan ebook 7 Perangkap Kewangan..
Ha? Apa tu...?
Jeng jeng jeng!
Kalo nak tau kene la dapatkannya..
Rasa pelik juga apa tu perangkap kewangan kan..
Lepas baca, baru nampak logiknya..
Perangkap tu berlegar-legar di sekeliling kita, sama ada sedar atau tidak..
Bagus juga dapat tau awal2, bole berhati-hati sebelom terjebak.
Selain dapat dua ebook ni, kita juga akan dimasukkan ke group tertutup FB : Bincang Wang
Kat sini banyak lagi hal-hal kewangan yang kita bole dapat dan sentiasa updated.
Seronok kan!
Sekali je bayar, tapi manfaat berterusan..
Okay,
Sabar ya, jangan beli dulu.. Belom abes cerita lagi ni..
Nak citer pasal DISKAUN pula.. :D
Istimewa untuk pembaca Blog Kaklong, penulis nak bagi diskaun kat korang semua..
Time korang contact dia nanti korang bagi password : KAKLONG
Karang dia faham la tu dan tanpa banyak tanya terus bagi diskaun kat korang semua..
Huuuuu..
Best kan.. Best kan..
Okay, sekarang bole klik untuk beli...
Semoga bermanfaat ^^.
Bye
Review : Kylie Liquid Lipstick Inspired (fake) : Koko K
Semua orang cakap tentang Kylie Liquid Lipstick dan ramai orang jual.
Kaklong takde la minat sangat lipstik.
Dari dulu sampai sekarang Kaklong pakai warna yang sama je.
NAmun bila hari-hari dorang duk upload, buat Kaklong tertarik pulak nak try.
Kemuncaknya ialah bila nampak orang pakai kaler Posie K.
Cantek la warna tu..
Kaklong pun order; bukan yang ori la.. Yang fake..
Tapi taknak nampak macam tipu sangat, gelaran fake tu dah ditukar kepada "inspired"
BAru la tak nampak macam lanun sangat.
Huhuhu...
Yg ori takde la mahal. Dalam USD15 je sebiji..
Lepas convert harganya lebih kurang RM63 sahaja.
Murah kan...
Lepas buat pembayaran, baru tau warna Posie K dah abes.
Ada yang set sahaja. Set tu disertakan sekali dengan lip liner..
Kaklong tak pakai lip liner, rasa takde keperluan pula nak beli yang set.
Jadi tukar la..
Next time bila restock, order je sekali lagi.
Pilih punya pilih akhirnya kaler Koko K jadi pilihan..
Kerana dia nampak macam Posie K juga, cuma lembut sikit (ala-ala nude)
Satu lagi Kaklong minat yang Candy K tu, shade dia coklat lembut (ala-ala nude juga)
Itu la yang Kaklong faham melalui warna kat gambar.
Seminggu kemudian sampai pun...
Tapi warna ni macam terlalu pink la...
Bukan seperti yang Kaklong bayangkan..
Ni gambar-gambar yang Kaklong dok perhati sebelom order.
Apakah ini.....?
Tidak.. tidak..
Terlalu pink ni. Pink bandung ni. Hahahaha...
Nampak macam Ganguro Girl la pulak...
Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Urm..
Bila tengok balik, lawa juga warna ni.. Untuk orang yang berani la..
Kurang sesuai utk Kaklong yang suka warna natural..
Naseb baek murah je..
Kalo beli yang ori, tetibe dapat kaler gini; tak nanges aku..?
Yang best dia seolah-olah permanent..
Long lasting duk kat bibir, tak perlu touch-up berkali-kali..
Yang tak best dia melekat..
Bila kita satukan bibir atas dan bawah, bibir kita melekat macam pakai gam...
Haha...Pelik ni..
First time jumpa yang melekat camni.
Rasanya dah tak berminat dah nak order Posie K dan Candy K..
Lesson learned..
RAsa tak puas hati pula. Nak cari lipstik lagi ni..
Ralat pula tak dapat yang kita nak kan..
Ada ke yang nak belanja Kaklong?
Bye
Beli Nurraysa Skincare Treatment Serum
Alamak, lupa nak tulis.
Dah lama dah peristiwa ni..
Tapi takpe, tulis je kan..
Pertengahan Ogos lepas, Kaklong terpikir nak try pakai serum..
Usia Kaklong dah 32 tahun, nak try juga la pakai produk kecantikan..
Mana tau tetiba berubah jadi macam Nora Danish ke..
Hahaha..
Kawan FB Kaklong sorang ni jual produk Nurraysa Skincare.
Kaklong godek-godek ternampak serum..
Harga pun okay juga, RM39 je (tak termasuk pos)
Tetibe nampak gambar berpurdah, teringat pulak billboard kat highway tu..
Ooooo.. produk ni ke..
Baru tau..
Nak try la, cam best je..
Kaklong pun order dan 2 hari kemudian sampai la kat umah.
Ni la rupa Treatment Serum Nurraysa tu..
Memang takde kotak ek..
Biasanya produk skincare ada kotak kan..
Dan kebanyakan yang exclusive ni dorang seal ngan plastik..
Pastu dia bagi sekali sampel sabun kolagen.
Kaklong takleh pakai sebab alergy kolagen..
Katalog produk pun dia bagi sekali tau..
Senang la pasni kalo nak beli lagi..
Kaklong ada buat video kat Channel Kaklong..
Tapi video buruk-buruk je la.. Merepek ntah hape2..
Bukan video profesional.
Guna camera phone je pun; potrait pulak tu. Hahaha..
Kalo korang lapang sangat gi la tengok..
Jangan kecam2 ek..
Kaklong buat suka-suka je pun..
Sebab terlebih lapang pulak time tu.. HUhuhuhu...
K la, in shaa Allah Kaklong buat review lepas abes pakai 1 tiub ni nanti..
Kalo korang ada produk/shop/servis nak feature kat blog ni contact Kaklong kat FB atau IG ya.. :>
Bye