Review Movie : Phone Booth


Phone Booth

Citer lama ni tahun 2002.

Kisah dia simple je.

Seorang pereka publisiti yang buruk perangai selalu telefon girlfriend dia kat pondok telefon yang sama pada waktu yang sama setiap hari (kot).

Satu hari tu lepas abes gayut ngan makwe, tetibe telefon di pondok tu berdering lalu dia pun angkat. Pemanggil di hujung talian tu memang nak bercakap dengan dia pun.

Memula dia ingat prank pastu pemanggil tu sebut nama dia, alamat dia, nombor telefon dia siap call lagi isteri dan girlfriend dia cakap benda yang mencurigakan. 

Rupa²nya pemanggil tu tengah acukan senapang kat dia dari kejauhan. Dan dia kene ikot apa saja yang pemanggil tu cakap, kalau tak, kene tembak.

Pada awal cerita, kaklong rasa cam bodo je orang ni pergi layan pemanggil tu, letak je la tepon tu dan walk away abes citer.

Tapi makin lama kaklong pun makin sesak dan buntu seolah² berada dalam situasi dia. Kaklong cuba juga la tolong dia cari jalan, tapi hanya kebuntuan yang kutemui. 

Kaklong tak sempat menilai lakonan ke, lakon layar ke, skrip ke, cinematografi ke; sebab kaklong sebok berdebor. 

Tu maknanya citer ni berjaya secara total la kan.

Sape yang dah lama tak rasa berdebor sila la tengok citer ni. Ada kat Netflix.

Amaran : Ada kata² kesat dan carut dan pelacur berpakaian seksi. Takde bog€l takde ciyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^