Sambung citer pagi tadi.
Semalam lepas dapat Ketone Strips tu, cepat-cepat Kaklong buat test.
Dan resultnya..
Result ketone Kaklong = 8
OMG!
Dalam entry Ketone Strip semalam tahap optimal (selamat) ialah 1.0-3.0 kan..
Dalam diet atkins ni tahap yang ok ialah 4.0 kerana kita tak amik langsung karbohidrat dan gula.
Tapi kita balancekan dengan amik sayur hijau yang banyak (sekilo satu hidangan kalau bole; atau setengah pinggan nasi bagi sayur hijau yang dah siap masak) dan air yang banyak..
Dan harini Kaklong naik jerawat banyak tau.
Kat muka ada 4 biji, 3 daripadanya jenis bernanah (tapi kecik)
Kat leher ada 3, kaki ada beberapa, tangan pun ada.
Tak sure la jerawat ke apa, nampak cam jerawat.
Dan kebetulan beberapa harini Kaklong consume serum baru (owh, belom tulis entry), tak tau la kot kot serum tu punya pasal, ataupun diet ni, ataupun Kaklong dah dekat nak period.
Banyak sangat kemungkinannya.
Kalo produk tu punya pasal takkan jerawat tumbuh kat tangan dan kaki cam tak logik pulak.
Sebaik saja tengok result ni (masa tu pukul 6.30ptg), Kaklong terus minta abang beli kek; sebelom Maghrib tu terus makan kek tu separuh, sekeping roti dan aiskrim.
Lepas Maghrib baru la cari maklumat pasal Ketone (masa tu macam dah bertenang sikit)
Rupa-rupanya ketosis bukan hanya bergantung pada jenis makanan yang kita amik setiap hari.
Tahap ketosis yang tinggi bole disebabkan oleh :
- Kandungan air dalam badan yang tak cukup
- Berlapar
- Terlalu banyak eksesais
- Penyakit Kencing Manis
Kaklong cuba relate benda ni dengan diri sendiri.
Air - cukup je Kaklong minum 2 liter sehari (ada 1 hari tu 1.5liter)
Lapar - A'ah memang Kaklong lapar. Walaupun makan tapi cepat lapar. Mungkin diet tu cepat cerna kot. Bila lapar Kaklong tak makan timun ke ulam ke, Kaklong biar je lapar sampai the next meal. Dari dulu Kaklong gitu.
Terlalu banyak eksesais - Nampak sangat tak. Haha :D
Penyakit kencing manis - memang tak
Jadi ketosis Kaklong tinggi kerana tak consume carbs langsung dan berlapar dalam tempoh yang lama. Dah dapat jawapan.
Yay!
Tapi rasa curious pula pasal air tadi.
Baru teringat penimbang digital yang beli haritu (sehari sebelom start diet) ada function utk ukur beberapa perkara tentang badan kita ni.
Ni result Kaklong:
Result
Kaklong (%)
|
Normal (%)
|
|
FAT
|
54
|
25-30
|
HYDRATION
|
31.6
|
51.5-48.1
|
MUSCLE
|
22.7
|
|
BONE
|
10.8
|
|
CALORIES
|
2013
|
Jangan tengok la kat "fat" tu, obvious la Kaklong gemuk kan, tu sebab nak diet. Huhuhu...
Tengok pada hydration Kaklong iaitu 31.6% sahaja berbanding normal mesti paling kurang 48.1%
Nampak macam Kaklong kurang air je kan..
Pastu revised semula pasal water intake untuk diet atkins ni
Rupa-rupanya memang Kaklong tak cukup air..
Dalam diet atkins, kene minum air sebanyak 1liter bagi 25kg berat badan.
Bermakna Kaklong kene amik 3liter baru sesuai dengan berat badan.
OMG!
Tak cukup rupanya.
Selama ni pun minum dah naik kembung dah perut, buang air pun banyak kali..
Masih tak cukup ... T___T
Pasni kene minum 6 botol la, bukan 4 botol seperti biasa..
Wooowooo...
Banyak tu... T___T
Lebih kurang pukul 10 malam dan minum 2.3L air, Kaklong try check sekali lagi..
sori gambar gegar. |
Ni mesti sebab badan dah mula guna bahan api asal (iaitu gula dan carbs dari kek, roti dan aiskrim tadi) dan minum lebih air.
Pagi esok kita tengok camana ya..
Kesimpulannya, dalam tempoh diet ni tak bole berlapar dan mesti minum 3 liter air..
Kite tengok, adakah dengan buat dua benda ni kitosis Kaklong maintain elok.
Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^