Masuk sini free je, tapi nak join aktiviti semua kene bayar. Harga pun boleh tahan la. Pikir 2 3 kali jugak la. Nasib duk dekat, takde la rasa sayang sangat tak beraktiviti. Esok2 masih ada (kalo ada la). Kalo yang datang dari jauh tu takkan tak nak beraktiviti; yang bawak anak lagi la.. Oleh itu sila sediakan wang sebanyak-banyaknya sebelom memulakan perjalanan ke sini (terutama sekali yang mai dari negeri lain).
Kat sini parking Rm3.00 sejam. Kami masuk 3 jam setengah = RM12. sob sob..
Sampai2 kami terus jalan kat pokok2 berlampu tu.. Saya sengaja je pakai tudung oren, supaya nampak kat mana saya dalam gambar tu.. Hehe (pandai tak saya?)
Pastu pusing2 dan masuk Art Museum ke apa nama dia.. Rm15 sorang.
Posing sakan la kami kat dalam tu.. Lebih2 lagi weekday takde orang. Takde la segan sangat nak lepas laku. Selepas abes bateri phone (punya la dasyat bergambar), kami pun terpaksa keluar.
Pastu "ter"lalu kat archery, jatuh cinta pulak nak try. Amik pakej sikit je. RM12 (kot) utk 12 batang arrow.. Syok jugak.. Naseb baek tak bawak duit, kalo tak memang sampai pagi la memanah. Hoho.. Tapi yang ni tak amik gambar sebab bateri dah kong..
Tu la 2 tempat kami masuk. Ikot hati nak masuk semua, tapi ikot hati mati kan.. Haha.
Pastu kami pun balik...
Berikut adalah beberapa pic yang sempat snap utk tatapan umum. Untuk tatapan bukan umum pun banyak, tapi nama pun tatapan bukan umum..
Sape2 nak pi tu info2 la yer.. Nak join.. Hehehe... X>
Sebelom jalan kite tengok peta dulu...
Senarai harga kat sini..
Sebelom datang, sediakan duit banyak-banyak..
Ni salah satu mainan. Macam bot pusing2 kat dalam tu.. 70kg ke bawah je bole naik.. T_T
Dah masuk dalam ruang permainan tu.. Amik gambar ngan baby mammoth jap
Dok jalan2 terjumpa dengan anak naga Merlin.. Apa lagi sembang panjang la kami.. Huhu
Nyorok pulak Abang Long ni.. XD
Syhh.. Jom kiter masuk dalam..
Giant oscar.. Mata oscar keluar laser tau..
Bangunan belakang tu macam wax museum. Ada patung lilin bintang2 terkenal. Kami tak masuk pun, baca yang risalah tulis tu je la mampu.. Woo.
Ready for Take?
Jom masuk Art Museum
NI dalam art museum yang saya citer kat description td. Kat sini la kami tangkap gambar banyak gila. Orang kampung la katakan.. Haha..
Gambar2 ni semua cuma lukisan kat dinding, tapi bila amuk gambar nampak cam 3D. Dasyat la artist2 ni
Gambar2 ni semua cuma lukisan kat dinding, tapi bila amuk gambar nampak cam 3D. Dasyat la artist2 ni
That's not me.
That's my reflection.
Where am I?
Rasanya harta karun berada di dalam dungeon ni..
Tak pon di balik pintu rahsia ni..
Wooo.. Buih!
Nak join!
Berani kau main ngan buih anak aku yer.. Amik ni!
Erk? Tidakkkk!
Alaa.. tomey tomey.. meh sini..
Eleh, tak takot..
krik krik krik..
.........
Comelnya...
Tu ialah Abang Long dan Kucing Palsu
Sampai sini je, bateri kami kong...
Sob sob..
Sape nak gi, ajak Kaklong tau..
Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^