Alamak, lupa nak update..
Kaklong baru je online ni. Harini buat banyak keje sebab semangat lain macam. Hohoho..
Berat harini turun 300gram.
Uuuu.. suka suka.. Ingatkan naik..
Ok jom proceed..
Menu diet hari ke-6
Sarapan:
- Sarapan paling boring. Hari-hari makan 2 biji telur separuh masak
- Secawan green tea..
Esok nak try makan benda lain pulak, tapi nak makan apa ek...
Lunch
- Ayam masak kurma tanpa santan dan ghee
- Bayam goreng pedas
Kaklong masak 2 ikat bayam, tapi ada seikat tu dalam dia dah melecuh.. Sayangnya, sikit la bayam harini. Sob sob...
Abang ada kat umah arini, seronok betul dia makan nasik lauk kurma. ^_^
Dinner
Oit?
Apa ni? Salah gambar ke?
Tak salah tu, memang betul dah..
Kaklong pecah pantang hari ke-6..
Ingat tak semalam Kaklong citer pasal Ketone Strips?
Lepas dapat je cepat2 Kaklong test dah hasilnya mengejutkan. T__T
Ketone Kaklong melebihi tahap optimal dan tinggi pulak tu..
Risau punya pasal Kaklong minta abang belikan kek..
Bole je nak pecah pantang dengan minum sirap makan nasi dan sebagainya tapi macma tak berbaloi pulak.
Alang-alang pecah pantang biar la makan sedap terus. Baru berbaloi.
Lagi satu kalo makan benda yang ada dalam rumah, esok rasa teringin nak makan lagi, dan benda tu ada je depan mata.
Kalo makan yang kene beli ni, esok takkan nak beli lagi kot (mahal pula tu - tapi sedap...)
Bukan tu sahaja, Kaklong juga makan ni:
omg! Macam melebih-lebih pulak dia ni..
- Roti sekeping dan aiskrim.
- kek tadi separuh je makan, separuh lagi abang makan.
Harap-harap, esok ketone Kaklong turun dan diet semula supaya jadi optimal..
Eksesais tak buat.. (haha.. malas betul)
Air 2.5 liter (lebih sikit)
Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^