Free Template yang Menyakitkan Hati



Geram pulak kaklong.

Kaklong terjumpa satu blogger template yang menarik ni, nama dia Storify.

Lepas dah apply tu nampak cute sangat blog ni. Nampak kemas je.

Kaklong pun luangkan masa susun atur dan edit semuanya.

Lepas dah siap dan published, beberapa hari kemudian baru kaklong realized yang blog kaklong takde ruangan komen.

Kaklong pun godek-godek balik dia punya documentation dan buat dah macam dia suruh tu, tapi tetap takde ruangan komen tu.

Alahai geramnya hati saya.

Free template selalu macam ni.
Ada je benda yang takde la, yang tak elok la, yang tak berfungsi la, yang tak terletak la. Geram betul aku.

Dalam blog demo dia tu ada je, bila kaklong buat takde pulak.

Geram la.
Geram sebab banyak buang masa.

Walaupun takde orang jenguk blog kaklong ni takde orang pun nak komen blog kaklong ni, tapi rasa ralat sangat bila takde ruangan komen.

Macam sombong je kita tutup ruangan komen.
Camtu la perasaannya.

Ni kaklong guna blogger template je dulu.

Blogger template ni kaklong tak suka sebab takde butang next pada hujung entry.

Kaklong suka butang next tu.

Kaklong malas dah nk cari template lain. 
Buang masa betul.

Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan