App untuk Monitor Berat Badan bagi yang Berdiet dan nak Kurus

Hai.

Time diet ni, camana korang monitor berat badan..
Tulis kat jurnal?
Tulis kat whiteboard?

Kaklong obvious la kan tulis kat blog (padahal takde orang pun baca. Haha)

Selain itu ada satu app Kaklong install kat phone untuk memudahkan lagi proses simpan data.

MONITOR YOUR WEIGHT APP
App ni percuma je..
Banyak lagi app lain yang hampir sama fungsinya, cuma Kaklong rasa selesa dengan app ni.

Kenapa?

1) Korang boleh waktu, berat dan tarikh mula; dan target berapa kilo korang nak capai pada tarikh berapa haribulan.. 
2) Dia juga tunjukkan statistik: berapa kilo dah korang turun setakat harini, berapa kilo lagi tinggal, lemak dlm badan ada berapa percent, bmi yang dikira secara automatik.
Pendek kata satu page ni je pun dah lengkap.

3) Setiap kali korang timbang berat, klik kat enter weight tu dan taip brape berat harini.
Dia akan rekodkan termasuk tarikh dan masa secara automatik.
Bar hijau tu ada penurunan.. Bar kuning tu berat dah naik.. Senang kan nak check.

Yang tulis 3 liter. 2.5 liter tu ialah note yang Kaklong tulis untuk ingat berapa banyak air Kaklong minum haritu.. Korang bole tulis note lain juga yang berkaitan contohnya berapa mini bersenam harini atau tulis reminder seperti "detox tea malam ni"

 3) Ada graf penurunan berat yang buat semangat berkobar2 nak kurus
Camni kan, nampak cam banyak je turun setiap hari.. PAdahal yg turun tu gram gram je. Huhuhu...
Tapi takpe, asalkan bole suntik semangat apa salahnya..^^

Bole juga tukar kepada biew bulanan..
MAcam ni.. Tapi tak berapa cantek la...

Kalo full view kurang syok..
Tengok ni.. SIkit sangat penurunannya.. Tak excited..
Kite tengok current view je la ya.. Syok sket.. hik hik..

4) Dan last sekali, bukan bole rekodkan berat badan sorang je, banyak orang pun bole.. Bole la korang setting utk 5 orang anak, atau setting korang suami isteri. Setting anak2 kucing pun bole, mana tau nak monitor berat badan depa.. Hohoho..

Sapa yang nak start diet tu jangan lupa tau app ni..
Jangan bimbang download je...

Bye

Nyanyi Bersama

Hai.

Tengah-tengah diet ni teringat pulak lagu ni:



Jom nyanyi bersama!

Oh sayang
Walaupun Engkau gemuk,
kau gemuk, kau comel
Walaupun Engkau gemuk,
kau gemuk, kau comel
Walaupun Engkau gemuk,
kau gemuk, kau comel
Walaupun Kau gemuk,
kau comel, mel, mel
Biarpun beribu gadis di sisiku
Di dalam visiku Hanya ada kamu
Sungguh aku rindu untuk bertemu
Dengan dirimu Si lemak tepu
Renungan matamu Buat ku berdebar
Langkahmu membuat Bumiku bergegar
Usahlah kau bimbang Usah kau gentar
Sebesar besar tubuhmu Cintaku lagi besar
Oh mamaku berpesan jangan kau tinggalkannya
Hanya kerana berat badan dan paras rupa
Oh takkan ku tergoda pada yang lebih menawan
Cuz even though she’s a fatty But she is my fatty bambam
Oh sayang Walaupun Engkau gemuk,
kau gemuk, kau comel
Walaupun Engkau gemuk,
kau gemuk, kau comel
Walaupun Engkau gemuk,
kau gemuk, kau comel
Walaupun Kau gemuk,
kau comel…
Tak mampu bernafas Dalam pelukanmu aku lemas
Tapi percayalah Setiap incimu sempurna
Dari atas ke bawah
Oh mamaku berpesan
berpesan jangan kau cari yang lain
Perasaan perempuan jangan kau buat main
Oh takkan ku tergoda pada yang lebih menawan
Cuz even though she’s a fatty
But she is my fatty bambam
Seronok kan.. Jom ulang sampai pengsan..

Lepas bangun dari pengsan, ziarah penyanyinya kat facebook Encik Dzul Izzat 
Bye

Skala Saiz Badan

Hai.

Kaklong jumpa post ni kat facebook SYAI AIZAT
Dia ni coach untuk ajak orang kurus dan sihat.
Gi follow facebook dia..

Sekarang Kaklong kat no 7 (70+kg) nak pergi ke no 5 (target 55kg).
Kalo bole nak capai dalam tempoh 6 bulan. Dalam bulan 2 agak2 dapat tak capai 55kg..?
Taknak kurus sangat; chubby2 la sexy. Haha...

Bye

Pencuci Muka Terbaik

Hai..

Kulit muka Kaklong tak ada la masalah sangat .
Cuma satu je.

Resdung.

Silap makan sikit, gatal muka.
Silap makan , naik jerawat.
KAang-kadang jerawat halus, kadang-kadang jerawat besar yang merah menyala dan pedih bila tak disentuh. Kalo sentuh lagi pedih..
Paling tak syok bila kene infection, dia pun bernanah..
Huuuuuu... Tak best..

Susah sangat nak cari pencuci muka yang sesuai.
Pernah satu yang sesuai ialah Clean & Clear. Time tu memang clean and clear sungguh kulit wajahku.
Pastu jenama tu tukar packaging sikit..
Bau dia berubah, texture dia berubah dan hasilnya pun berubah..
Dah tak sesuai dah pakai..

Pastu try and error sampai la jumpa pencuci muka Nivea yang kaler pink.
Yang tu sesuai..
Lepas pakai dua tiub, Kaklong pi cari tiub yang ke-3, dah takde dah yang tu..
Dia tukar packaging dan nama sekali.
Try la pakai yang lain, tapi tak berkesan jugak..
Huuuuuuuu


Sekali lagi try and error dan jumpa sabun muka homemade dari satu kakak ni..
Kaklong order yang kolagen punya..
Sebuku kecik tu RM30.
Try pakai, alhamdulillah, clear muka, moist dan halus je..
Suka sangat.

Tapi cepat abes la..

Masa nak beli kali kedua, tengok kakak tu upgrade sabun tu supaya lebih berkesan (kot)
Beli sekali lagi yang kolagen juga

Tapi

Wooooooo!
Teruk sangat.
Muka naik gatal-gatal, miang, dan berjerawat macam kene serang..
Pedih sangat kulit mukaku..

Stop pakai kejap..
Taknak la salahkan sabun tu.
Kot2 Kaklong ada silap makan..

Pastu try pakai balik, confirm memang sabun tu tak berkesan malah buat jadi lebih worst.

Try and error lagi.
Dan akhirnya Kaklong pakai ni..
Syahirah..
First time pakai waktu tu malam tau.
Pagi esok tengok jerawat semua kecut.
Eh? Biar betul.

Dua tiga hari pastu muka rasa clear je.
Dah kurang gatal, kurang kusam dan rasa lembut serta moist.
Ni dah masuk tiub yang ketiga setakat ni..
Jenuh gak nk tunggu abes.

Tapi nak kata muka Kaklong clear sampai takde jerawat tu tak mungkin la.
Sebab Kaklong kan ada resdung.
Taknak ada resdung takleh makan seafood, takleh makan kacang dan mungkin ada benda2 lain lagi yang takleh makan.

Kaklong ni semua benda pun hentam.
Huhuhu..

Kalo korang tercari-cari pencuci muka yang sesuai, try la Syahirah ni; kot2 la berkesan.
Bole didapati kat pasaraya dan farmasi.
Harganya pun mampu milik..

Bye

Cara Pendekkan url dan Jana Pendapatan dengan LYNK.MY

Hai.

Korang tau tak macam mana nak pendekkan link?

Contohnya link ni : http://asma-felt-box.com/index.php?route=product/product&path=63&product_id=54

Dan jadikan pendek macam ni : http://lynk.my/3Aee

Cuba klik kedua-dua link tu, tengok sama tak tempat dia..
Don't worry Kaklong tak buat prank.

Sebelom ni Kaklong selalu guna website luar negara untuk kecikkan link.
Kini ada yang versi Malaysia punya tau.

LYNK.MY

Camana nak guna?
Klik je link yang Kaklong bagi kat atas ni lalu pastekan url yang korang nak kecikkan dalam ruangan yang disediakan..


Okay, sebelom klik, Kaklong nak bagitau sesuatu yang penting juga ni.

Alang-alang guna servis ni, apa kata kita tambah duit poket at the same time.
Camana tu?

Setiap kali korang guna url yang pendek tu, sebenarnya korang tolong dia beriklan.
Sebagai ganjaran, dorang akan transfer sen sen kat korang..

Sikit je, tapi kalo dah pakai 10 link sehari dan tampal kat banyak tempat; banyak jugak tu..
Dan link tu kekal berada di situ 10 tahun kemudian..
Kalo sehari 10 tempat darab la 10 tahun.. Bole la cover duit topup dan broadband.
Betul tak..

Tak berminat takpe, kalo berminat, pegi kat website tu, pastu sign-up dan pilih "publisher"

Selepas selesai daftar, login pastu akan muncul dashboard seperti ini:
Klik "create link" dan paste url yang nak dipendekkan tu..
Pastu klik "lynk it!" dan secara automatik link yang tadi panjang berjela dan jadi kecik kontot.

Copy link tu dan letakkan kat mana-mana yang sesuai.
Nanti website ni akan jejak berapa orang klik url tersebut lalu dapat la jana duit sikit-sikit.

Teknik ni sesuai untuk korang yang aktif menulis blog, update twitter (kan takleh tweet panjang-panjang, pendekkan url ni memang penyelamatnya), update facebook, aktif kat channel youtube dan macam-macam lagi..

Dari guna saja-saja, better manfaatkan..

Semoga korang dapat RM80 sebulan utk bayar broadband.
Aaminn

Bye

Pengalaman Jual Emas kat Ar Rahnu Express

Hai.

Baru-baru ni beberapa barang niaga Kaklong telah abes secara mengejut sebab kene borong.
Dan dan tu nak restock, tapi tak cukup pulak duit (borong kene banyak, bayar pun kene banyak la jugak jawabnya.. T__T)

Takde duit punya pasal, Kaklong decide nak gadaikan emas simpanan Kaklong..
gold coin 3 keping

gold bar 1 gram 3 keping

suku dinar 3 keping

Yang lain2 simpan lagi..
1 Dinar ni pun simpan

Sebelom ni Kaklong ada cuba jual direct dengan harga beli kepada orang lain, tapi rata-rata nak murah lagi, dan offer harga yang bukan-bukan..
Tanya2 stokis pun takde yang nak amik buat masa ni.
Kaklongtakde la tanya semua orang; setakat yang Kaklong kenal je la..

Kat Pulau Pinang ni tak banyak Ar Rahnu yang terima emas Powergold
Dan Kaklong tak dapat nak tunggu proses jual beli dari stokis.
Oleh itu, kami pun pusing2 la cari Ar Rahnu..

Ar Rahnu Yapiem hanya terima barang kemas.
Ar Rahnu Exchange tak terima emas amethyst (katanya takde dalam list)
Nak pergi pajak gadai bukan Islam, nanti ada riba kan.. Kalo bole nak elak la..

Last2 masuk pulau cari Ar Rahnu Express..
Bapak payah nak jumpa sebab kami tak kenal area pulau..
Akhirnya jumpa pun..

Naseb baek Ar Rahnu Express terima semua jenis emas termasuk gold bar, gold coin, dinar, barang kemas
KAtanya sebab dorang Habib Jewels (atau under Habibs Jewel ke apa macam tu la, Kaklong tak faham sangat), maka semua emas pun dorang amik.. Mungkin kerana mereka bole leburkan utk buat barang kemas. 

Dia offer nak beli, harga RM160/gram emas 24k.
Jadi dapat RM1223.00

Kalo gadai/simpan dapat 75% dari nilai tu pastu upah simpan RM12 sebulan selama 6 bulan.

Ni first time Kaklong gadai emas, macam blur2 je tak tau nak decide.
HArga emas semasa pula Kaklong tak check, sebab pikir nak gadai je..

PAstu pegawai tu bagitau, kalo barang kemas better pajak sebab sayang bentuk dia dan ada sentimental value..
Emas gold bar dan dinar camni bole jual sebab beli lain pun bentuk camni gak..
Lagipun lepas cabut ni, wrapping dia dah rosak, nak jual balik pun tak cantik..
Apapun terpulang pada Kaklong..

Betul apa dia cakap tu..
Memang la sayang kan, tapi kalo beli baru, ada packaging baru, no siri baru..
Berat tetap sama..

So, decide nak jual, takyah pikir pasal nak tebus balik nanti.
Saje je nak tunjuk, nanti tak caya pulak

Pegawai tu buka wrapping emas tu dan timbang
Pastu dia pegi check ketulenan emas tu pula.
Pastu dia buat keje kat komputer dia dan amik cash bagi kat Kaklong

Erm, senang sangat.
Sukanya!

Pastu kami pun balik.

Balik je terus Kaklong check harga beli balik emas pada hari tersebut.
Kalo tolak semula kat syarikat, dorang amik dengan harga RM1402
Beza RM179

Takde la rugi, sebab harga time Kaklong beli tahun tahun lepas jauh lebih murah..
Cuma kalo jual direct dapat extra RM179..
Tapi takde pulak orang nak beli time ni.. T___T
Harga emas 2 tahun kebelakangan ni..

Pasni kene kumpul semula emas gantikan 6 keping yang hilang tadi..

RAmai juga yang cakap better simpan barang kemas, bole pakai, takyah bayar zakat..
Kene ukur baju kat badan sendiri la..
Kaklong payah nak kumpul cash. Ada duit je, pegi borong, ada duit pegi borong..
Kalo simpan, duit slow je masuk..
Kalo belanja, laju je masuk..

Tu pasal simpan emas kecik2 ni..
Paling murah RM100++
Paling mahal RM250++

Harga macam ni, memang bole sangat Kaklong beli.

Sapa yang macam Kaklong angkat tangan.

^_^

Pengembaraan Mencari Kurus Day 11

Hai.

Patutnya harini balik kampung.
Tapi saket punya pasal, Kaklong tak balik la..
Abang balik sorang naik bas..

Sebenarnya abang takde lesen kete dan tak pandai bawak kete.
Balik kampung Kaklong la yang drive sorang.
10 jam pulak tu, Kaklong pun bukan bawak laju sangat, biasa2 je la..

Jadi kali ni Kaklong betul2 tak larat nak drive.
Ni pun banyak tido je 3 hari ni tahan sakit.

Harini ni turun 200gram

Pendek kata berat Kaklong tak gerak la sejak saket haritu..
Pusing2 kat situ ler..

Sarapan dan dinner:
- Sup ayam
- Roti sekeping..

Sarapan dan makan malam benda yang sama.. Malas tangkap gambo..
Ikot ati malas jugak nak tulis entry harini, tapi malas jugak nak bertangguh.. Pendek kata semua malas la.. Huhuhuuuu..

Roti benggali dah abes, abang beli Gardenia..
Gardenia ni kaya, Kaklong tak minat sebab takleh makan banyak..

Sup tu reneh je, malas nak tulis (kan dah kata semuanya malas)..
Ayam pun potong kecik2 macam yg beli semalam, namun tak cukup kecik la..
Pasni kene kecik lagi...

Air 2.25L

Senaman tak buat; tido banyak (tido2 ayam je..)

Minta2 esok baik. Aaminnn..

Bye

Tukar ATM card CIMB kepada MyDEBIT

Hai.

Korang dah tukar kad ATM kepada MyDebit?

Kaklong baru tukar yang CIMB punya..
Maybank punya belom lagi..
Abang gi amik duit Selasa pagi, nampak lengang je bank kitorang terus isi borang nak tukar kad.
Kejap je prosesnya..
Cuma tunggu giliran tu je la yang slow sket.
Depan kami ada 4 orang lagi..

Lepas dapat kad ni, kene reset semula no pin.
Dan balik rumah reset kat cimbclick pulak..

Simple je steps dia..
Ikot je apa dia tulis..

Cuma rasa cam pelik je..
Sekian lama pakai kad hijau, tetibe pakai merah..

Camana nak guna yang fungsi wave tu ek..
Sama cam touch n go ke?

Bye


Pengembaraan Mencari Kurus Day 10

Hai.

Ingatkan harini ulser ni dah kebah, rupanya sama jugak macam semalam..
Cuma saket kepala dah kurang dalam 2 bar camtu..

Harini naik 200g

TOTAL LOSS 10 HARI = 2.3kg

Hari ke 10 masih takleh makan seperti biasa..
Masih kene makanan lembut..
Kenapa? Kenapa time ni jadi begini..?

Eh, takleh merungut. Setiap kejadian ada hikmahnya..

Okay, jom tengok menu yang confirm tak lulus (erm, naik balik la berat kita..)

Sarapan:
- roti benggali abang beli semalam
- grounded coffee dan susu sikit

Makan sekeping je.. Tu pun makan sebab takot gastrik.
Ikot ati malas nak makan.. Tak tahan nak buka mulut ni.. T___T

Roti ni jenis kering tawar tau. Tak sedap.. Tapi sangat sesuai makan ngan sup..
Kaklong makan yang putih tu je, kerak dia bagi abang..
Takot nak makan kerak, takot keras...

Semalam kami ada aktiviti di luar rumah..
Sepaanjang pagi sampai petang duk atas moto je..
Kaklong bawak bekal air, tak la dahaga sangat dalam perjalanan tu.
Kul 3 kitorang balik dah sebab abang keje kul 4.

Tengahari Kaklong tak makan..
Tak sanggup.

Sebelom Maghrib makan juga sebab tak taham lapar.

Makan malam
- Roti benggali jugak
- sunquick tawar (nak bagi cicah, tak mau minum kpi takot tak tido cam semalam)

Roti ni pun amik sekeping je.
Kali ni terpaksa makan kerak dia tu..
Memang tak sedap, tapi kene lapik perut jugak..

Angah pelik bila tau Kaklong sakit sampai takleh makan..
Ulser ni macam ulser biasa je kat lidah tu..
Cuma lokasinya betul2 dekat gigi geraham..
Gerak sikit lidah, terus kene hiris/cucuk kat tepi gigi yang tajam tu..
Itulah puncanya...

Pastu malam tak makan.. Takde selera dah..
Ulser pun berdenyut2..
Dekat2 tengah malam Kaklong berguling2 lapar..

Balik dari keje kul 12 abang bawak sup ayam dan roti..
Kaklong makan sekeping roti dan hirup sup je, ayam abang makan..
Tapi dapat juga makan ayam beberapa ketul sebab dia potong kecik2 sangat..

Gambo tak snap, lupa la..
NGantuk dan saket sangat time tu...

Air 2 liter

Senaman 10 minit je pagi.. PAstu takde mood.

Bye

Pengembaraan Mencari Kurus Day 9

Hai

Hari ke-9 Kaklong diserang sakit kepala yang teramat sangat..
Mula dari bangun tido sampai malam pun tak bole tido akibat sakit yang berdenyut2 macam apa je ni..
Puncanya ulser Kaklong ni la..

Takleh bercakap, takleh buka mulut.
Aktiviti memberus gigi pun disertai dengan linangan air mata..

Serius, makan pun mengalir air mata..
Bukan sedih ke apa, tapi pedih sangat..
Allah.. Tak tau nak cakap..

Okay, berat turun 500g (elok la tu, semalam naik 500g; pusing2 gitu je la kau..)

Menu pulak..
Erm.. menu yang menyayat hati.. :'(

Sarapan:
 - Tak perlu diperkenalkan lagi..
Korang pun mesti dari semalam dah dapat agak kan.. Haha..

Nampak je simple kan.. Setengah jam juga la nak abeskan..
Yang ni lagi dasyat, disebabkan dia cair + lembik, dia bergerak ke seluruh dalam mulut..
Time kene ulser tu, perghhhh, pedih.. T___T

Pastu Kaklong takde mood dah nak makan..
Tengahari duk pikir nak makan apa ni..
Dah defrost ayam, tapi ayam kalo makan dia akan jadi cebisan dan mesti pegi jalan2 kat ulser..
Macam semalam la, azab nak abeskan..

Ikan pun ada ikan tongkol je, keras jugak macam ayam..
Sayur lagi la, mana bole telan gitu je.. Mesti kunyah lumat2..

Telur.. tak mau..

Last2 Kaklong tak makan tengahari..

Mana tak lapar, tapi terseksa.. Duk saja2 pun berdenyut kepala, gigi  dan telinga.. Apa lagi time makan..

Tak tahan sangat sakit kepala, Kaklong gi masuk tido..
Tapi susah gak nak lelap..

Petang tu text abang minta beli roti benggali..
Nak cicah air je pastu telan dia hidup2, takyah kunyah..
Roti je yang Kaklong terpikir dalam situasi yang kritikal ini

Abang balik je, cepat2 gi sambut dia (padahal nak sambut roti)
Tengok2 abang melenggang kangkung je balik..

"Abang baca mesej tak?" Kaklong tanya dengan pelat sebab takleh buka mulut.
"Baca," jawab abang dengan penuh konfiden.

Erm, kalo baca mesti la bawa balik roti kan.. Nampak sangat..
Sedih hati Kaklong dah ler lapar giler..

Pastu Kaklong bawa diri ke dalam bilik dan serta merta tido kesedihan (elok pulak bole tido, tadi takleh..)

Dekat2 nak Maghrib tu terbangun..
Bangun je buka phone, tengok ada 1 mesej masuk.

"Abg dah beli"

Alahai, comelnya.. Ni suka ni..
Terus basuh muka nak makan roti.

Makan malam..
- Roti Benggali Peanut Butter
- Grounded Coffee dan susu sikit je (nak cicah bagi roti jadi lembik)

Roti ni memang khas dipilih kerana ia jenis kering, keras, tawar (pendek kata tak sedap dimakan begitu saja).
Oleh itu, walaupun roti ni tak lulus atkins, tapi inilah makanan yg paling boleh dimakan dalam keadaaan beta yang tidak berdaya ini..

Pastu sebelom tido teguk secawan detox tea.

Air amik 2.25Liter

Senaman : takde, sakit kepala do..

Tido lewat giler, tak tahan saket punya pasal.

Bye

Pengembaraan Mencari Kurus Day 8

Hai.

Kite buat jogaton tau..
Dah beberapa hari tinggal ni..

Hari ke-8 ni Kaklong peyod.. Yay!
Last peyod dua hari sebelom puasa haritu..
Uuuu, lama kan.. Tu la hormon tak stabil..

Setahu Kaklong time peyod ni berat badan badan akan statik atau naik.

Dan memang betul pun!
Hari ke-8 naik 500g.. Hahaha..

Takpe takpe..
Kental! Kental!
Watlek watpis je.. (dalam hati : sob..sob..)

Dan satu lagi, tetibe tumbuh ulser kat lidah..
Alahai, mintak2 la cepat baik..

Apakah menu pada hari ke-8?

Sarapan:
- Boring kan..
Punya la boring sampai malas nak tulis nama dia..

Makan Tengahari:
- ayam goreng kunyit
- pak choy rebus

Haa.. pada harini la laptop Kaklong rosak pastu gi kedai komputer.
Masa tunggu seller tu nak set up laptop baru, kitorang gi food court sebab abang nak makan..
Time tu Kaklong belom lapar lagi ditambah pulak saket ulser lidah ni..

Sambil tunggu abang makan tu, Kaklong nampak nasik ayam la, kek la, baulu la, aiskrim la, sirap bandung la... padahal selama ni tak pernah tengok pun makanan tu semua..

PAstu ada pulak budak tu menjilat2 airkrim kon nya di depan Kaklong..
Alamak, tolong la.. tolong la.. tolong la...
Erm.. diet kan..
MAcam-macam dugaan nafsu datang.. -__-"

Sampai rumah dalam pukul 9.30 camtu, baru la rasa lapar..
Ngantuk pulak tu..
Ngantuk yang teramat sangat..

Makan malam:
- Ayam goreng kunyit tadi (saja tinggal separuh utk malam, malas masak banyak kali) Kaklong goreng lagi bagi garing sket
- Timun Jepun - zucchini kot nama dia.

Disebabkan ulser ni, Kaklong amik masa setengah jam nak abeskan makanan simple ni..
Uuu.. pedih sangat..
Ulser tu duduk kat tepi lidah dekat gigi geraham..
Tiap kali gigi gerak je, rasa cam kene hiris2..
Uuuu.. saket2.. T___T

Abes je makan, terus tido..

Sebenarnya tak bole tau..
Paling kurang 2 jam selepas makan baru bole tido..

Air kosong 2 Liter sahaja (tido awal)

Senaman : Tiada - duk pening ngn laptop tak ingat dah nak bersenam..

Bye..

Pengembaraan Mencari Kurus Day7

Hai.

Update Pengembaraan Mencari Kurus tergendala kerana laptop rosak, pastu Kaklong diserang ulser lidah menyebabkan kepala berdenyut tak bole buat keje (tak bole makan juga)

Jadi ni quick update utk hari ke-7 :

Penurunan berta badan = TIADA.. (wooooo T__T)

Menu pulak:

Sarapan:
- Jemput bilis 6 ketul
- Sos cili
- Grounded coffee dan sedikit sahaj susu manis (pendek kata hampir takde rasa manis)

Memandangkan hari ke-6 ada ketosis yang tinggi, maka hari ke-7 ni Kaklong consume carbohydrate untuk stabilkan semula fungsi badan.

Makan Tengahari:
- jemput bilis tadi versi terlebih garing.. XD
- Sos cili

Puncanya tengah masak sambil tengok TV. Padan muka lupa nak balik..
Adunan jemput ni buat banyak sket pada paginya, tengahari goreng je..

Dalam pukul 2ptg, check ketosis:
Dah macam ok sket kan..

Pastu sebelom Maghrib check sekali lagi:
Alhamdulillah.. Dah turun banyak..
Yay! Esok kembali diet... :D

Air amik 2.5L (tak cukup 3L.. erm..)
Exercise 20 minit pagi dan 20 minit petang...

Bye

*tak seronok pulak tulis blog pasal perkara 2 3 hari lepas.. Tak feel la.. 

Laptop Rosak

Salam.

Semalam laptop Kaklong rosak.
Masa on tu dia tulis "The RCP Server is Not Available"
PAstu klik ok, dia suruh masukkan password. Password apa? Mana ada set password.
Masa taip pun huruf tak keluar.

Google jugak cara, tapi tak faham..
Pastu abang balik, godek2 tak dapat jugak..

Abang cakap, dia kene explore dulu mana kedai baiki laptop, dan cuti pun lambat lagi (abang keje shift).
Haaa.. bila nya? Orang nak keje la..

Netbook abang tu ada, bole guna dulu sementara..
Kaklong ok je, cuma netbook dia tu lembab.
Kita klik, 3 4 saat kemudian baru dia respond.. Kita dah biasa komputer laju..
Takpe la nak wat camana..

Yang buat Kaklong panik ni, semua keje selama 6 tahun duk dalam tu..
Dan Sabtu lepas, Kaklong baru rakam 4 video tutorial, transfer semua dalam tu sebab memory card kamera ni dah penuh.
Nak buat semula? Tak sanggup.. T__T

Pastu adik cakap, bole keluarkan hard disk tu pastu beli kabel dia utk akses semua data dalam laptop.
Haaaa.. ok2..

Lepas Maghrib kitorang terus gi cari kedai komputer.
Abang la yang tanya2 seller tu, Kaklong cam biasa melilau buat bodo je cam takde kene mengena.
Kabel tu takde jual, kene cari kedai lain..

Sebelom keluar tu, tengok2 laptop kejap..
Ada offer laptop RM1011..
Saje ngecek abang, "nak laptop ni bole tak?"
Abang cakap, "amik la"
Hahaha.. Bestnya pakai amik2 gitu.

Masa nak keluar abang tanya lagi, "nak yg ni ke?"
Eh, betul ke nak  bagi? OMG OMG!
Kaklong cam blur2 kejap, tak expect bole dapat.

Akhirnya amik yg RM1599, sebab yg murah tu pakai Intel Celeron.
Tak sure la beza dia tapi seingatkan Kaklong Celeron utk pakai ringan2, sekali sekala, sikit2 ok la..
Yg buat byk keje cam Kaklong ni better jangan.

Satu lagi Kaklong suka sebab keyboard dia ada nombor kat tepi:
Nampak kan , kat sebelah kanan dia tu ada nombor.
Sangat bagus, senang untuk Kaklong update tracking number..

Tapi yang tak best screen dia tu panjang, Kaklong kene gerakkan kepala ke kiri ke kanan nak baca screen tu. Huhuhu..

Pastu abang sembang dengan seller tu pasal nak cari kabel tapi tak jumpa, dan seller tu cakap kabel takde, tapi casing ada..
Eh, casing ada? Seller tu gi amik.

Casing lagi bagus, takde la risau harddisk tu rosak ke apa.
Yay, dapat 1 casing..
Tetibe laptop lama yang gedabak tu telah berubah menjadi kotak kecik ni..
Seronok pulak rasa..

Sebelom tido, Kaklong replace laptop lama kepada laptop baru ni..
Tapi dalam proses tu Kaklong rasa sebak dan pilu..
Dah 9 tahun laptop tu berkhidmat dengan Kaklong.
Belom hantar baiki pun lagi, dah replace dengan yang lain..

Rasa seolah-olah Kaklong curang.
Rasa macam dalam scene karangan "Saya sebuah laptop" yang tuan dia dapat barang baru pastu tak pedulikan dia dah. Pastu dia pun nanges tapi tetap bangga kerana telah berkhidmat selaam 9 tahun.

Sekarag pun masa tengah menaip ni rasa tak bole move-on la..
Aiyooo, apa ni macam orang putus cinta je..

Tapi bila tengok harddisk ni kan, rasa macam scene Hiro jumpa flash drive kat tangan Baymax.
Ya, laptop lama Kaklong masih ada kat sini dan masih guna, cuma sarung dia je tukar..

Mungkin Kaklong bole namakan Mr. Lappy v2 (sebelom ni Mr. Lappy je)

Okay la, merepek2 je..
Nanti Kaklong update Pengembaraan mencari Kurus yang terbengkalai tu ya..
Harini sakit kepala, takleh berpikir dengan baik..

Bye

Kitosis

Hai.

Sambung citer pagi tadi.

Semalam lepas dapat Ketone Strips tu, cepat-cepat Kaklong buat test.
Dan resultnya..
Result ketone Kaklong = 8
OMG!

Dalam entry Ketone Strip semalam tahap optimal (selamat) ialah 1.0-3.0 kan..
Dalam diet atkins ni tahap yang ok ialah 4.0 kerana kita tak amik langsung karbohidrat dan gula.
Tapi kita balancekan dengan amik sayur hijau yang banyak (sekilo satu hidangan kalau bole; atau setengah pinggan nasi bagi sayur hijau yang dah siap masak) dan air yang banyak..

Dan harini Kaklong naik jerawat banyak tau.
Kat muka ada 4 biji, 3 daripadanya jenis bernanah (tapi kecik)
Kat leher ada 3, kaki ada beberapa, tangan pun ada.
Tak sure la jerawat ke apa, nampak cam jerawat.

Dan kebetulan beberapa harini Kaklong consume serum baru (owh, belom tulis entry), tak tau la kot kot serum tu punya pasal, ataupun diet ni, ataupun Kaklong dah dekat nak period. 
Banyak sangat kemungkinannya.

Kalo produk tu punya pasal takkan jerawat tumbuh kat tangan dan kaki cam tak logik pulak.

Sebaik saja tengok result ni (masa tu pukul 6.30ptg), Kaklong terus minta abang beli kek; sebelom Maghrib tu terus makan kek tu separuh, sekeping roti dan aiskrim.

Lepas Maghrib baru la cari maklumat pasal Ketone (masa tu macam dah bertenang sikit)

Rupa-rupanya ketosis bukan hanya bergantung pada jenis makanan yang kita amik setiap hari. 
Tahap ketosis yang tinggi bole disebabkan oleh :

- Kandungan air dalam badan yang tak cukup
- Berlapar 
- Terlalu banyak eksesais
- Penyakit Kencing Manis

Kaklong cuba relate benda ni dengan diri sendiri.

Air - cukup je Kaklong minum 2 liter sehari (ada 1 hari tu 1.5liter)

Lapar - A'ah memang Kaklong lapar. Walaupun makan tapi cepat lapar. Mungkin diet tu cepat cerna kot. Bila lapar Kaklong tak makan timun ke ulam ke, Kaklong biar je lapar sampai the next meal. Dari dulu Kaklong gitu.

Terlalu banyak eksesais - Nampak sangat tak. Haha :D

Penyakit kencing manis - memang tak

Jadi ketosis Kaklong tinggi kerana tak consume carbs langsung dan berlapar dalam tempoh yang lama. Dah dapat jawapan.

Yay!

Tapi rasa curious pula pasal air tadi.
Baru teringat penimbang digital yang beli haritu (sehari sebelom start diet) ada function utk ukur beberapa perkara tentang badan kita ni.

Ni result Kaklong:

Result
Kaklong (%)
Normal (%)
FAT
54
25-30
HYDRATION
31.6
51.5-48.1
MUSCLE
22.7

BONE
10.8

CALORIES
2013

Ni result selepas Kaklong makan kek dan roti dan aiskrim.

Jangan tengok la kat "fat" tu, obvious la Kaklong gemuk kan, tu sebab nak diet. Huhuhu...

Tengok pada hydration Kaklong iaitu 31.6% sahaja berbanding normal mesti paling kurang 48.1%
Nampak macam Kaklong kurang air je kan..

Pastu revised semula pasal water intake untuk diet atkins ni
Rupa-rupanya memang Kaklong tak cukup air..
Dalam diet atkins, kene minum air sebanyak 1liter bagi 25kg berat badan.
Bermakna Kaklong kene amik 3liter baru sesuai dengan berat badan.

OMG!
Tak cukup rupanya.
Selama ni pun minum dah naik kembung dah perut, buang air pun banyak kali..
Masih tak cukup ... T___T

Pasni kene minum 6 botol la, bukan 4 botol seperti biasa..
Wooowooo...
Banyak tu... T___T

Lebih kurang pukul 10 malam dan minum 2.3L air, Kaklong try check sekali lagi..
sori gambar gegar.
Dah turun..
Ni mesti sebab badan dah mula guna bahan api asal (iaitu gula dan carbs dari kek, roti dan aiskrim tadi) dan minum lebih air.

Pagi esok kita tengok camana ya..

Kesimpulannya, dalam tempoh diet ni tak bole berlapar dan mesti minum 3 liter air..
Kite tengok, adakah dengan buat dua benda ni kitosis Kaklong maintain elok.

Bye.

Pengembaraan Mencari Kurus Day 6

Hai.

Alamak, lupa nak update..
Kaklong baru je online ni. Harini buat banyak keje sebab semangat lain macam. Hohoho..

Berat harini turun 300gram.
Uuuu.. suka suka.. Ingatkan naik..

Ok jom proceed..
Menu diet hari ke-6

Sarapan:
- Sarapan paling boring. Hari-hari makan 2 biji telur separuh masak
- Secawan green tea..

Esok nak try makan benda lain pulak, tapi nak makan apa ek...

Lunch
- Ayam masak kurma tanpa santan dan ghee
- Bayam goreng pedas
Kaklong masak 2 ikat bayam, tapi ada seikat tu dalam dia dah melecuh.. Sayangnya, sikit la bayam harini. Sob sob...
Abang ada kat umah arini, seronok betul dia makan nasik lauk kurma. ^_^

Dinner
Oit?
Apa ni? Salah gambar ke?

Tak salah tu, memang betul dah..
Kaklong pecah pantang hari ke-6..

Ingat tak semalam Kaklong citer pasal Ketone Strips?
Lepas dapat je cepat2 Kaklong test dah hasilnya mengejutkan. T__T
Ketone Kaklong melebihi tahap optimal dan tinggi pulak tu..

Risau punya pasal Kaklong minta abang belikan kek..
Bole je nak pecah pantang dengan minum sirap makan nasi dan sebagainya tapi macma tak berbaloi pulak.
Alang-alang pecah pantang biar la makan sedap terus. Baru berbaloi.

Lagi satu kalo makan benda yang ada dalam rumah, esok rasa teringin nak makan lagi, dan benda tu ada je depan mata.
Kalo makan yang kene beli ni, esok takkan nak beli lagi kot (mahal pula tu - tapi sedap...)

Bukan tu sahaja, Kaklong juga makan ni:
omg! Macam melebih-lebih pulak dia ni..
- Roti sekeping dan aiskrim.
- kek tadi separuh je makan, separuh lagi abang makan.

Harap-harap, esok ketone Kaklong turun dan diet semula supaya jadi optimal..

Eksesais tak buat.. (haha.. malas betul)

Air 2.5 liter (lebih sikit)

Bye

Ketone Strips

Hai.

Dah beberapa hari Kaklong cari ketone strips, tapi tak jumpa pulak.
PAstu farmasi pulak tutup, katanya tutup setiap Selasa..
Semua farmasi tutup hari Selasa ke..

Tak sabar punya pasal Kaklong cari online je.
Jumpa satu kat Shopee terus beli.

Petang tadi sampai.. Yay!
Dapat free pen. Haha..

Memandangkan Kaklong buat diet atkins, maka penting la untuk check tahap ketosis dari semasa ke semasa..

Apa tu ketosis?

Kaklong explain dalam bahasa kampung secara simple la ya.
Badan kita akan gunakan karbohidrat dan gula sebagai sumber utama.
Selagi sumber ini mencukupi (melalui makanan yang kita makan setiap hari), dan kurang menggunakan tenaga (pendek kata kurang berpeluh) selagi itu la ia tak bakar lemak.

Untuk orang yang berdiet dan yg buat diet atkins macam Kaklong; badan tak jumpa cari gula dan karbohidrat (sebab kami tak makan sebarang makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat); tapi dorang nak tak nak kene bakar juga sesuatu untuk jadi tenaga; nak nak bila kita banyak bersenam pulak tu. 

Dalam keadaan terdesak ni, badan terpaksa bakar lemak di bawah kulit sebagai bahan api. Sebab itu pengamal diet atkins dan low carbs ni mudah kurus. Tapi badan tak selesa la.. Dan kene consume banyak sayur dan air untuk meneutralkan badan.

Proses pembakaran lemak ni akan menghasilkan ketone yang badan kita bole guna sebagai sumber tenaga. Proses ini juga menghasilkan acetone tapi badan takleh guna dia ni. Maka dia akan keluar melalui air kencing.

Ketone Strips yang Kaklong beli ni dapat check banyak mana acetone dalam air kencing dan secara langsung tau adakah badan kita tengah bakar lemak atau bakar karbohidrat dan gula. Kalo bakar lemak, banyak mana range dia.

Sebenarnya tak check pun takpe..
Tapi kalo serius nak turun berat badan better check..
Lagipun kalo ketosis tinggi pun tak elok tau

Gambar ni amik kat http://ketodietapp.com/Blog/post/2013/11/30/Ketosis-Measuring-Ketones
Time korang check nanti, pastikan result dia antara skala 1.0-3.0

Kalo masuk 3.5 dan ke atas tu bahaya sikit.
Mula-mula tu bahaya sket, pastu lama-lama bole bawa kepada kegagalan organ, koma dan mungkin juga kematian..
Tapi kalo lama-lama la.. Jangan takut sangat tau..

Cuma kawal pembakaran lemak kita tu ke tahap yang optimal, in shaa Allah semuanya akan ok..

Kaklong dah check tadi.
Esok Kaklong update ya.
Panjang juga nak citer ni.

Bye.

Pengembaraan Mencari Kurus Day 5

Hai..

Berita happy..
Berat harini turun sebanyak 500gram. Yay!

Erm... semalam Kaklong bersenam pagi 20 minit dan petang 20 minit..
Senamrobik, arm workout dan leg workout.

PAstu makan pulak..

Sarapan
 - Telur tak berapa masak 2 biji - prepare guna alat telur separuh masak tu; tapi jadi lembik pulak..
Erm.. tak suka nya!
- Secawan teh hijau.

Makan tengahari
- seketul ikan goreng
- Udang saute ngn lada hitam dan tumis air kangkung

Sebelom ni masak seikat kangkungtak cukup sebab abang makan lagi banyak dari Kaklong (padahal dia kata tak suka kangkung; konfius disitu..)
So kali ni masak 2 ikat; tapi kan tak cukup jugak, abang amik banyak juga..
Apa la dia ni, pelik aku..
Sebelom ni time beli sayur dia slalu mention tak suka kangkung, tiba-tiba kali ni dia evolve. :D


Makan malam
- salad campur mayo dan lada hitam sket
Makanan paling boring dalam dunia. Nampak salad dah layu dah, makan je la takot esok rosak..

Exercise dah bagitau tadi 20 minit pagi dan 20 minit petang.

Air minum cukup 4 botol.

Semalam Kaklong tido awal juga; kul 10 dah tumbang..
Pastu bole pulak bangun kul 11.45, ingatkan dah pukul 2 ke, pukul 3 ke..
Cepat2 tido balik sebelom segar..
Pastu bangun pukul 2.45 pula...
Cepat2 bangkit buat keje..
Gigihkan...

End of day 5....

Harini day 6..

Bye

Pengembaraan Mencari Kurus Day 4

Hai..

Dah masuk hari ke-5.
Macam cepat je kan..

Tapi kan berat naik 300g.. Huwaaaaaa T___T
Kenapa? Kenapa?
Adakah kerana tak bersenam?

Okay, takpe2.. relax relax..
Kita proceed ke kronologi kejadian hari k-4.

Sarapan:

Semalam selepas subuh perut Kaklong lapar giler..
Dah muak dah makan telur separuh masak, naik loya dah nak telan (Kaklong memang tak suka makan telur). Nak masak ikan atau ayam tapi belom defrost.
Oleh itu, improvise sket:
 - telur goreng 2 biji, dan buat kuah pedas curah atas dia.. Kuah ni cuma minyak, cili serbuk, bawang, air sikit dan garam je. Gula, sos cili dan kicap takleh tau..Kuah ni semata2 nak masking hanyir telur tu.. Bawang tu tak makan semua, colek kuah je..
- air kosong (tak larat nak telan green tea lagi.. T___T)

Makan tengahari:
Semalam busy sket.. Lupa nak defrost ikan.. Pastu tak sempat masuk dapur..
Lapar punya pasal, minta abang beli je..
- kfc (yay!..eh..) - makan ayam je 2 ketul dengan coleslaw

Abang beli snack plate utk Kaklong, oleh itu air, kentang lenyek dan roti abang makan..
Kite makan dua benda ni je.. (sob sob)
Pastu cicah sos cili sesudu, sikit je.. Patutnya tak bole sbb sos cili banyak gula..

Dinner:
Dah tak lalu nak makan.. Lupa juga defrost ayam.
Tapi lapar...
Pikir punya pikir, buat sup je la..
- sup sayur kobis bunga dan pak choy; pastu pecah telur sebiji. 
Konon nak buat telur tu jadi mcm kat restoran siam tu, tapi tak jadi pulak.. Camana ek dorang buat?

Esksesais langsung tak buat.

Air kosong cuma 1.5L je... Kurang 500ml.
Semalam tido awal kul 10, tu yang tak sempat lagi 500ml kot..

Bagi Kaklong Diet Atkins ni memenatkan kerana:

1) Kene masak 
- biasanya abang mkn kat kedai time keje, pastu balik keje tu dia beli je apa2 utk kami makan. Kaklong masak pun sekali sekala je time hujung minggu atau time abang cuti. 
- Dalam diet ni, hari2 kene masak.. Letih.. T__T

2) Masak dan makan 3x sehari (minimum)
- biasanya Kaklong makan 2x sehari je:
  1) brunch - gabung breakfast dan lunch dalam pukul 10 atau 11 
  2) makan petang - lepas tu tu makan dalam pukul 6 atau 7
  3) waktu2 lain kunyah2 biskut, maruku, kerepek camtu..
- dalam diet ni kene masak 3x sehari; pastu makan oun 3x sehari. Bagi Kaklong banyak sangat ni.. Tak larat nak makan.. Tapi makanan dia buat kita mudah lapar (sebab takde karbohidrat dan gula), nak taknak kene makan jugak la.. T__T

3) Telur
- Telur ni sumber protein yang paling mudah disediakan dan lama jugak rasa kenyang 
- Makan telur ni lebih cepat kurus berbanding sumber protein lain seperti ayam dan ikan.
- Tapi Kaklong tak suka telur.. T__T

4) Senaman
- Diet ni paksa badan kita bakar lemak sebagai sumber tenaga; memandangkan karbohidrat dan gula langsung tak masuk. Oleh itu badan akan cepat susut dan akibatnya kulit akan jadi menggeleber.
Untuk elakkan masalah ni, kene workout setiap hari untuk fit-kan tubuh kita.
- Selain tu, bersenam akan turut sama membakar lemak; jadi lagi cepat turun berat badan.
- Tapi Kaklong tak suka bersenam.. T__T

Walaupun memenatkan, Kaklong akan cuba sedaya upaya teruskan juga diet ni sehingga sampai ke target.
Tujuan utamanya sebab Kaklong nak pregnant.
Yang kedua, Abang Long ni awet muda.. Umo dia dah 39 tapi badan dia fit (sebab kerja dia banyak bergerak) dan muka dia pun muda. Selalu je orang ingat dia fresh grad. Kaklong pulak 32 tahun dan memang nampak macam 32 tahun pun.. Mana bole gitu, tak match la...
Oleh itu, kalo Kaklong kurus sket mungkin nampak match ngan abang (agak2 je)

Bye.