Hai.
Ingatkan harini ulser ni dah kebah, rupanya sama jugak macam semalam..
Cuma saket kepala dah kurang dalam 2 bar camtu..
Harini naik 200g
TOTAL LOSS 10 HARI = 2.3kg
Hari ke 10 masih takleh makan seperti biasa..
Masih kene makanan lembut..
Kenapa? Kenapa time ni jadi begini..?
Eh, takleh merungut. Setiap kejadian ada hikmahnya..
Okay, jom tengok menu yang confirm tak lulus (erm, naik balik la berat kita..)
Sarapan:
- roti benggali abang beli semalam
- grounded coffee dan susu sikit
Makan sekeping je.. Tu pun makan sebab takot gastrik.
Ikot ati malas nak makan.. Tak tahan nak buka mulut ni.. T___T
Roti ni jenis kering tawar tau. Tak sedap.. Tapi sangat sesuai makan ngan sup..
Kaklong makan yang putih tu je, kerak dia bagi abang..
Takot nak makan kerak, takot keras...
Semalam kami ada aktiviti di luar rumah..
Sepaanjang pagi sampai petang duk atas moto je..
Kaklong bawak bekal air, tak la dahaga sangat dalam perjalanan tu.
Kul 3 kitorang balik dah sebab abang keje kul 4.
Tengahari Kaklong tak makan..
Tak sanggup.
Sebelom Maghrib makan juga sebab tak taham lapar.
Makan malam
- Roti benggali jugak
- sunquick tawar (nak bagi cicah, tak mau minum kpi takot tak tido cam semalam)
Roti ni pun amik sekeping je.
Kali ni terpaksa makan kerak dia tu..
Memang tak sedap, tapi kene lapik perut jugak..
Angah pelik bila tau Kaklong sakit sampai takleh makan..
Ulser ni macam ulser biasa je kat lidah tu..
Cuma lokasinya betul2 dekat gigi geraham..
Gerak sikit lidah, terus kene hiris/cucuk kat tepi gigi yang tajam tu..
Itulah puncanya...
Pastu malam tak makan.. Takde selera dah..
Ulser pun berdenyut2..
Dekat2 tengah malam Kaklong berguling2 lapar..
Balik dari keje kul 12 abang bawak sup ayam dan roti..
Kaklong makan sekeping roti dan hirup sup je, ayam abang makan..
Tapi dapat juga makan ayam beberapa ketul sebab dia potong kecik2 sangat..
Gambo tak snap, lupa la..
NGantuk dan saket sangat time tu...
Air 2 liter
Senaman 10 minit je pagi.. PAstu takde mood.
Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^