Dah beberapa hari Kaklong cari ketone strips, tapi tak jumpa pulak.
PAstu farmasi pulak tutup, katanya tutup setiap Selasa..
Semua farmasi tutup hari Selasa ke..
Tak sabar punya pasal Kaklong cari online je.
Jumpa satu kat Shopee terus beli.
Petang tadi sampai.. Yay!
Dapat free pen. Haha..
Memandangkan Kaklong buat diet atkins, maka penting la untuk check tahap ketosis dari semasa ke semasa..
Apa tu ketosis?
Kaklong explain dalam bahasa kampung secara simple la ya.
Badan kita akan gunakan karbohidrat dan gula sebagai sumber utama.
Selagi sumber ini mencukupi (melalui makanan yang kita makan setiap hari), dan kurang menggunakan tenaga (pendek kata kurang berpeluh) selagi itu la ia tak bakar lemak.
Untuk orang yang berdiet dan yg buat diet atkins macam Kaklong; badan tak jumpa cari gula dan karbohidrat (sebab kami tak makan sebarang makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat); tapi dorang nak tak nak kene bakar juga sesuatu untuk jadi tenaga; nak nak bila kita banyak bersenam pulak tu.
Dalam keadaan terdesak ni, badan terpaksa bakar lemak di bawah kulit sebagai bahan api. Sebab itu pengamal diet atkins dan low carbs ni mudah kurus. Tapi badan tak selesa la.. Dan kene consume banyak sayur dan air untuk meneutralkan badan.
Proses pembakaran lemak ni akan menghasilkan ketone yang badan kita bole guna sebagai sumber tenaga. Proses ini juga menghasilkan acetone tapi badan takleh guna dia ni. Maka dia akan keluar melalui air kencing.
Ketone Strips yang Kaklong beli ni dapat check banyak mana acetone dalam air kencing dan secara langsung tau adakah badan kita tengah bakar lemak atau bakar karbohidrat dan gula. Kalo bakar lemak, banyak mana range dia.
Sebenarnya tak check pun takpe..
Tapi kalo serius nak turun berat badan better check..
Lagipun kalo ketosis tinggi pun tak elok tau
Gambar ni amik kat http://ketodietapp.com/Blog/post/2013/11/30/Ketosis-Measuring-Ketones |
Time korang check nanti, pastikan result dia antara skala 1.0-3.0
Kalo masuk 3.5 dan ke atas tu bahaya sikit.
Mula-mula tu bahaya sket, pastu lama-lama bole bawa kepada kegagalan organ, koma dan mungkin juga kematian..
Tapi kalo lama-lama la.. Jangan takut sangat tau..
Cuma kawal pembakaran lemak kita tu ke tahap yang optimal, in shaa Allah semuanya akan ok..
Kaklong dah check tadi.
Esok Kaklong update ya.
Panjang juga nak citer ni.
Bye.
Selamat berjuang dalam proses meng-kuruskan diri ye kaklong. Haha ! Sha pulak berjuang nak gemukkan badan, at least 38kg - 40kg. Sekarang 34kg aje. Rasa macam sedih plak...
BalasPadamAnyway, nice info, barulah kenal dengan perkataan ketosis itu..
PadamTerima kasih Sha.. :)
Eh, ringannya. Berat Sha sekarang berapa..
In shaa Allah bole gemuk sikit tu. Chaiyuk2!