Robert Sheehan


Robert Sheehan ni memang talented actor.

Tapi bila pegang watak utama, dia kurang menyerlah.

Pegang watak yang, nakal, pelik², bermasalah, baru nampak talent dia tu. Dia pandai tunjuk emosi yang tak stabil.

Namun begitu (cewah ayat), disebabkan dia ada kontrak dengan The Umbrella Academy selama 5 tahun (kalau tak silap), dia tak bole bole pegang watak² utama dalam filem atau drama dalam tempoh kontrak tu.

Sepanjang tempoh tu dia buat podcast berkenaan alam sekitar, aktivis alam sekitar dan tulis buku.
 
Yang terbaru dia akan join pementasan, kat Ireland la. Tapi tu la, kaklong bukan bole tengok pun pementasan dia.

Kaklong rindu juga nak tengok dia bawa macam² watak lagi, tapi itulah tak ada.

Kaklong harap dia akan lebih menyerlah bila habis kontrak nanti.

Tapi kaklong rasa dia lebih suka teater. Sebab gaya lakonan dia lebih sesuai dengan teater berbanding filem 

Dia ada pergerakan yang besar dan berlebihan yang sesuai dengan teater berbanding filem yang perlukan pergerakan kecik² tapi berkesan. 

Haha. Pandai sangat aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^