Hai..
Buat baik dibalas baik;
Buat jahat dibalas jahat.
Ini ialah nasihat yang kita dengar dari kecik.
Ia mengingatkan kita supaya sentiasa berbuat baik dan jangan sesekali berbuat jahat.
Betul..
Tapi, yang tak bestnya;
Nasihat ini juga membuatkan kita selalu mengharapkan balasan yang baik, setiap kali kita berbuat baik..
Harini orang nak pinjam duit, kita bagi..
Seminggu kemudian dia pulangkan duit tu..
Time kita susah nak pinjam duit, orang tu nyorok pulak..
Kan aku dah tolong kau haritu, harini kau la pulak tolong aku..
Kerana kita berpegang kepada ayat itu la, kita sentiasa harapkan balasan.
Kita berkira, kita mengungkit.
Dan bila mana orang buat jahat; kita rasa nak balas balik perbuatan jahat tu, biar padan muka..
Haritu kau buat aku kan, nah rasakan camana sakitnya aku kau buat..
Walaupun rasa tak patut buat, tapi dia tu patut diajar.
Biar dia tau, buat jahat dibalas jahat.
Kita berdendam..
Kaklong tak tujukan pada korang, tapi pada diri sendiri..
Sebab Kaklong pun macam tu..
Bila kita dah menganjak dewasa, baru nampak bahawa ayat itu salah.
Yang sebetulnya:
Buat baik dan lupakan..
Buat jahat itu syaitan..
Pegang pada kata-kata ni; dan lupakan tentang balasan yang bakal kita perolehi dari orang yang kita berbuat baik tu..
Kerana apa?
Kerana orang tu hanya manusia yang takde daya upaya..
Dia tak mampu beri lebih dari apa yang dia ada..
Siapa yang mampu?
Allah semata-mata..
Eh, kalo saya perlukan wang, tetibe Jibril turun bagi saya wang ke? Hahaha...
Bukan..
Tapi Allah yang Maha Berkuasa akan gerakkan kaki, gerakkan mata, gerakkan tangan, gerakkan hati seseorang untuk pinjamkan kepada kita wang tu.
Mungkin orang yang kita langsung tak kenal.
Mungkin orang yang pernah menerima pemberian dan pinjaman dari seseorang yang dia juga tidak kenali..
Buat baik dan lupaka kebaikan yang pernah kita buat, itulah ikhlas...
Dan bila perlu bantuan, minta dari Allah dan yakin..
Allah nak yakin tu, yakin dengan ke-Esa-an Allah..
Berapa sangat la seribu, sepuluh ribu, seratus ribu di mata Allah..
Yakin..
Buat jahat itu syaitan, obvious kan..
Tapi bila dah marah, takde ingat syaitan ke, Islam ke qada dan qadar ke. Marah tu marah la..
Bukan korang, tapi Kaklong..
Kaklong ialah orang paling pemarah. Belom pernah lagi jumpa orang yang lepbih pemarah dari Kaklong selain Hulk.
Bila terpikir nak buat jahat je, ingat ni.
Malaikat dah amik kalam, dah ready nak tulis niat jahat dan perilaku jahat tersebut..
Tapi Allah suruh hold.
Hold sampai kita betul2 buat.
Kemudian kita istighfar dan tak jadi buat.
Malaikat pun nak tulis "dosa kerana berniat jahat" sahaja..
Allah kata tak perlu..
Allah suruh tulis "pahala kerana membatalkan niat jahatnya"
Maha Pemurah..
Dan syaitan berkata, "Owh, damn it"
Atau kita nak syaitan berkata, "Woohoo, that's my man!"
Tau, ia bukan la mudah..
Kerana ia tak mudah la Allah beri "pahala kerana membatalkan niat jahatnya"
Mulai harini, pegang pada kata-kata ni:
Buat baik dan lupakan..
Buat jahat itu syaitan..
Dan jangan bersedih lagi sayang..
Kerana Allah itu hadir dalam setiap hela nafas kita..
Sebagaimana kita tak menyedari yang kita bernafas, sebegitu la kita tak menyedari kehadiran-Nya yang Esa.
Bye
Cari kat sini
About
Kaklong seorang surirumah yang rajin, isteri yang solehah, ibu yang penyayang kepada dua anak yang bijaksana
Suka membaca, menulis, mengait, melihat lukisan, berangan dan terbaru berjinak-jinak dengan exercise walaupun tak menyukainya.
Quiting Social Media
INFP
Ambivert
Suka Muzik Rancak
Suka Movie Banyak Cakap
Alkisah
-
▼
2016
(124)
-
▼
Ogos
(40)
- App untuk Monitor Berat Badan bagi yang Berdiet da...
- Nyanyi Bersama
- Skala Saiz Badan
- Pencuci Muka Terbaik
- Cara Pendekkan url dan Jana Pendapatan dengan LYNK.MY
- Pengalaman Jual Emas kat Ar Rahnu Express
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 11
- Tukar ATM card CIMB kepada MyDEBIT
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 10
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 9
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 8
- Pengembaraan Mencari Kurus Day7
- Laptop Rosak
- Kitosis
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 6
- Ketone Strips
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 5
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 4
- Shopping Time : From SHOPEE
- Resepi Apple Puff
- Day 3 : Pengembaraan Mencari Kurus
- Jalan di i-City Shah Alam
- Day 2 : Pengembaraan Mencari Kurus
- Day 1 : Pengembaraan Mencari Kurus
- Result Kesuburan
- Samyang Ramen yang... tak tau nak cakap apa
- Pelanggan Tipu : bagi bukti pembayaran palsu
- Facebook App yang Lebih Ringan
- Servis Review Produk
- Sewa Banner di Blog
- Buat Baik vs Buat Jahat
- Tak Perlu Korek Telinga
- Nak Main Pokemon Go!
- VACATION BUKIT GAMBANG RESORT CITY
- Profail Facebook Baru
- Pengalaman Check Kesuburan
- Reason Takde Orang Lawan Digimon Kaklong
- Ikan Bilis Elok vs Busuk
- Digimon Evolve Lagi.
- Bertuah
-
▼
Ogos
(40)
Misi 2026
- Turun 6kg (79>73kg)
- Morning walk 2km
- Bfast low carb, higher protein
- Jalan 10 minit lepas makan
- Suku suku separuh
- Sayur>Protein>Carb
- Minum air masa semasa makan
- Minum setengah gelas je air bergula. Pastikan kurang manis
- Jangan makan semasa minum air bergula
- Evening walk 2km
- Hari tak walking, ganti dgn 1km indoor walking

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^