Review Filem Black Widow Disney Hotstar Malaysia


Baru tengok citer Black Widow ni tadi kat Disney Hotstar.

Citer ni mengisahkan asal usul Black Widow dan asal usul Romanoff juga. Dia tunjuk sekali la semua "ahli keluarga" Romanoff. Kali ni dia nak selesaikan orang jahat. Haha. Semua citer superhero pun macam ni kan.

Jalan citer dia biasa² je dan expected.
Tapi penceritaan dia menyeronokkan. Mungkin sebab skrip dia sangat relax dan simple.

Babak lawan sedap tengok.
Villain dia tu lain macam je best dia. Dia punya outfit pun smart.

Watak ayah dia tu kaklong suka.
Maybe kaklong rindu kat ayah, jadi kaklong suka la watak ayah dia tu. Maybe la.
Sebab cam tak logik pulak kaklong minat watak tu. Haha.

Citer ni tak sebagus citer mcu yang lain. 
Tapi penceritaannya yang santai, flow citer yang smooth, gambar lawa, pertarungan lawa, pakaian lawa; maka bila boring² nak tengok tv, kaklong akan pilih Black Widow berbanding Captain America dan Thor. 

Tapi kaklong akan pilih Antman dan Dr. Strange berbanding Black Widow.

Hero Marvel kegemaran kaklong ialah Antman. Sebab citer tu smart giler. Dia punya suit tu lagi la super smart, warna dia yg tembaga² tu kan ya Allah, kaklong bole sesak nafas kerana terlalu suka. Dr Pimp tu pulak dah la hensem, bijak giler pulak tu reka air yg bole buat orang jadi kecik dan kuat giler dalam masa yg sama. Anak Dr Pimp tu pulak cantek giler pastu pandai giler berlawan. Dah ler hero dia Paul Rudd. OmG, Paul Rudd hokayyy. Dah ler hensem, kelakar, comel apa lagi apa lagi, semua dia la senang cakap. Pastu ada pulak kawan dia yg Latino tu kan, yg cakap laju² tak  berhenti (halaa lupa nama). Haa nampak je dia terus rasa seronok sebab dia tu kelakar semulajadi yg tak perlu try hard pun. Pastu ada pulak bini Dr Pimp, ya Allah dah la lawa giler, cerdik giler pulak tu dapat hidup kat Kuantan Fizik ke apa nama, dulu dia Cat Woman sekarang dah insaf la kot lepas kawen ngn Dr Pimp. Pendek kata Antman adalah superhero yang paling sempurna yg pernah dicipta setakat ni. Tu belom masuk lagi kereta Hot Wheels yang dorang bole pilih je nak pandu kereta apa haritu, ya Allah seronoknya kalau betul.

Itu la review pendek kaklong tentang citer Black Widow. 

Patut dapat 2.5/5 star je.

Tapi disebabkan kaklong perempuan dan mcu nampak tak begitu serius buat citer superhero perempuan ni (patut bole buat lagi sedap, tapi dorang buat macam asal buat je sebab takkan tak buat kann). Lagipun selama ni Black Widow tu macam tak penting pun dalam Avengers (kecuali untuk tenangkan Hulk dan dikorbankan untuk stone apa tu lupa dah) maka kaklong bagi 4.5/5 kerana kaklong appreciate Romanoff yang bersungguh² bersama Avengers hingga ke akhir hayat.

RiP Natasha Romanoff

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^