Perlukah Buka Channel Youtube?

Photo by freestocks.org from Pexels

Kaklong terbaca satu artikel di satu blog yang kawannya (seorang blogger otai) nak buka channel youtube untuk jana pendapatan.

Dia nasihatkan jangan berharap sangat kepada youtube sebab nak monetize susah (requirement : 1000 subscribers dan 4000 jam watch time). Makan masa.

Katanya kalau nak jana pendapatan, blog pun bole.

Inilah pendapat kaklong sebagai blogger sendu dan youtuber sendu.

Ini pendapat tau bukan fakta. Jadi tak perlu bergaduh² ngan kaklong kalau tak setuju 

Kaklong ada 3 blog yang aktif (tak berapa aktif dah sejak ada anak 😅), tapi cuma satu je layak monetize.

1 blog tu dulu layak. Lepas kaklong lupa renew domain terus adsense hilang, views drop teruk dari 1000 ke 2 views je sehari, dan tak muncul pun kat search engine.

1 lagi blog tu katanya content tak berkualiti untuk beriklan.

Blog yg monetized tu ada 1177 blog post sejak 2010.

Tau tak berapa adsense kaklong dapat sebulan? Seposen ke satu dolar sebulan.
Yaaaa. 1¢ to $1 per month.

Nama pun blog sendu, niche dan kaklong tak pakai seo, serp dan sebagainya (sebab tak pandai. Haha).

Channel youtube kaklong pula kaklong start dari 2010 juga. Ada 73 video dan 5.7k subscribers.

Kaklong dapat $9 ke $30 sebulan.

Youtube pun tak pakai seo, serp dsb.

Blog kaklong masih kene update supaya adsense tak kene tarik (kalau tak silap 4 bulan tak aktif kene tarik).

Youtube kaklong tak buat video baru pun ada je subscribers baru dan duit masuk (walaupun sikit).

Bayangkan blog dan youtube kaklong yang sendu tu pun bole dapat la sikit; korang pasti bole dapat banyak dengan ilmu dan pengetahuan yang korang ada. Of course bole.

Jadi kalau korang seorang penulis blog yang terfikir nak buat channel youtube, buat je.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Lagipun kaklong sendiri dah kurang baca blog. Kaklong prefer podcast atau orang bacakan untuk kaklong. 

Sebab kaklong mengait. Sambil mengait tak bole membaca jadi youtube la pilihan kaklong. Kaklong yakin ramai yg macam kaklong. Nak membaca, tapi kene buat kerja.

Sejak beberapa tahun lepas lagi kaklong cari app yang bole bacakan blog semasa kaklong mengait. Tapi tak jumpa 😭.

Kalau la semua blog dalam dunia ni di-audiokan bapak la seronoknya.

Ini cadangan kaklong untuk korang yang nk buka channel youtube.

Target pertama ialah content.
Jangan fikir pasal views dan subcribers.
Buat content je.

Target nak buat 100 video (contoh).
Siap video ke-10, baru start promote channel korang.

Sebab apa 10 video baru promote?
Sebab nak tukarkan view tu jadi subscriber.
Kalau 1-2 video je ada, mungkin dia taknak subscribe (lagi, maybe next time bila dah banyak video. Tapi next time dia lupa atau tak jumpa dah channel korang. Penat je promote)

Lepas tu baru la konsisten buat video setiap minggu atau setiap dua minggu atau setiap bulan. Sebaiknya tulis kat header tu new video every *week/ 2 weeks / month. Dengan cara ni lagi orang minat nak subscribe sebab nak tengok next video.

Lagi elok content channel tu adalah niche yang sama supaya subscribers tak lari. 

Contohnya kaklong subscribe sebab nak tengok masak² tapi next² content video wrestling, video memancing, video prank, ada video gosip artis; rojak je channel tu kaklong akan unsubscribe. Sebab kaklong taknak tengok benda² tu selain memasak atau yg sewaktu dengannya macam beli barang dapur, siang sotong cara mudah, cara cuci kuali hitam dsb. Yg berkaitan la.

Content tu bole guna post yang sedia ada kat blog/fb korang. Visualkan dengan gaya yang mempesonakan.

Pastu pastu...

Blogger biasanya suka membebel panjang², tapi bila nak buat video, nak video yang macam mana?

Yang paling mudah sekali video tunjuk muka dan membebel depan kamera. Tapi sebenar tak mudah.

Kaklong sendiri pun asyik pandang atas kiri je bila membebel. Pastu tersasul la. Pastu kapal terbang lalu la. Kene edit banyak.

Kalau tak confident depan kamera bole buat video buat keje pastu voice over korang punya bebelan tu.

Contohnya video melukis atau mewarna, atau packing barang, atau kemas rumah, atau basuh kete, atau permandangan, atau video kucing; suara tu rakam lain dan masukkan sekali dalam video tersebut. Macam video Discovery channel tu.

Satu lagi (ni utk yang artistik la) buat kartun bercakap dan suara tu tukar la jadi Chipmunk ke apa. Haa. Comel jugak macam tu kan. 

Jangan fikir² lagi.
Buka blog korang, ambil kamera dan rakam sambil baca salah satu post paling popular kat blog korang tu.
Edit comel² pastu publish kat YouTube 

Pastu hantar url dia kat kaklong, kaklong nak subscribe. (Paste kat komen di bawah pun bole).

Selamat Maju Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^