Jangan Buang Blog yang Tak Aktif

Photo by Julia Volk from Pexels

Kepada korang ada ada blog tapi dah lama tak update, jangan la unpublished.

Publish je cam biasa atau abandoned je.

Kisahnya sebelum kaklong pandai mengait, kaklong ada follow blog sorang akak ni, Yati Stitch nama dia kalau tak silap.

Hasil kait dan cross-stitch dia yang dia tunjukkan kat blog tu semuanya mempesonakan hati kaklong.

Disamping itu, dia juga citer sikit² pasal kehidupan dia pasal anak², pasal dia suka berlari pagi², masakan dan sebagainya.

Satu hari dia announced yang dia nak tutup blog sebab dah tak berkesempatan menulis.

Pastu blog tu ditutup.

Sekarang kaklong dah pandai mengait dan kaklong nak sangat tengok blog dia dan nak komen² kat post dia, tapi blog tu dah tak wujud.

Seolah² memori indah kaklong tu sebenarnya tak wujud. Kaklong rasa sedih juga la.

Kaklong rasa kaklong sendirian je dalam dunia mengait ni.

Bukan semua blog kaklong suka baca.

Blog yg banyak beriklan dan mempromosikan produk orang memang kaklong tak follow. Kaklong dah jemu tengok iklan.

Kaklong suka blog lifestyle.

Lifestyle ni bukan la pergi jalan tempat fancy², makan fancy², pakaian fancy², pakai barang fancy², bukan..

Lifestyle ni adalah gaya hidup kita 

Contohnya blog introvert yang suka melukis, ada kucing 4 ekor, suka berbasikal petang², suka tengok karun Disney.

Contohnya blog mak² yang memasak 4x sehari, petang² layan pokok bunga, malam suka dengar kuliah dan share intipati kuliah yg dia dengar harini.

Contohnya blog pembaca novel yang suka review novel, citer pasal pergi kedai buku, beli ebook, dan tulis mini novel sendiri di blog.

Lifestyle macam tu.

Lifestyle yang bukan dibuat², memang natural macam tu.

Bukan lifestyle yang ajak kita membeli je setiap bulan. 

Apapun, blog lama korang tu jangan la unpublished.

Kadang² bila boring kaklong baca balik post lama² kat blog fav kaklong.

Sape ada blog (termasuk yg dh lama x update sila la drop link kat komen)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^