Kenapa Kaklong Berhenti Main TikTok?


Masa first time kaklong discover tiktok beberapa tahun yang lepas, kaklong rasa meluat sangat.

Tak habis² video orang menari dn memperbodohkan diri sendiri.

Kemudian, awal tahun ni kaklong install sekali lagi dan menakjubkan, banyak dah berubah.

Memang ada menari2 dan bodoh2 tu lagi.
Tapi kaklong terus tekan "no interested" terus tiktok tak tunjuk dah kat kaklong video sebegitu.

Video² yang kaklong suka pulak, kaklong akan tekan love. 
Dan menakjubkan, muncul video² yang seangkatan dengannya.

Secara spontan kaklong jatuh cinta pada tiktok.

Video atau Creator yang kaklong follow adalah yang berkaitan dengan perniagaan, tutorial, parenting, sains, info teknologi unboxing, serta video deco².

Bole dikatakan setiap hari kaklong layan tiktok dan kaklong sangat happy disamping dapat banyak informasi.

Seterusnya kaklong pun join jugak buat video tiktok kat akaun Kaklong Crochet


Video suka² je bukan serius sangat.
View pun sendu.

Yang seronoknya, mudah sangat nak upload dan edit video kat tiktok. Tak perlu banyak effort la. Tak macam youtube dan ig yang rumit juga la prosesnya.

Habis tu kalau semua seronok, kenapa kaklong berhenti main Tiktok?

Sebabnya....

Kaklong dapati kaklong tak buat kerja apa sejak ada tiktok.

Sepanjang masa kaklong tengok tiktok.
Kaklong tangguhkan urusan rumahtangga dan anak sebab ralit dengan tiktok.
Kaklong tak tido malam sebab nak buat video dan edit seterusnya upload ke tiktok.

Kaklong dah ketagih dengan tiktok.

Macam yang kaklong cakap, bukannya kaklong follow hiburan kat TikTok.
Kebanyakannya informasi.
Dan ada beberapa yang berkaitan dengan hobi.

Tapi disebabkan kaklong susah nk control diri sendiri, akhirnya kaklong uninstall tiktok.

Masa awal² tu memang rasa gian jugak la.
Tapi kaklong luangkan masa main ngan anak, susun atur rumah dan mengait. Dan akhirnya kaklong lupa pasal tiktok.

Baru-baru ni kaklong buat video kraf nak masukkan dalam ig reel. Tapi part nak pilih lagu tu tak syok. Takde pilihan dan bila search pun takde lagu yang sesuai.

Kaklong pun install balik tiktok dan edit video kat situ. Upload, kemudian download semula dan upload balik kat ig. Haaa baru puas hati.

Malangnya...

Kaklong spent 4 jam skrol dan menghayati content² kat tiktok.

4 jam tak buat apa² layan tiktok.
Bayangkanlah betapa banyaknya kaklong buang masa tanpa sedar.

Pastu kaklong terus uninstall.

Walaupun rasa gian je nak tengok lagi, tapi kaklong tahan diri.

Kaklong akui video² yang kaklong ikuti tu memang bermanfaat. Cuma kaklong ni tak bole nak control diri.

Kaklong seorang ibu, seorang isteri, seorang online seller dam crocheteer; tapi semua tugasan tu kaklong abaikan sebab ralit dengan tiktok.

So tiktok has to go.
Sorry...

Sejak takde tiktok, kaklong lebih produktif.

Lebih banyak layan anak, mood pun elok je bila anak mintak perhatian.

Urusan rumahtangga pun lebih teratur, tak macam sebelum ni selalu tangguh dan buat keje last minute.

Kaklong pun selalu update blog.
Sebenarnya kaklong ada 4 blog.
Bila ada mood, kaklong tulis beberapa entry dan schedule-kan.

Hobi mengait kaklong pun lebih produktif.
Setiap hari ada je benda nak kait.
Inventori bisnes kecil kaklong ni pun selalu update.

Selain tu kaklong dapat tido yg lebih berkualiti (sebab tak berjaga malam semata² nak buat video tiktok);

fikiran lebih relax (tak memikirkan content apa pula lepas ni); dan 

badan pun tak lemau cam sebelum ni (sebab tak spend time tengah malam tonton video tiktok yang tak berkesudahan).

Dapat rasa la badan kaklong lebih sihat.

Sebelum tiktok, kaklong ada juga sikit² addicted dengan fb dan ig. Tapi sejak algo kedua² app tu macam 💩, secara automatik kaklong dah tak terikat lagi dengan dua app tu.

Dan sekarang taknak terikat dengan tiktok.

Itulah sebabnya kaklong berhenti main tiktok. Walaupun sayang, tapi kaklong lebih sayangkan kehidupan realiti.

Semoga kaklong berjaya istiqamah.
Aaminnnnn..




Ulasan

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan