Pengembaraan Mencari Kurus Day 9

Hai

Hari ke-9 Kaklong diserang sakit kepala yang teramat sangat..
Mula dari bangun tido sampai malam pun tak bole tido akibat sakit yang berdenyut2 macam apa je ni..
Puncanya ulser Kaklong ni la..

Takleh bercakap, takleh buka mulut.
Aktiviti memberus gigi pun disertai dengan linangan air mata..

Serius, makan pun mengalir air mata..
Bukan sedih ke apa, tapi pedih sangat..
Allah.. Tak tau nak cakap..

Okay, berat turun 500g (elok la tu, semalam naik 500g; pusing2 gitu je la kau..)

Menu pulak..
Erm.. menu yang menyayat hati.. :'(

Sarapan:
 - Tak perlu diperkenalkan lagi..
Korang pun mesti dari semalam dah dapat agak kan.. Haha..

Nampak je simple kan.. Setengah jam juga la nak abeskan..
Yang ni lagi dasyat, disebabkan dia cair + lembik, dia bergerak ke seluruh dalam mulut..
Time kene ulser tu, perghhhh, pedih.. T___T

Pastu Kaklong takde mood dah nak makan..
Tengahari duk pikir nak makan apa ni..
Dah defrost ayam, tapi ayam kalo makan dia akan jadi cebisan dan mesti pegi jalan2 kat ulser..
Macam semalam la, azab nak abeskan..

Ikan pun ada ikan tongkol je, keras jugak macam ayam..
Sayur lagi la, mana bole telan gitu je.. Mesti kunyah lumat2..

Telur.. tak mau..

Last2 Kaklong tak makan tengahari..

Mana tak lapar, tapi terseksa.. Duk saja2 pun berdenyut kepala, gigi  dan telinga.. Apa lagi time makan..

Tak tahan sangat sakit kepala, Kaklong gi masuk tido..
Tapi susah gak nak lelap..

Petang tu text abang minta beli roti benggali..
Nak cicah air je pastu telan dia hidup2, takyah kunyah..
Roti je yang Kaklong terpikir dalam situasi yang kritikal ini

Abang balik je, cepat2 gi sambut dia (padahal nak sambut roti)
Tengok2 abang melenggang kangkung je balik..

"Abang baca mesej tak?" Kaklong tanya dengan pelat sebab takleh buka mulut.
"Baca," jawab abang dengan penuh konfiden.

Erm, kalo baca mesti la bawa balik roti kan.. Nampak sangat..
Sedih hati Kaklong dah ler lapar giler..

Pastu Kaklong bawa diri ke dalam bilik dan serta merta tido kesedihan (elok pulak bole tido, tadi takleh..)

Dekat2 nak Maghrib tu terbangun..
Bangun je buka phone, tengok ada 1 mesej masuk.

"Abg dah beli"

Alahai, comelnya.. Ni suka ni..
Terus basuh muka nak makan roti.

Makan malam..
- Roti Benggali Peanut Butter
- Grounded Coffee dan susu sikit je (nak cicah bagi roti jadi lembik)

Roti ni memang khas dipilih kerana ia jenis kering, keras, tawar (pendek kata tak sedap dimakan begitu saja).
Oleh itu, walaupun roti ni tak lulus atkins, tapi inilah makanan yg paling boleh dimakan dalam keadaaan beta yang tidak berdaya ini..

Pastu sebelom tido teguk secawan detox tea.

Air amik 2.25Liter

Senaman : takde, sakit kepala do..

Tido lewat giler, tak tahan saket punya pasal.

Bye

2 ulasan:

  1. Get well soon Kaklong! Baca kena ulser tu rasa macam seram je. Tak sanggup bila kena ulser ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ.. Memang seram Sha.. Stress sangat. Takleh makan (paksa jgk sbb lapar), tido pun tido2 ayam je.. Harap2 baik cepat.. :(

      Padam

Komen la sikit ^^