Blog dah terindeks di search engine

Alhamdulillah.

Minggu lepas kaklong check blog kaklong dah mula terindeks kat search engine.

Link yang muncul tu cuma 3 blogpost yang baru minggu lepas kaklong tulis. Post yang lama-lama dulu takde muncul 🙁.

Tapi takpe la. Sekurang-kurangnya ada juga muncul, walaupun sikit.

Tadi kaklong check lagi.
Kali ni ada 8 post dah muncul.
Alhamdulillah ❤️


Kenapa ya tiba-tiba boleh muncul?
Padahal selama ni takde pun.

Seingat kaklong minggu lepas kaklong cuma up entry baru dan juga do something dekat Google Console Sitemap.

Sitemap lama tu kaklong delete, dan tulis balik. 

Kaklong tengok link sitemap tu sama je macam yang lama, tapi itu la. Tak tau la itu punca blog kaklong muncul balik ataupun takde kene mengena.

Owh satu lagi kaklong ada tukar template.
Ntah la ada kaitan ke tak dengan penukaran template tu.

Kaklong harap google cepat² la sikit crawl bagi banyak blogpost kaklong duduk dalam google. 

Aaminn..

Owh, kalau korang nak check blog korang ada ke tak kat google, taip "site:blogsaya.com" kat search bar.

Contohnya blog kaklong ni taip :

site:blogkaklong.blogspot.com

Sama macam dalam gambar tu.

Semoga bermanfaat 😊


Ulasan

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan