Review filem : I Care a Lot


Citer tentang orang keji.

Kisahnya Si Markonah ni pi cari orang tua² yang banyak aset dan banyak duit pastu kawtim dengan doktor untuk mengesahkan orang tua² ni tak berkeupayaan untuk jaga diri sendiri lalu dapat perintah mahkamah untuk tempatkan orang tua² ni di rumah jagaan orang tua. 

Pastu semua aset orang tua ni dia pegang (secara sah) dan dia "uruskan" termasuklah bayar diri sendiri sebagai penjaga yang sah dari segi undang².

Uruskan tu bermaksud dia pergi cairkan (jual) aset² orang tua² tu secara berperingkat untuk cover kos duduk kat rumah orang tua² dan kos dia sebagai penjaga yang sah.

Orang tua² tu pula tak tahu pun aset mereka dijual sebab mereka dikurung dalam rumah orang tua² tu tanpa dapat hubungi sapa² termasuk anak sendiri.

Gila tak gila taktik Markonah ni.

Satu hari dia berjaya masukkan nenek sorang ni yang sangat kaya tapi sebatang kara dengan mudahnya ke dalam rumah orang tua². Tapi kali ni dia silap orang. Nenek tu rupanya bukan orang sembarangan.

Semalam kaklong baru je terbaca pendapat tentang kita patut menormalisasikan hantar mak ayah ke pusat jagaan orang tua², semacammana mak ayah kita hantar kita ke nurseri masa kecik² dulu.

Harini tertengok citer ni pulak 😑
Rasa tak selamat je nak hantar.

Citer ni bole.dibuat dengan lebih dark dan serius, tapi tak. Citer ni dibuat dengan ringkas je. Maybe dorang nak kita fokus pada modus operandi si Markonah and the gang supaya kita berjaga².

Walaupun ringkas tapi mendidih gak darah aku tengok manusia² keji ni.

Lakonan sangat berkesan oleh Rosamund Park sebagai markonah, dan beberapa pelakon handalan lain yang sangat memberi kesan kepada jiwa kita yang menonton.

Tapi girlfriend si markonah tu, Fran, tak pandai sungguh berlakon. Mengada je lebih konon pandai sangat. Dia mencacatkan momentum tontonan kaklong. 

Ada satu lagi citer macam ni tajuknya Unsane, ada kat Netflix juga.Tapi citer tu lagi emosi. 
Kaklong tengok separuh je sebab rasa cam triggered je. 

Citer I Care A Lot ni ada aksi lesbi yang tidak keterlaluan. Tak keterlaluan pun tapi songsang. Jangan la tengok ngan budak².

Ada kat Netfilx



Ulasan

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan