Review Milkshake : Alternatif selain Linktree


Nak share satu website yang bagi kaklong sangat berguna untuk influencer (blogger, youtuber etc) dan juga business owner.


Milkshake nama dia.
Nama dia ni tak menggambarkan sifat dia.

Milkshake ni satu website yang kita bole gunakan sebagai homepage atau pun digital business card.

Kalau korang biasa dengan linktree, website yang letak senarai link banyak-banyak dalam satu page tu, milkshake pun lebih kurang macam tu la, tapi lebih advance lagi.

Jom kita tengok fungsi yang ada pada milkshake ni :

1. About
Kat sini korang bole letak karangan pendek.
Karangan pasal diri sendiri ke, pasal brand korang ke, pasal produk ke, info² ke, pasal apa² pun bole asalkan karangan.

2. Link
Kat sini korang bole letak senarai link macam linktree tu.

3. Top Picks
Top picks ni bole letak gambar dan link. Kaklong guna ni untuk letak produk² yang kaklong jual dan link untuk check-out.

4. Splash
Splash ni lebih kurang macam top picks. Tapi bole letak satu gambar je, quote dan satu link. Kaklong tak pakai ni jadi takleh nak elaborate lebih. Maybe bole pakai untuk announce sales, kupon kod dan sebagainya.



5. Youtube
Last sekali kalau korang ada youtube channel bole promote video kat sini. Ataupun letak video youtube lain yang berkaitan dgn brand korang.

Banyak kan functions milkshake ni.

Kaklong gunakannya sebagai dalam bisnes mengait kaklong.


Jom kita tengok satu-satu.


Bila korang ke https://msha.ke/kaklongchan/  korang akan nampak homepage kaklong seperti gambar di atas.

Kaklong taruk gambar dan link² yang berkaitan. Lebih kurang macam linktree juga kan.

Bila korang swap ke kanan akan muncul page kedua.


Page kedua (dan seterusnya) ni kaklong letak produk yang kaklong kait dan jual.

Page kedua ni kategori Baby Gift dan sedikit penerangan mengenainya.

Pastu skrol ke bawah...


Kaklong letak beberapa sampel produk.
Antaranya baby blanket dan mama shawl.

Kat setiap gambar tu bole taruk link.
Kaklong taruk link produk dari shopee supaya mudah orang checkout kalau dorang berminat nak beli.

Jom tengok page lain pula.


Ini page tudung hitam
Cam biasa ada sikit description pastu kat bawah kaklong letak produknya.


Link pun ada sekali untuk mudahkan checkout.

Semua page lain kaklong letak kategori produk yang kaklong jual, sample dan link.

Sesuai untuk orang berniaga dan influencer.
Kalo ada domain name lagi cantik.

Berapa harga milkshake ni?

FREE!

A'ah. Free of charge je.
Kalau korang nak buang jenama milkshake kat page terakhir tu baru ada bayaran. 

Template dia pula cantik² walaupun free dan bole tukar² warna.

Tu yang kaklong pilih pink putih, nampak sweet dan segar je.

Sape berminat bole.download kat app store.
Search je milkshake k...



Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan